Menerusi tiga hantaran di Instagram secara berturut-turut sejak tiga hari lalu, model antarabangsa Bella Hadidtelah terbuka untuk membangkitkan isu diskriminasi yang sedang dihadapi oleh gadis hijabi di beberapa buah negara, kebelakangan ini.
Bella, 25 atau nama penuhnya, atau nama sebenarnya, Isabella Khair Hadid sememangnya dikenali sebagai seorang yang lantang mempertahankan sebarang bentuk ketidakadilan yang dihadapi oleh masyarakat dunia.
Sumber Foto : Harper’s Bazaar
Pada tahun lalu apabila negara Palestin berdepan serangan agresif penjajah zionis Israel, Bella dan kakaknya, Gigi merupakan di antara personaliti popular yang menentang kekejaman tersebut. Malah, REMAJA pernah melaporkan mengenai pembabitan Bella dalam demonstarasi jalanan di kota New York bersama-sama gadis lain yang tidak bersetuju dengan kekerasan Israel.
Pada minggu lalu, isu diskriminasi terhadap golongan hijabi di negara India telahpun mendapat perhatian menyeluruh menerusi media antarabangsa. REMAJA turut tidak ketinggalan membuka mata para pembaca kami mengenai insiden yang dihadapi penuntut universiti, Muskan Khan yang terpaksa berdepan serangan lisan oleh sekumpulan lelaki di luar kampusnya di India hanya disebabkan penampilannya yang berhijab.
Hanya beberapa hari selepas itu, timbul pula kisah seborang pelajar sekolah bernama Hoda Al-Jamaa yang terpaksa dimasukkan ke hospital di Otago, New Zealand setelah tiga pelajar didakwa menanggalkan hijabnya sebelum memukul pelajar berusia 17 tahun itu.
Ads
Ia telah menaikkan rasa amarah penduduk dunia termasuklah Bella Hadid yang berpendapat sudah tiba masanya rasa hormat perlu dititipkan dalam diri setiap insan.
Sumber Foto : Harper’s Bazaar
“Kita perlu mengubah pemikiran menjatuhkan judgement. Ajarilah rakan, anak, ibu bapa dan keluarga kita bahawa pemakaian hijab, menjadi seorang Muslim atau menjadi seseorang yang tidak berkulit putih secara amnya tidak sama sekali bermaksud mereka adalah satu bentuk ancaman atau mereka berbeza daripada orang lain.
“Kasihilah sesama kita sebelum membenci, ajarlah sebelum menjatuhkan hukuman, lindungilah sebelum membuli,” kata Bella sambil berharap golongan hijabi akan terus kekal dengan kepercayaan mereka dan tidak mudah rapuh disebabkan tentangan yang dihadapi mereka.
Hijab juga buatnya bukanlah sesuatu yang harus diremehkan biarpun ia semakin kerap digunakan sebagai aksesori fesyen yang dirinya sendiri pakai semasa memperagakan pakaian.
“Walaupun hijab dan penutup kepala sedang muncul dalam dunia fesyen, kita harus ingat akan perjuangan harian, penderaan dan diskriminasi yang dihadapi wanita Islam disebabkan kepercayaan dan pendirian mereka.
“Setiap wanita berhak menentukan apa yang dilakukannya terhadap tubuh badannya. Hanya mereka yang boleh membuat keputusan ke atasnya.
“Walaupun fesyen semakin terbuka dan membuatkan pemakaian aksesori seperti hijab lebih diterima, saya ingin kita semua ingat dari mana asal pemakaian hijab dan mengapa ia penting kepada wanita Islam. Saya tahu ramai gadis Muslim yang terpaksa berdepan ketidakadilan, prejudis dan isu perkauman.”
“Berdirilah bersama-sama sahabat Muslim kamu. Jika kamu melihat sesuatu (yang salah), katakanlah sesuatu mengenainya,” catatnya dengan penuh bersemangat.
Untuk pengetahuan, Bella berketurunan Palestin-Amerika di mana ibunya, Yolanda Hadid merupakan seorang bekas peragawati. Manakala ayahnya, Mohamed Hadid pula ialah seorang arkitek dan pemaju hartanah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika dahulu perpustakaan dijadikan ‘port’ lepak pilihan pelajar, kini amalan mengulangkaji pelajaran atau membuat tugasan di restoran atau cafe menjadi trend seiring perkembangan zaman dan kemajuan teknologi.
Zaman sekarang, pelajar boleh mendapatkan hampir semua informasai di hujung jari asalkan mereka akses internet.
Namun, tindakan segelintir mahasiswa menjadikan Family Mart sebagai tempat untuk berkumpul belajar dan menyiapkan tugasan telah mendapat kritikan dari ramai pihak.
Family Mart pelanggan ( gambar hiasan)
Melalui sebuah hantaran di laman Saya Anak Perlis, seorang pengguna telah menyuarakan ketidakpuasannya terhadap budaya tersebut.
“Memang sempit tempatnya untuk buat assignment. Bila ditanya, ‘Lama lagi ke?’ sebab keluarga saya ingin makan. Dengan selamba dijawab, ‘Lama lagi ni bang. Saya tengah siapkan assignment,'” tulisnya.
Apa yang lebih mengecewakan adalah teguran yang diberikan oleh kakitangan Family Mart turut tidak dipedulikan oleh para pelajar tersebut.
“Makanan pun tak ada di atas meja. Staff tegur pun macam tak berkesan, terus duduk keras di situ. Ini yang orang Perlis panggil ketegaq. Harap Family Mart lebih peka terhadap isu ini,” sambung pengadu.
Banyak komen di ruangan tersebut menunjukkan persetujuan, sambil menyatakan bahawa ruang yang disediakan sepatutnya adalah untuk makan, bukan untuk belajar atau menyiapkan tugasan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas hampir dua minggu pihak berkuasa menjalankan siasatan susulan kematian Siti Nur Surya, 19, remaja yang menjaga ibunya terlantar akibat kanser tahap empat, hari ini seorang pelajar tingkatan enam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh remaja berkenaan.
Tertuduh, Siti Nur Athirah Azmi, 19, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.
Harian Metro memaklumkan, bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan sebelum mahkamah menetapkan 10 Januari 2021 sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Kuala Berang.
Tiada sebarang jaminan ditawarkan terhadap tertuduh.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Siti Nur Surya Ismail, 19, di rumah di Kampung Lubuk Batu, Jalan Bukit Tadok, Telemong pada 1 November lalu antara 8.30 hingga 9.30 pagi.
Tertuduh berdepan hukuman mati, jika sabit kesalahan
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Mazlan Md Zain.
Terdahulu, suspek yang memakai pakaian lokap berwarna ungu dan bertudung hitam tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Marang pada 9.40 pagi.
Beberapa ahli keluarga tertuduh termasuk ayah dan ibunya turut berada di perkarangan mahkamah berkenaan.
Malah, ibu tertuduh turut dilihat melambai anaknya ketika remaja perempuan itu dibawa ke dalam kereta.
Sebelum ini melaporkan seorang remaja perempuan ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di Kampung Lubok Batu, Telemong, Kuala Berang pada 1 November lalu.
Dalam kejadian 2.30 petang itu, mangsa ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adiknya, Siti Nur Syuhada, 15, yang baru pulang dari sekolah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru semalam kami war-warkan tentang promosi yang dibuat oleh Chatime dengan memberikan potongan harga kepada golongan wanita, kali ini satu lagi jenama minuman bubble tea yang menjadi pilihan anak muda, The Alley turut menawarkan harga istimewa yang berbaloi-baloi.
Bermula 22 Februari lalu, The Alley menawarkan tawaran istimewa Combo 1: RM20 untuk minuman Brown Sugar Deerioca Milk & Brown Sugar Deerioca Dark Chocolate dan Combo 2: RM22 untuk minuman Brown Sugar Deerioca Matcha Latte & Brown Sugar Creme Brûlée Milk.
Promosi ini akan berlangsung sehingga 28 Februari nanti di seluruh cawangan The Alley. So guys, masih ada masih lagi untuk korang ‘serang’ The Alley untuk mendapatkan harga istimewa ini.
Pembelian tertakluk kepada terma dan syarat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!