Nampaknya hari ini tiada topik lebih hangat melainkan tentang keputusan SPM 2020 yang diumumkan pada hari ini terutamanya di kalangan remaja. Pelbagai reaksi telah dikongsi oleh banyak pihak sama ada di laman media sosial ataupun menerusi portal berita terkenal seluruh tanah air.
Sebentar tadi, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mengucapkan tahniah kepada semua calon dan pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.
Beliau berkata, peperiksaan SPM 2020 melakarkan sejarah pertama buat negara apabila berlangsung dalam tempoh pandemik yang mencabar.
”Kita lalui tempoh ini dengan penuh sukar, semua pihak perlu mengharungi pelbagai cabaran.
Ads
”Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapakn terima kasih kepada jentera kita di Kementerian Pendidikan kususnya lembaga peperiksaan dalam memastikan peperiksaan SPM 2020 berjalan dengan baik,” katanya.
Dalam pada itu, Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 juga mencatatkan pencapaian yang lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.80, berbanding 4.86 pada 2019.
Ads
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pencapaian tersebut merupakan pencapaian terbaik SPM dalam tempoh lima tahun.
Ads
Beliau turut mengingatkan kepada semua calon bahawa apa sahaja keputusan yang diperoleh mereka pada hari ini adalah daripada generasi pelajar yang hebat kerana belum pernah mana-mana pelajar mengharungi cabaran belajar dari rumah.
”Untuk anak-anak kita calon SPM 2020, SPM pro max 2020, apa sahaja keputusan yang anak-anak dapat pada hari ini, ingatlah generasi anak-anak adalah generasi yang hebat.
”Belum pernah ada mana-mana tahun SPM yang melalui dugaan, cabaran, dan juga rintangan seperti mana anak-anak calon SPM 2020, tabik hormat pak vik untuk anak-anak sekalian,” katanya.
Untuk info, seramai 401,105 pelajar di seluruh negara mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dengan menjalani norma baharu. Kelainan yang perlu dilakukan oleh calon peperiksaan tahun ini adalah mereka perlu memakai pelitup muka bagi mencegah penularan wabak pandemik COVID-19.
Sumber: Sidang Media Kementerian Pendidikan Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi gadis-gadis yang mengimpikan majlis perkahwinan dihadiri oleh sanak saudara dan rakan karib, sudah boleh mengorak senyuman ya. Memandangkan momen indah ini akan kita lalui sekali sahaja seumur hidup, sudah pasti kita mahukan yang paling indah tercipta.
Sebentar tadi, Menteri Kanan (Keselamatan Merangkap Menteri Pertahanan), Dato’ Sri Ismail Sabri memberikan berita gembira kepada pengusaha catering yang sudah lama terjejas berikutan PKP dengan mengumumkan bahawa semua jenis kenduri sudah boleh dibuat mulai 1 Julai 2020.
Ia merangkumi kenduri kahwin, tunang, tahlil, akikah, ulang tahun termasuk reunion dengan kehadiran tidak melebihi 250 orang tetamu dalam majlis yang diraikan.
“Jumlah tetamu ini bergantung kepada kapasiti lokasi pemilihan majlis. Jika tempatnya kecil, jumlah tetamu mungkin kecil tetapi tidak boleh melebihi jumlah dinyatakan tadi,” jelasnya.
Walau sudah diberi kelonggaran mengadakan pelbagai majlis, tetapi jika sebelum ini kita biasa mengambil makanan sendiri iaitu hidangan secara buffet di majlis-majlis tetapi memandangkan kita masih di dalam perintah larangan sehingga 31 Ogos ini, dalam setiap majlis hidangan akan disajikan oleh pramusaji.
*media[210227]**
“Ini bermakna tiada hidangan buffet sebaliknya hidangan disajikan oleh pramusaji di majlis diadakan. Namun setiap tetamu perlu mematuhi semua prosedur ditetapkan iaitu penjarakan sosial, suhu badan diambil di pintu masuk serta perlu melengkapi app My Sejahtera bagi mengelak penularan COVID-19 yang belum menemui penawarnya,” katanya dalam sidang akhbar sebentar tadi.
Dalam pada itu, ibadah haji yang bakal berlangsung juga dibenarkan namun jumlah kehadiran dihadkan termasuk kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dilarang berada di tempat ibadah korban dilakukan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Itulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan tentang seorang pemuda yang videonya telah viral di media sosial kerana menghina penjawat awam yang sedang bertugas.
Video berdurasi lebih kurang 15 minit itu dikongsi oleh laman Facebook Info Jenayah Terkini Seluruh Malaysia yang menunjukkan reaksi seorang pemuda begitu marah apabila dia dikenakan saman kerana tidak memakai pelitup muka di stesen minyak.
Pemuda itu cuba menerangkan bahawa dia hanya ke kaunter pembayaran yang dilakukan dari luar dan langsung tidak menghampiri individu lain. Katanya, tidak ada orang lain disitu dan dia tetap ingin menegakkan kebenaran bahawa dia tidak bersalah kerana tidak memakai pelitup muka di kawasan yang tidak ada orang lain.
Tidak hanya itu, pemuda tersebut turut meminta kad pengenalan pegawai polis itu sambil merekod kejadian yang berlaku. Sebaik sahaja selesai di saman, lelaki itu tetap meneruskan amarahnya di dalam kereta dan menghemburkan kata-kata kesat kepada pihak berkuasa dan kerajaan.
Korang boleh tengok sendiri video penuh di laman Facebook tersebut.
Difahamkan, pemuda berusia 29 tahun itu telah ditahan di rumahnya di Bandar Sri Damansara semalam. Menurut Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, sekitar jam 10 malam hari yang sama, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah menahan suspek.
Semasa proses tangkapan dibuat, suspek sekali lagi membuat rakaman video dan memuat naik di laman media sosial yang sama. Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk permohonan reman dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 14, Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Rata-rata warganet yang menonton video viral tersebut turut berasa geram dengan perbuatan pemuda itu. Tidak kiralah setinggi mana kita menuntut ilmu, sebagai rakyat Malaysia kita tetap harus mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Semoga kisah ini dapat memberi teladan kepada semua supaya tidak sewenang-wenangnya bertindak di luar batasan.
Bayar zakat fitrah adalah satu kewajipan bagi seluruh umat Islam yang berkemampuan untuk dilangsaikan sebelum tiba Aidilfitri.
Rukun Islam yang keempat ini diwajibkan pada bulan Ramadhan kerana Allah memberi keistimewaan kepadanya sebagai bulan toleransi dan bulan penuh kesyukuran di kalangan hambaNya.
Namun, persoalannya bagaimana pula dengan pelajar IPT? Perlukah mereka turut membayar zakat fitrah ini?
Baru-baru ini, melalui perkongsian facebook Harith Al Bakkaniy ada berkongsi tentang perkara ini.
Menurutnya, Zakat fitrah pelajar IPT hendaklah dikeluarkan sendiri oleh pelajar dan sekiranya bapanya ingin menanggungnya maka hendaklah dimintakan izin dari tuan empunya badan. Ini kerana anak yang telah baligh tidak termasuk dalam tanggungan nafqah bagi bapa.
Tidaklah menjadi kesalahan sekiranya bapa masih terus ingin menanggung nafqah anak selepas baligh,sekaligus membayarkan fitrahnya sepertimana kebiasaan pada hari ini,iaitu pelajar di IPT masih diberikan duit belanja oleh ibu-bapa,namun untuk keluar dari khilaf memadai bapa memaklumkan sahaja kepada anak yang fitrahnya akan ditanggung oleh bapa.
Melainkan sekiranya anak menerima tajaan biasiswa atau mempunyai biaya sendiri yang berkecukupan tanpa memerlukan perbelanjaan nafqah dirinya ditanggung oleh bapa,maka hukumnya seperti yang diterangkan pada bahagian awal tulisan ini.
Demikian juga bagi anak yang ingin membayarkan fitrah buat ibu bapanya maka hendaklah dimintakan izin terlebih dahulu.
Kesimpulannya wajarlah para pelajar IPT didedahkan dengan permasalahan hukum ini untuk melatih sikap bertanggungjawab dalam diri mereka kerana jumlah zakat fitrah yang perlu dikeluarkan bukanlah begitu besar nilainya.
والله أعلم
Rujukan; At-Taqrirat As-Sadidah Fi Masail Mufidah,halaman 420.
Semoga info diatas dapat memberikan kepada kita sedikit kefahaman dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik. Yela Islam tu kan mudah!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.