Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, pepatah ini sesuai penulis ibaratkan terhadap kejayaan Dr Kartini Kamalul Ariffin yang suatu ketika dahulu cukup popular sebagai pengacara rancangan 3R dan penyampai radio Hot.fm.
Dalam satu hantaran terbaru di Instagramnya, Dr Kartini berkongsi mengenai kejayaannya menyiapkan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran (PhD) di Infrastructure University Kuala Lumpur yang mengambil masa selama enam tahun.
“Terima kasih Allah kerana membimbing saya melalui usaha ini. Semoga saya terus dibimbing untuk menggunakan ilmu ini untuk visi saya, agama saya, masyarakat saya dan untuk kebaikan yang lebih besar,” ujarnya.
Dengan tajuk tesis, Women Leadership in Creative Industry in Malaysia, pencapaiannya menggenggam ijazah kedoktoran cukup memberi inspirasi, lebih-lebih lagi pada awal tahun ini dia diuji dengan kanser payudara.
Dalam gambar yang dikongsikan, dapat dilihat Dr Kartini di kelilingi oleh keluarga tercinta dan sahabat baiknya, Fara Fauzana turut hadir bersama memberi sokongan.
Ads
Imbas kembali, sebelum menyambung pengajian ke peringkat ijazah kedoktoran, Dr Kartini sebelum ini terlebih dahulu telah menamatkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang Kewartawanan Penyiaran di Goldsmiths, University of London pada tahun 2007.
“Masa my master back in 2007, saya tak hadiri pun majlis konvokesyen. Lama nak tunggu dan masa tu graduation di Goldsmiths, University of London. Jadi nak tinggal di London kena sewa rumah, perbelanjaan pun bertambah.
“Balik KL terus mula berkerja balik dengan Hot.fm, kemudian nak pergi balik untuk majlis graduasi, dah mula sibuk dan tiket kapal terbang pun tak murah. Jasi saya skip convocation utuk MA Broadcast Journalism. Sijil universiti poskan ke Malaysia. Sampai sekarang menyesal,” ujarnya panjang mengimbau kenangan lalu.
Ads
Selain itu ibu kepada dua cahaya mata ini turut berpesan agar jangan bertangguh dalam melakukan apa-apa. Kongsinya, “Untuk ijazah kedoktoran ini memang saya bertungkus lumus buat pembetulan tesis sejak Ogos untuk mengejar majlis graduasi sesi November 2023. Kalau tak kena tunggu tahun 2024. We don’t know what the future holds, jadi jangan bertangguh.”
Tahniah REMAJA ucapkan!
Sumber foto: Instagram Dr Kartini Kamalul Ariffin
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khabar baik buat peminat kumpulan K-pop Blackpink apabila filem pertama mereka berjudul ‘BLACKPINK: The Movie’ akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada 30 September ini.
Karya yang dinamakan ‘BLACKPINK’s 4+1 PROJECT’ ini merupakan antara pelan terbesar yang pernah dikelola syarikat label mereka, YG Entertainment untuk meraikan ulang tahun kumpulan popular itu.
Filem ‘BLACKPINK: The Movie’ akan dibahagikan kepada beberapa segmen seperti ‘The Room of Memories’, ‘Beauty’, ‘Unreleased Special Interviews’ dan rakaman daripada konsert jelajah BLACKPINK ‘In Your Area’ pada tahun 2018 serta ‘The Show’ yang baru dilangsungkan pada tahun 2021. Menariknya, filem ini juga akan menemui penonton 4DX di pawagam terpilih.
Jadi bagi Blinks di luar sana, tiket tayangan filem ‘BLACKPINK: The Movie’ akan mula dijual esok, 25 September 2021 di pawagam-pawagam terpilih. Fuh, mesti laku keras! Silap-silap boleh ‘jammed‘ di laman web Golden Screen Cinemas esok, hehe.
Baru-baru ini, seorang bintang TikTok yang berusia 16 tahun di India dilaporkan telah membunuh diri dan dipercayai berpunca daripada masalah tekanan mental.
