PEMPENGARUH dan usahawan dikenali sebagai Bella Park juga pernah alami wajah ‘breakout’!
Bila muka dah breakout, pasti keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai juga merundum. Persoalanya, masih bolehkah mengenakan solekan untuk menutupi segala cela apabila kulit muka sudah rosak? Bella Park sebagai jurusolek memberi pandangan tentang perkara ini.
Wanita dan solekan memang sukar untuk dipisahkan. Malah, solekan merupakan antara perkara yang membantu kaum hawa diluar sana bukan sahaja tampil cantik. Namun, dalam keghairahan wanita mengenakan solekan. Ada impak buruk yang memberi kesan pada kulit wajah, jika produk solekan yang digunakan tidak sesuai dengan kulit atau jika solekan berkenaan tidak dibersihkan dengan baik ia bakal membuatkan muka anda mengalami masalah ‘breakout’.
Bergelar Jurusolek, Pernah Tak Bella Alami Masalah Kulit?
Pernah.. Orang kalau main alat solek ni mesti orang kata merasa juga hadapi kulit breakout ni, sebab kita bersolek kan. Jadi liang pori senang nak tersumbat apa semua.
Bella sendiri pun kulit muka pernah breakout, tambah lagi sewaktu Bella berbadan besar dahulu, lagilah mengalami pelbagai masalah kulit sebab orang kata ia berkait rapat dengan masalah berat badan Bella pada masa itu, dengan masalah hormon lagi.
Ads
Apakah Masalah Utama Kulit Bella?
Bella banyak masalah dengan jerawat, sebab Bella ni kulit berminyak jadi memang senang naik jerawat berbanding mereka yang mempunyai masalah kulit kering.
Cara Bella Tangani Masalah Kulit Breakout?
Bella jadikan rutin skincare ni perkara WAJIB tak boleh tinggal, terutamanya untuk orang yang sering mengenakan solekan. Walaupun Bella dulu rasa malas-malas. Satu lagi Bella rasa untuk orang yang sering bersolek ni, satu benda yang memang tak boleh tinggal langsung adalah ‘double cleansing’.
Ads
Setiap malam, Bella memang akan buat ‘Double Cleansing’ pakai cleansing oil dulu, atau cleansing balm atau apa sahaja yang mempunyai kandungan minyak. Kerana minyak ini membantu menyingkirkan segala kesan solekan terutamanya foundation kita. Dia akan cairkan solekan. Lepas tu baru kita bersihkan betul-betul muka kita dengan menggunakan pencuci muka atau cleanser.
Lepas tu baru mulakan rutin macam biasa, Bella akan apply toner dulu, kemudian serum dan pelembap.
Bila Muka Breakout, Boleh Bersolek Ke?
Boleh bersolek, tapi paling penting sebelum kita nak mengenakan solekan atau membeli alat solek, kita kena kenalpasti jenis kulit (Skin Type).
Ads
Ada orang jenis kulit kering, jenis kulit berminyak, jadi kita kena pilih alat solek yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit kita. Barulah kulit kita tu boleh terima dan tak ‘reject’ produk yang hampa gunakan.
Contohnya, kulit berminyak pakai solekan yang dikhususkan untuk kulit berminyak. Dan kalau kulit kering, gunakan alat solek yang mempunyai kandungan yang membantu moisturize kulit anda. Bila dah bersolek tadi, jangan lupa wajib double cleanse!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemenangan Andrea Meza dari Mexico sebagai Miss Universe 2020 bukanlah satu kemenangan yang disenangi semua. Banyak yang mencemuh mengatakan bahawa ada lagi peserta yang lebih layak dan tidak kurang juga ada yang menggelar ratu cantik itu dengan panggilan Miss Telemundo. Ini kerana Telemundo merupakan rangkaian televisyen Mexico yang menjadi antara penaja pertandingan tersebut.
Tidak sepi dari kontroversi, rekaan gaun petang rona merah yang digayakan Andrea Meza telah dikatakan hasil peniruan dari gaun La Bourjoisie yang direka oleh Nadim Soudaiha. Pereka fesyen yang berpangkalan di Kuwait ini telah membuka mulut apabila isu peniruan rekaan gaun petang tersebut diketengahkan oleh media antarabangsa.
Rekaan tersebut pernah dimuat naik Nadim dalam satu hantaran di Instagram yang mana ketika itu ia digayakan oleh seorang peragawati. Jika dilihat perbandingan, boleh dikatakan gaun rona merah Miss Universe 2020 itu 90 peratus menyerupai rekaan Nadim. Gaun yang digayakan Andrea itu direka oleh pereka fesyen Mexico yang berasal dari Itali, Ivis Lenin.
Carrie Underwood menggayakan gaun La Bourjouise rekaan Nadim. Sumber gambar: World Stock Market
Menurut Nadim dalam temubual bersama Kuwait Times, “Rekaan busana itu pernah dipakai oleh penyanyi popular, Carrie Underwood dalam satu majlis anugerah pada tahun 2017. Ketika itu di merupakan pengacara kepada majlis tersebut. Saya mengambil masa sekitar 10 hari untuk menghasilkan gaun ini yang terbuat dari tulle dengan kristal Swarovski dan manik-manik berjurai. Tetapi penata gaya Jacob de Alba mendedahkan dalam hantaran Instagram bahawa gaun Andrea yang oleh Ivis Lenin, mengambil masa hampir setahun untuk disiapkan.”
Andrea Meza saat menggayakan gaun petang ketika peringkat Top 10 Miss Universe 2020. Sumber gambar: Business Insider India
Apa yang menarik tentang kontroversi ini, Nadim sebenarnya merupakan orang Mexico yang telah berhijrah ke Kuwait untuk bekerja disana sebagai pereka fesyen untuk La Bourjoisie. Jadi rekaan asal pereka fesyen berdarah Mexico ditiru oleh pereka fesyen Mexico untuk digayakan oleh Miss Universe Mexico. How ideal is that? Apa yang pasti nampaknya pereka fesyen Ivis Lenin tidak boleh lari dari fakta yang rekaannya itu memang mirip dengan rekaan Nadim.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memilih syampu yang tepat adalah penting bagi memastikan rambut kekal sihat sepanjang hari. Sebaiknya, cari syampu yang berasaskan bahan organik kerana ia dapat membantu memudahkan penjagaan rambut dan mengelakkan daripada rambut rosak.
Syampu organik tidak mengandungi bahan kimia, sebaliknya menggunakan tumbuh-tumbuhan, herba mahu pun buah-buahan semula jadi. Maka tidak hairanlah sekiranya bahan yang digunakan mampu menyihatkan rambut.
Berikut kami kongsikan antara syampu organik yang boleh korang cuba.
Mengandungi vitamin E dan kandungan minyak pudina yang baik untuk kulit kepala. Ia juga dapat mengatasi masalah kulit kepala dan masalah kegatalan serta menjadikan rambut lebih kuat dan sihat.
2. Nature’s Organic Sense Hair Shampoo Anti-Dandruff
Syampu ini bebas daripada paraben dan berkesan untuk mengawal rambut gugur, malah menyihatkan rambut secara semula jadi dengan kandungan bahan organik.
Syampu ini terdiri daripada dua jenis iaitu biasa dan herba. Bagi jenis herba ia diperbuat daripada bahan semula jadi botanikal yang mampu mengurangkan masalah rambut gugur.
Syampu organik ini diformulasi daripada buah aprikot, adenosine, ekstrak ononis, ekstrak ashitaba, ekstrak lingzhi, ekstrak lada Jepun dan dipropylene glycol yang mampu melembabkan rambut.
Diperbuat daripada keratin vegan untuk membaiki struktur rambut secara menyeluruh dengan ekstrak air mawar bagi mewujudkan haruman bak mawar merah. Syampu ini juga diperkaya dengan sumber terbaik untuk rambut kerinting, ekstrak Kale & Quinoa, kaya dengan vitamin A, E dan anti-oksidan untuk meningkatkan tahap penghidratan.
11. Love Beauty and Planet (LBP)
Produk syampu dan perapi Love Beauty and Planet dirumus untuk menyinarkan rambut, di samping melindungi rambut berwarna menerusi produk Murumuru Butter & Rose. Produk ini juga mendorong rakyat Malaysia untuk menyayangi diri mereka dengan memilih produk rambut yang diperbuat daripada 100% bahan semula jadi dan juga menggunakan botol boleh dikitar semula.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rata-rata gadis Malaysia yang berkelayakan bagi menyertai pertandingan ratu cantik yang dianjurkan di negara ini pasti mengidamkan untuk sekurang-kurangnya mencuba peluang bergelar Miss Universe Malaysia.
Malangnya pada tahun lalu, organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO) telah mengumumkan penarikan diri mereka daripada menyertai edisi ke-70 yang dilangsungkan di Eilat, Israel atas sebab keruncingan pandemik Covid-19 yang melanda negara di samping faktor masa yang mencemburui persediaan wakil negara.
Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong James kini merupakan wakil negara yang memegang gelaran tersebut untuk tempoh paling lama setelah Malaysia menarik diri daripada menghantar wakil pada edisi lepas.
Justeru, MUMO hanya sempat untuk mengadakan sebahagian sahaja daripada peringkat uji bakat pada tahun lalu.
Kini, barulah ia akan kembali disambung pada Mac 2022 setelah pengumuman rasmi dimuat naik oleh MUMO menerusi media sosial mereka semalam.
Peringkat uji bakat terakhir, pemilihan peserta, sesi penggambaran dan temubual secara tertutup bakal diadakan sepanjang bulan Mac ini. Seramai 18 orang peserta kemudiannya akan diperkenalkan kepada pihak media juga pada bulan Mac.
Bulan April pula dikhususkan untuk aktiviti minggu Bootcamp manakala pentas akhir Miss Universe Malaysia 2022 pula dijadualkan berlangsung pada bulan Jun dalam sebuah acara malam gala seperti tahun-tahun sudah.
Agaknya Malaysia akan diwakili oleh wajah ‘fresh’ dalam dunia ratu cantik ataupun panel juri lebih yakin untuk memilih wakil yang sudah mempunyai pengalaman mendalam?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!