Bekas ahli kumpulan K-Pop Teen Top, C.A.P baru-baru ini memberikan kenyataan yang berani melalui temubual dalam sebuah dokumentari Unreported World yang bertajuk The K-pop Dream Factory dengan berkongsi pengalaman pahitnya dalam industri muzik sebagai idola K-Pop.
Ia bermula selepas C.A.P atau nama sebenar, Bang Minsu menerima kecaman peminat kerana merokok dan mengeluarkan kata-kata kasar semasa siaran langsung.
C.A.P akui pernah melakukan perbuatan itu dengan sengaja sebagai caranya untuk keluar daripada kumpulan Teen Top.
Bagaimanapun, dia menyatakan bahawa masalah dalam industri K-Pop tidak hanya melibatkan individu tertentu tetapi juga melibatkan syarikat, peminat dan golongan artis sendiri.
“Awalnya, saya ingatkan saya cuma akan melakukan sesuatu yang cool sahaja tetapi hakikatnya saya terpaksa bertindak seperti anak patung. Buat segalanya sambil dikawal oleh seseorang.”
Ads
“Peminat adalah orang yang bertanggungjawab Kerana wujudnya budaya ini. label muzik atau agensi bersalah kerana tidak menghentikannya dan salah artis juga kerana tidak jujur bersuara. Semua ini adalah faktor yang menyumbang kepada budaya busuk ini.”
Sumber: Youtube Unreported World
Dalam pada itu, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Miss Right itu juga yakin ramai artis idola K-Pop lain turut merasai perkara yang sama seperti dialaminya dan tidak suka hidup mereka dikawal.
Sambil menunjukkan lukisan dalam dokumentari itu, katanya, “Lukisan ini hampir selesai. Di sini kita dapat melihat para idola K-pop seperti sekarang (lakaran bunga yang cantik).
“Di bawahnya (akar), kita melihat asal-usul mereka yang mewakili kehidupan mereka sebelum menjadi idola. Untuk mewakili budaya K-Pop, anda harus hilangkan akarnya,” katanya.
Ads
Sumber: Youtube Unreported World
Normal untuk mana-mana pelatih yang bakal menjadi penyanyi K-Pop akan dilatih untuk menari, menyanyi dan beraksi di atas pentas. Namun dedah C.A.P, agensi juga pada masa yang sama akan melakarkan fantasi tidak masuk akal dalam minda pelatih semata-mata untuk menghasilkan wang.
Idola K-pop juga terpaksa mengikut piawaian moral yang kurang realitistik untuk dipatuhi sepanjang masa. Malah ada dalam kalangan mereka terpaksa berpura-pura menjadi kekasih fantasi yang diidamkan oleh peminat.
Pada akhir temu bual tersebut juga, C.A.P berkata ada pihak yang akan mengambil kesempatan secara seksual terhadap artis seperti menyentuh mereka pada bahagian punggung, dada dan sebagainya. Ini secara tidak langsung mengganggu kesihatan mental mereka semua.
Ads
*
Terdahulu, C.A.P pernah berdepan masalah ketagihan alkohol, tambahan pula apabila dia terpaksa meratapi kehilangan dua orang sahabat yang meninggal dunia tanpa sempat untuknya berbual untuk kali terakhir dengan mereka.
“Dua kawan saya bunuh diri. mereka menelefon saya sehari sebelumnya tetapi saya sudah tertidur dan tak dapat nak jawab panggilan itu. Sehingga kini, saya terfikir adakah semuanya berbeza jika saya angkat panggilan mereka?”
Sumber: Youtube Unreported World
Aduh… dahsyat betul ya!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malam ini, sekali lagi Anugerah Bintang Popular Bintang Harian (ABPBH) dilangsungkan.
Kalau korang dah lama mengikuti sejarah ABPBH, mesti korang tahu ia sangat sinonim dengan stail fesyen yang akan diingati untuk tempoh lama.
Di ABPBH-lah tempat untuk kak Didie Alias melaram. Ini jugalah anugerah pertama di mana selebriti yang baru berhijrah memakai hijab memperagakan imej baru mereka.
Tahun ini, situasinya sama seperti tahun-tahun sudah apabila selebriti yang tercalon, penyampai anugerah dan penyeri pentas yang melakukan persembahan mempamerkan stail masing-masing.
Cer tengok stail siapakah yang menjadi pilihan REMAJA.
01
IZZUE ISLAM
Wow Izzue! Mengambil inspirasi daripada gaya athleisure, Izzue tampilkan kelainan dengan aksesori sepadan untuk bahagian kepala. Dia juga memilik but berplatform untuk melengkapkan gayanya.
02
MIRA FILZAH
Apa saja yang dipakai oleh Mira Filzah, pasti ramai yang akan bercakap mengenainya. Mira memilih persalinan serba putih (untuk dipadankan dengan sut serta blazer berwarna perang oleh Remy Ishak? Hehe) dengan menggabungkan gaun serta blazer top.
