Jika sebelum ini Asam Laksa Pulau Pinang disenaraikan sebagai antara hidangan terbaik dunia, terbaru Pulau Pinang sekali lagi mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila disenaraikan sebagai salah satu daripada 22 destinasi terbaik untuk dikunjungi pada 2022 menerusi artikel yang diterbitkan oleh CNN Travel.
Menariknya, pengiktirafan ini juga membuktikan dan membuka ‘mata’ dunia bahawa negara kita tidak kurang dengan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati, kalau tidak tak mungkinlah ramai pelancong yang datang untuk bercuti ke sini.
Menerusi artikel oleh CNN Travel, Pulau Pinang adalah satu-satunya wakil dari negara ASEAN yang dipilih dan mendapat pengiktirafan antarabangsa bersama destinasi pelancongan popular lain seperti Chile, Colombo, Dijon di Perancis, Greenland, Taman Negara Gabon, Jordan, Lahti di Finland dan lain-lain sebagai antara destinasi terbaik untuk dilawati tahun ini.
Ads
Artikel CNN Travel itu menyatakan bahawa Pulau Pinang yang terletak berhampiran Laut Andaman itu menawarkan gabungan masakan tradisional Melayu, Cina dan India.
Foto Via source: Adrian Baker / shutterstock (Batu Ferringhi)
“Di Pulau Pinang juga terdapat Baba Nyonya (Peranakan) yang mana masakan mereka menggabungkan ramuan serantau dan kaedah masakan masyarakat Cina dan Melayu.
Ads
“Semuanya boleh didapati di pusat penjaja dan rumah kedai di seluruh negeri, malah di Georgetown ia dipenuhi dengan bangunan bersejarah seperti rumah agam Inggeris sehinggalah ke rumah kedai kaum Cina yang klasik dan masjid untuk masyarakat Islam,” kata artikel itu.
Foto Via Source: umarazak / shutterstock Penang Hill Tram
Baru-baru ini, Pulau Pinang dinamakan sebagai salah satu daripada 15 pulau terbaik di dunia untuk bersara oleh International Living, sebuah laman web yang merangkumi peluang persaraan untuk peringkat antarabangsa
Ads
Sementara itu, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow melalui Facebook beliau pada Isnin memaklumkan pengiktirafan itu menjadi kebanggaan rakyat Pulau Pinang. Dari Utara sampailah ke Selatan, termasuklah Sabah dan Sarawak, terlalu banyak tempat menarik yang korang boleh pergi di Malaysia. Sesekali Cuti-Cuti Malaysia, apa salahnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Islamophobia atau ketakutan terhadap Islam merupakan satu gejala yang telah lama bernanah pada masyarakat dunia terutamanya negara US.
Jika remaja di negara kita bebas untuk menutup aurat ketika pergi ke sekolah atau melakukan apa saja aktiviti tapi berbeza pula buat saudara kita yang berada di US dan negara-negara Eropah.
Viral dan menjadi kontroversi baru-baru ini apabila diskriminasi terhadap remaja Muslim. Gara-gara seorang remaja berusia 12 tahun memakai skirt labuh ke sekolah beliau dihantar pulang ke rumah setiap hari. Dengan alasan kerana melanggar protokol pemakaian sekolah.
Hal ini mencetuskan kontroversi di England kerana sebelum ini masalah seperti ini tidak pernah timbul selama. Menurut laporan Vogue, ibu bapa Siham menyatakan anak perempuan mereka telah bertahun-tahun memakai skirt labuh paras bawah buku lali di sekolah.
Tetapi tahun lepas pada bulan Disember 2020, guru sekolah mula mengutarakan isu pakaian pada Siham dan sejak itu Siham dihantar pulang ke rumah setiap hari oleh pihak sekolah.
Manakala ibu bapa Siham pula diugut oleh pihak sekolah dengan menyatakan mereka akan mengambil tindakan undang-udang jika masalah yang sama (pemakaian skirt labuh) berlaku lagi.
Hikmah Pandemik
Hikmah disebalik pandemik Covid-19, sekolah Siham kini mengadakan kelas secara dalam talian dan ini sedikit sebanyak meringankan rasa tekanan dan beban yang dialami oleh Siham yang masih berusia 12 tahun ini.
Sebenarnya bukan sekolah Siham saja yang secara tiba-tiba ‘menyerang’ pelajar Muslim dengan alasan melanggar etika pemakaian sekolah. Bagi ibu bapa Siham mereka berpendapat pihak sekolah mendiskriminasi ke atas anak perempuan mereka, dan ibu bapa Siham akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak sekolah.
Sebelum ini, mahkamah perlembagaan Austria telah membatalkan undang-undang yang tidak membenarkan pemakaian hijab kepada pelajar yang berada di sekolah rendah berikutan ia disifatkan sebagai diskriminasi dan melanggar perlembagaan.
Terdahulu pada minggu ini, beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang telah mengalami masalah bekalan air sebelum ia kembali pulih dalam tempoh kurang dari 24 jam.
Penduduk di Lembah Klang kemudian diuji dengan cuaca hujan berterusan yang menyebabkan banjir kilat. Ia secara tidak langsung memaksa ribuan mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara sejak malam kelmarin dan jumlah tersebut dilaporkan meningkat hingga ke hari ini.
Belum pun reda isu banjir di Lembah Klang, penduduk di sini malangnya terpaksa berdepan satu isu lain dan kali ini ia sekali lagi mengenai bekalan air.
Foto Hiasan : Pexels
Menurut kenyataan pengurusan Air Selangor Sdn Bhd pada hari ini, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langatkini sedang beroperasi pada pengeluaran separa kira-kira pada tahap 40 peratus sahaja daripada pengeluaran harian. Ini berikutan paras sungai yang meningkat dalam masa dua hari ini lalu mengakibatkan insiden banjir.
LRA Cheras Batu 11pula terpaksa dihenti tugas disebabkan banjir manakala di LRA Langat 2, berlaku penutupan bekalan elektrik kecemasan di muka sauk Semantan. Itulah punca ketiadaan bekalan air di LRA Langat 2.
Buat masa ini, Air Selangor masih belum dapat memastikan bilakah operasi akan pulih semula.
Isu bekalan air ini bertambah runcing kerana kebanyakan jalan utama kini masih ditutup kerana situasi banjir yang masih bertakung. Lalu, Air Selangor tidak dapat menggerakkan bantuan bekalan air alternatif melalui lori tangki air kepada pengguna di kawasan terjejas sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
Berikut merupakan di antaa kawasan yang terjejas akibat isu bekalan air ini:
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik untuk penduduk Lembah Klang akan dibenarkan mendapatkan vaskin tanpa sebarang temu bermula 2 Ogos ini. Tetapi pada peringkat awal, ia akan dibuka kepada warganegara Malaysiaberumur 40 tahun dan golongan dengan komorbid terlebih dahulu.
Pemberian vaksin tanpa temu janji ini adalah salah satu inisiatif kerajaan bagi memastikan 100% penduduk dewasa Malaysia akan menerima dos lengkap menjelang Oktober 2021. Ia akan ditawarkan di Lembah Klang terlebih dahulu sebelum dikembangkan ke seluruh negara.
Dari 5-22 Ogos pula, ia akan dibuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas di Lembah Klang. Kepada bukan warganegara pula, ia akan dibuka dari 9-22 Ogos 2021. Pemberian vaksin tanpa temu janji hanya akan dilakukan pada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tertentu sahaja bukan pada semua seperti pada pengumuman asal.
Senarai PPV untuk warganegara adalah seperti di bawah.
Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), HCO F
Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), HCO G
Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), HCO H
Bangi Avenue Convention Centre (BACC)
Hotel Wyndham, Klang Dewan Tun Razak,
Sabak Bernam Dewan Komuniti Serendah
Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA,
Sepang Ideal Convention Centre, Shah Alam (IDCC)
Senarai PPV untuk bukan warganegara pula adalah seperti di bawah.
Stadium Nasional Bukit Jalil
Pelaksanaan vaksinasi jumpa terus ini adalah berdasarkan ‘siapa dahulu, dia dapat’ bergantung kepada kapasiti bekalan vaksin di PPV dengan individu jumpa terus akan diletakkan di bawah ‘senarai menunggu’ untuk hadir semula pada keesokan harinya sekiranya bekalan pada hari berkenaan habis digunakan
Masa ‘walk in’ ini bermula pukul 2 petang setiap hari, tertakluk kepada hari operasi PPV masing-masing.