Sehubungan dengan itu, kerajaan India mengharamkan aplikasi TikTok dan berpuluh lagi aplikasi lain buatan China dengan alasan ia mendatangkan bahaya kepada negara itu.
Menurut Astro Awani, pengharaman dibuat selepas Kementerian Teknologi Maklumat India menerima aduan daripada pelbagai pihak mengenai aplikasi yang didakwa mengambil data secara tidak sah.
Aplikasi seperti TikTok dikatakan memudaratkan kedaulatan dan integriti India, keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam.
Menurut kementerian tersebut dalam satu kenyataan, Pengumpulan, perlombongannya dan pemprofilan data itu mempunyai elemen yang boleh menjejaskan keselamatan dan pertahanan negara India. Dan akhirnya boleh mengugat kedaulatan dan integriti India dan hal ini memerlukan langkah kecemasan segera.
Secara keseluruhannya, 59 aplikasi China telah pun diharamkan, termasuk aplikasi permesejan popular WeChat.
India merupakan pasaran asing terbesar TikTok dengan anggaran lebih daripada 120 juta pengguna.
Aplikasi tersebut berhadapan dengan tuduhan mengambil data pengguna yang dikongsi bersama kerajaan China. Walau bagaimanapun, TikTok yang dibangunkan syarikat ByteDance berpangkalan di Beijing menafikan dakwaan tersebut.
Sebenarnya tidak salah untuk berhibur tetapi semua yang dilakukan haruslah ada batasnya. Pokok pangkalnya terpulang pada diri kita sendiri untuk menerima baik buruk serta padah setiap kelakuan.
Bagi pihak meja editorial Majalah Remaja, penulis ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga dan kenalan rapat Allahyarhamah Alessandra Dianne Ampuria setelah penyanyi itu disahkan meninggal dunia pada hari Jumaat, 9 September 2020.
Seperti yang umat Islam ketahui, hari Jumaat merupakan penghulu hari dan mempunyai pelbagai keistimewaan padanya. Ia adalah satu-satunya hari di mana kaum Muslimin diperintah untuk menunaikan solat Jumaat di masjid secara berjemaah.
Selain itu, hari Jumaat juga adalah di antara hari di mana doa seseorang kepada Allah SWT itu dianggap mustajab.
Riwayat Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Pada hari Jumaat itu ada satu masa (waktu), tidaklah seorang hamba yang muslim itu menunaikan solat lalu dia berdoa memohon sesuatu kepada Allah SWT melainkan Allah SWT akan memberinya apa yang dimohonkan itu.”
[ Riwayat al-Bukhari ]
Lantas, pemergian Sandra pada hari ini insyaAllah punya banyak kelebihan di sisi agama Islam.
*
Walaupun tiada hadis yang benar-benar sahih dalam menceritakan kelebihan orang yang meninggal pada hari Jumaat ataupun malam Jumaat, ramai ulama’ yang masih berpendapat bahawa barangsiapa yang meninggal pada hari Jumaat ataupun malam Jumaat menunjukkan bahawa orang tersebut memperolehi husnul khatimah iaitu pengakhiran yang baik.
Ini kerana hari Jumaat adalah sebaik-baik hari sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Sebaik-baik hari apabila terbitnya matahari adalah hari Jumaat, padanya diciptakan Adam AS. Pada hari itu juga dimasukkan ke dalam Syurga dan pada hari itu jugalah dikeluarkan daripada (Syurga) dan tidak akan berlaku Kiamat melainkan pada hari Jumaat.
[ Riwayat Muslim ]
*
Apapun, kematian itu adalah sesuatu yang pasti berlaku pada setiap makhlukNya yang bernyawa tanpa mengira masa, tempat dan situasi. Oleh itu, kita sebagai umat Islam perlulah sentiasa meningkatkan amalan agar masa untuk kita temui ajal sendiri nanti adalah dalam keadaan yang bersedia.
Chef Fikree berkongsi realiti dunia kulinari, isu mental health, budaya kerja dan laluan kerjaya bersama mahasiswa UiTM menerusi program Remaja On Road.