03
AZAR AZMI
Azar Azmi bole dianggap sebagai selebriti yang baru mencuri tumpuan di karpet merah. Azar seperti biasa selesa dengan persalinan gaun body fitting tetapi kali ini memilih paten patchwork moden geometri.
04
ARA JOHARI
Kali terakhir penulis melihat Ara mengenakan persalinan di atas lutut adalah semasa karpet merah Anugerah Juara Lagu pada awal tahun ini. Kali ini Ara menggayakan sut biru laut dengan stoking panjang dalam gaya preppy chic.
05
HAEL HUSAINI
Awak ini melangkaui sempadanlah, hehe.
Hael Husaini memang gemar untuk menepati tema bagi mana-mana acara. Lalu dia memilih kot labuh merah baldu lengkap dengan ikatan tali ala robe di bahagian hadapan.
*
So stail mana jadi kegemaran korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi versatil, Aisha Retno mengakui pernah berada di titik terendah selepas berhadapan dengan kontroversi pembatalan konsert serta pertelingkahan dengan Yuka Kharisma dan Kharisma Music International.
Berkata kepada Remaja, dia sempat menitiskan air mata lima minit sebelum membuat persembahan di acara TikTok Shop 11.11 Mega Live Showdown yang disiarkan di TV3 baru-baru ini.
“Baru-baru ini di acara TikTok Shop, itu memang detik di mana saya benar-benar ‘down’. Memang lima minit sebelum saya melangkah naik ke pentas, saya menitiskan air mata,” katanya ketika ditemui di Sidang Media Konsert Kaleidoscope 2.0 Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.
Tambah pelantun lagu popular Samudera itu, kejadian berkenaan sangat sukar baginya kerana ia lebih menyakitkan daripada pengalaman putus cinta.
Aisha bagaimanapun menzahirkan rasa syukur kerana mendapat sokongan daripada pasukannya yang membantu dia bangkit semula secara mental dan fizikal.
“Selalunya, sedih atau berada di titik terendah pun, saya tak pernah begitu. Ini lebih sakit daripada putus cinta. Jadi, saya terganggu sedikit.
“Tapi, saya bersyukur kerana ada pasukan saya untuk tolong saya bangkit semula mental dan fizikal. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar,” ujarnya lagi.
Menyentuh mengenai keadaan emosinya selepas kontroversi tersebut, Aisha berkongsi bahawa dia pernah berkurung di dalam rumah kerana tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan situasi yang berlaku.
“Selepas kejadian itu, saya ada juga berkurung di rumah. Saya tak tahu nak buat apa. Rakan-rakan tanya apa berlaku sebab berita itu di mana-mana. Saya tak dapat nak jawab. Kalau nak jelaskan satu persatu ia agak panjang,” katanya.
“Disebabkan saya masih ada beberapa kerja dan waktu berjalan, setiap hari Allah berikan rezeki untuk kerja. Saya bersyukur ia sedikit sebanyak ‘melarikan’ pemikiran saya,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Aisha turut berkongsi mengenai Konsert Kaleidoscope 2.0 yang bakal berlangsung pada 10 dan 11 Januari depan di Dewan Konsert Seri Budiman, UiTM Shah Alam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menerusi perkongsian berkenaan, wanita itu menjelaskan bahawa apa yang dikatakannya sebelum ini adalah fitnah semata-mata selain tindakannya itu adalah kerana dia mengimpikan Aniq untuk menjadi miliknya.
Mengakui kesilapan yang dilakukannya itu, wanita tersebut membuat permohonan maaf kerana ingin membersihkan semula nama bekas peserta Hero Remaja itu.
“Saya ingin buat permohonan maaf terhadap Aniq Suhair. Dia tak bersalah sebenarnya ni semua rekaan semata-mata sebab saya ‘delulu’ mahukan Aniq.
“Saya akui kesilapan ini. Saya tahu ini tak dapat diterima tapi benda sudah berlalu. Saya mahu membersihkan semula nama Aniq.
“Saya tahu saya bersalah dalam hal ini. Saya akan hubungi Aniq untuk minta maaf. Sekian,” coret wanita tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengecam tindakan individu yang tidak bertanggungjawab itu dengan menyatakan bahawa dia tidak seharusnya melakukan fitnah seperti itu.
Terdahulu, pelakon naskhah hit Sekali Lagi Cinta Kembali itu telah menolak dakwaan tersebut dan menyifatkan tuduhan yang dilemparkan itu bertujuan untuk menjatuhkan imejnya.
Oleh hal demikian, dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menuduhnya menghamilkan seorang wanita dan menggesa menggugurkan kandungan itu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram Aniq Suhair
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!