Hiburan

“Sedikit Usaha, Besar Maknanya” Bella Astillah Salur Hasil Jualan Kuih Raya Kepada Rumah Anak Yatim

Share

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah baru-baru ini kembali mencuri perhatian peminat apabila berkongsi satu momen penuh bermakna melibatkan hasil usaha perniagaannya sempena musim perayaan.

Menerusi sebuah perkongsian video di media sosial miliknya, Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah (32) memaklumkan bahawa hasil jualan kuih raya yang diusahakan olehnya telah berjaya disalurkan kepada sebuah rumah anak yatim.

Menurut Bella, inisiatif tersebut bukan sekadar aktiviti perniagaan biasa, sebaliknya membawa nilai yang cukup besar buat dirinya apabila berpeluang berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan.

BACA: “Masih Macam Mimpi Dan Saya Tak Mahu Bangun..” -Bella Astillah

“Alhamdulillah. Dari dapur Bella ke hati yang memerlukan. Hasil jualan kuih raya Bella x Anchor Butter telah disalurkan kepada rumah anak yatim”

“Sedikit usaha, besar maknanya. Terima kasih atas setiap sokongan yang diberi,” katanya.

Perkongsian itu dengan pantas meraih perhatian dalam kalangan pengikutnya yang rata-rata tersentuh dengan usaha murni yang dilakukan oleh pelakon tersebut.

Pada masa yang sama, ramai pengikut beliau di media sosial dilihat membanjiri ruangan komen dengan kata-kata positif dan sokongan berterusan terhadap Bella. Mereka mengagumi ketabahan serta sikapnya yang kekal memilih untuk berbuat baik walaupun sering diuji dengan pelbagai cabaran dalam kehidupan.

Selain itu, segelintir peminat turut mendoakan agar segala kebaikan yang dilakukan Bella dibalas dengan rezeki yang lebih luas, kesihatan yang baik serta kebahagiaan berpanjangan bersama insan tersayang. Tidak kurang juga yang berharap agar perjalanan hidupnya selepas ini dipermudahkan dan terus dipenuhi dengan perkara-perkara positif.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE