Berita baik buat anak muda dan pencinta bahasa!

Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan satu inisiatif menarik apabila bakal menawarkan kelas bahasa Mandarin dan beberapa bahasa asing lain secara percuma kepada rakyat negeri itu bermula tahun 2026.

Jadi, buat anda yang selama ini teringin menguasai bahasa antarabangsa tetapi terhalang dengan kos yang mahal, inilah peluang terbaik untuk belajar tanpa perlu mengeluarkan ratusan ringgit bagi yuran kelas.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan bahawa kelas bahasa ini akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian, sekali gus memberi ruang lebih fleksibel kepada rakyat untuk meningkatkan kemahiran bahasa tanpa kekangan masa dan lokasi.

Belajar Bahasa Asing Percuma? Selangor Tawar Kelas Mandarin & 5 Bahasa Lain Bermula Tahun Ini!

Antara bahasa yang ditawarkan secara percuma termasuk Mandarin, Tamil, Arab, Perancis, Jerman dan Sepanyol.

Ads

Menerusi laporan media tempatan, Amirudin menjelaskan bahawa program ini merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk memperkukuh keupayaan multilingual dalam kalangan rakyat, selain menyemai semangat perpaduan dalam masyarakat majmuk.

Beliau turut berkongsi bahawa program kelas bahasa ini sebenarnya telah diperkenalkan sejak era pandemik COVID-19 oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dengan kerjasama pusat-pusat bahasa, ketika itu dengan bayaran serendah RM10.

Belajar Bahasa Asing Percuma? Selangor Tawar Kelas Mandarin & 5 Bahasa Lain Bermula Tahun Ini!

Ads

“Program tersebut menerima sambutan yang sangat menggalakkan,” katanya.

Tambah Amirudin, penguasaan pelbagai bahasa bukanlah faktor pemisah, sebaliknya menjadi kekuatan penting untuk rakyat Malaysia bersaing di peringkat global. Malah, kemahiran bahasa ini juga amat berguna khususnya buat rakyat Malaysia yang gemar melancong ke luar negara.

“Bahasa adalah kekuatan yang membolehkan kita bersaing di peringkat dunia, bukannya punca perpecahan.

Ads

Belajar Bahasa Asing Percuma? Selangor Tawar Kelas Mandarin & 5 Bahasa Lain Bermula Tahun Ini!

“Oleh itu, mulai tahun depan, Kerajaan Negeri Selangor menawarkan kelas bahasa Arab, Mandarin, Tamil, Perancis, English, Jerman dan Sepanyol secara percuma agar rakyat Selangor mampu menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa, termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris,” jelasnya.

Pengumuman mengenai inisiatif kelas bahasa asing percuma ini dibuat sempena Sambutan Krismas Negeri Selangor 2025 yang berlangsung di 1 Utama, Petaling Jaya, pada 14 Disember lalu.

Belajar Bahasa Asing Percuma? Selangor Tawar Kelas Mandarin & 5 Bahasa Lain Bermula Tahun Ini!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads