Bekas ketua polis daerah di Thailand yang dikenali sebagai ‘Joe Ferrari’ akhirnya dipenjara seumur hidup atas kesalahan mendera seorang suspek dadah hingga mati ketika dalam proses siasatan.
Thitisan Utthanaphon didapati bersalah kerana membunuh dengan melakukan seksaan sehingga menyebabkan kemarahan orang ramai dan menunjukkan kezaliman polis serta rasuah dalam pasukan keselamatan itu.
Rakaman video Ogos tahun lalu menunjukkan sekumpulan pegawai yang didakwa termasuk, Thitisan menekup kepala tahanan sambil menyoalnya. Suspek berusia 24 tahun itu meninggal dunia dalam tahanan polis dan video tular itu telah dijadikan bukti untuk siasatan terhadap tindakan Thitisan dan enam pegawai lain.
Rakaman itu menunjukkan Joe Ferrari dan pegawainya ‘membungkus’ tujuh beg plastik di kepala suspek ketika soal siasat dan cuba memeras ugut AS$60,000 (RM263,690) yang membawa kepada kematian mangsa.
Hakim di Mahkamah Jenayah Pusat bagi Kes Rasuah dan Salah Laku Bangkok menjatuhkan hukuman mati Thitisan yang berusia 41 tahun itu tetapi segera menukarnya kepada penjara seumur hidup. Mahkamah mengurangkan hukuman kepada penjara seumur hidup kerana Thitisan cuba membantu memberi bantuan kecemasan kepada suspek dan membayar perbelanjaan pengebumian untuk keluarga itu.
Namun, ibu mangsa tidak berpuas hati dan menjelaskan dia tidak mahu melihat wajah Thitisan.
Ads
Thitisan Utthanaphon didapati bersalah kerana membunuh dengan melakukan seksaan kepada suspek (Foto: Bangkok Post)
“Saya mahu (hukuman mati). Saya mahu perkara berlaku kepadanya seperti yang berlaku kepada anak saya,” katanya.
Untuk info, Thitisan Utthanaphon mendapat gelaran ‘Joe Ferrari’ kerana minatnya terhadap kereta mewah ketika skandal rasuah mengejutkan pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang Thailand, selain gaya hidupnya yang serba mewah.
Ads
Semoga hukuman yang diterimanya itu sedikit sebanyak dapat memberi keadilan buat mangsa dan diharap agar kes ini menjadi teladan kepada pihak berkuasa yang lain. Walaupun mempunyai kuasa, tidak bermakna mereka boleh melakukan sesuka hati sehingga menyebabkan kematian.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden bunuh diri di kalangan pesakit yang disahkan positif wabak Covid-19 baru-baru ini telah dilaporkan di seluruh dunia. Malah video tular yang memaparkan seorang lelaki Itali yang tekad terjun bangunan juga menunjukkan bahawa pesakit positif boleh dilanda tekanan.
Terbaru, seorang pesakit yang masih dalam pemerhatian bagi kes Covid-19 di Hospital Serdang, Selangor bertindak untuk membunuh diri. Sekaligus ini merupakan kes pertama seumpama itu yang terjadi di Malaysia.
Sumber dari hospital tersebut mengesahkan kejadian itu terjadi, namun enggan mendedahkan sebarang maklumat dan meminta agar semua pihak menunggu kenyataan rasmi daripada pihak pengurusan.
Menurut laporan New Straits Times, insiden tersebut terjadi sekitar jam 7.40 malam tadi di sebuah tandas yang terletak di wad 7D.
Mangsa ditemui oleh seorang jururawat yang terus memanggil bantuan daripada bahagian keselamatan hospital.
Assistant Commissioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof daripada balai polis Sepang pula memberitahu bahawa mangsa merupakan seorang lelaki berusia 62 tahun yang telah diletakkan dibawah pemerhatian sejak 26 Mac lalu.
Walaupun keputusan pemeriksaan belum diterima oleh mangsa, tidak mustahil dirinya berada dalam keadaan tertekan sebelum mengambil keputusan drastik tersebut.
Diharap tiada lagilah kes sedemikian berlaku di kalangan pesakit yang disyaki mahupun sudahpun disahkan positif Covid-19 di Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu mayat lelaki dipercayai warga Malaysia berketurunan Cina telah ditemui oleh pihak berkuasa Austrarila di kawasan luar bandar di barat laut Bathurst di New South Wales, pada hari Ahad.
Mayat didakwa milik lelaki berusia 24 tahun bernama Jacky Chong Kai Wong itu dijumpai kira-kira pada jam 3.30 petang selepas penyiasat memulakan pencarian di sebuah kawasan luar bandar di Killongbutta.
Walaupun masih belum dikenal pasti secara rasmi, polis percaya ia milik Chong.
Menurut laporan portal 9News, Jacky dipercayai telah meninggal dunia antara 25 Disember 2020 dan 8 Januari 2021. Chong sudahpun menetap di Sydney sejak 2016 namun tidak berhubung dengan keluarganya sejak 28 Disember 2020.
Kata keluarganya kepada pihak polis, mereka percaya Chong mungkin bekerja di New South Wales sebelum kehilangannya.
Setelah penemuan mayat itu, polis kini akan menjalani pemeriksaan forensik dan proses pengecaman menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas jasad bagi mengesahkan identitinya.
Terdahulu pada tahun 2021, pasukan petugas polis yang sedang menyiasat kes sindiket dadah pada waktu itu mendapati mangsa tidak dapat dikesan. Setelah siasatan dijalankan, tiga lelaki berusia 33, 22 dan 28 didakwa pada akhir Mac lalu berhubung kematian Chong.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengorbanan mereka yang berkhidmat semasa waktu kritikal melawan pandemik Covid-19 di seluruh dunia sememangnya sangat besar.
Terbaru, seorang lagi petugas kesihatan warganegara Malaysia yang berkhidmat di United Kingdom telah mengehembuskan nafas terakhir disebabkan pendemik Covid-19.
Meninggal sebab Covid-19
Dr Vishna Rasiah disahkan meninggal dunia semalam menerusi laporan daripada NHS Birmigham Women’s and Children’s .
Dr Vishna atau mesra dipanggil Vish merupakan Pakar Pakar Perunding Neonatal di Birmigham Women’s and Children’s Hospital.
Portal itu dalam masa yang sama menyifatkan mendiang sebagai seorang doktor yang mempunyai kemahiran tinggi dan sudah merawat ramai pesakit di Birmingham.
“Vish seorang doktor yang sangat hebat, ketua dan rakan sekerja yang sangat komited terhadap pesakit dan keluarganya. Kehilangannya merupakan sesuatu yang sukar buat kami, apatah lagi anak dan isterinya,” kata Ketua Eksekutif, Sarah-Jane.
Rata-rata rakan-rakan sekerja di hospital kami, malah oleh ramai yang lain di seluruh kawasan Midlands dan yang mengenali Dr Rasiah meluahkan rasa sedih.
Untuk info, United Kingdom antara negara paling teruk terjejas akibat pandemik COVID-19 dengan mencatatkan hampir 150,000 kes positif serta hampir 20,000 kematian setakat Jumaat.