Pelakon terkenal, Ben Amir baru-baru ini berjaya mencuri perhatian ramai pihak terutama peminat apabila berkongsi sekeping gambar yang memperlihatkan dirinya tampil lengkap berbusana seperti pengantin bersama seorang wanita yang dipercayai kekasih beliau di media sosial.

Perkongsian tersebut sekaligus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan pengikutnya yang tertanya-tanya sama ada aktor berusia 36 tahun itu sudah selamat mendirikan rumah tangga secara senyap.

Menerusi hantaran berkenaan, Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin dilihat bersama kekasihnya, Liana Alara, namun tidak menyertakan sebarang pengumuman rasmi berkaitan status hubungan mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BenAmirr (@benamirr)

Lebih menambah tanda tanya apabila Ben hanya menulis kenyataan ringkas, “Tunggu bot sekejap,” tanpa sebarang penjelasan lanjut, meskipun visual yang dikongsikan seakan menggambarkan suasana majlis istimewa.

Ads

Difahamkan, foto tersebut dirakam di Pulau Siargao, Filipina, seperti yang dinyatakan pada tanda lokasi dalam hantaran itu, yang juga merupakan tempat Ben menetap sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menerusi perkongsian yang sama, Ben turut menyebut nama pereka fesyen, Zaimi Zulkafli, yang dipercayai bertanggungjawab menyiapkan busana yang digayakan oleh pasangan itu, sekaligus menguatkan lagi andaian ramai.

Ads
Ben Amir Curi Perhatian Peminat! Foto Berbusana Pengantin Raih Ucapan Tahniah
Kredit foto: Ben Amir
Ben Amir Curi Perhatian Peminat! Foto Berbusana Pengantin Raih Ucapan Tahniah
Kredit foto: Ben Amir

Meninjau di ruangan komen, ramai di antara rakan selebriti seperti Mira Filzah, Tracie Sinidol, Mimi Lana, Shasha Abedul, Nabila Razali dan ramai lagi termasuk para peminat tampil mengucapkan tahniah serta mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan, walaupun tiada pengesahan rasmi dikeluarkan oleh Ben setakat ini.

Ads

Terdahulu, pada November tahun lalu, Liana yang merupakan warga Filipina telah memeluk agama Islam dan melafazkan dua kalimah syahadah di pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kuala Lumpur, sekaligus menarik perhatian ramai terhadap hubungan mereka.

Sumber: Instagram Ben Amir

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads