Pelakon lelaki Fizo Omar sebentar tadi telah pun memuat naik hantaran di laman Instagramnya mengatakan bahawa anak perempuanya, Wan Maryam dan bekas isteri, Mawar telah disahkan positif COVID-19 sejak 1 Januari 2021 dan kini seang menerima rawatan di hospital.
Jelas Fizo, mereka berada dalam keadaan stabil dan dia sudah pun menjalani ujian swab pada 2 Januari 2021 dan keputusannya adalah negatif.
Finalis Hero Remaja 2007/2008 ini juga menasihati kepada semua masyarakat supaya jangan mengambil mudah dengan virus pandemik ini dan patuhilah segala SOP yang ditetapkan kerana ia akan memberikan kesan emosi yang sangat mendalam apabila terjadi kepada diri sendiri atau pun keluarga.
Ads
Beliau juga meluahkan rasa penghargaan kepada semua yang menitipkan doa dan berharap agar Maryam dan Mawar cepat sembuh.
Rakan selebriti dan pengikutnya di IG turut mendoakan agar anak dan bekas isteri Fizo cepat sembuh.
Kes positif COVID-19 nampaknya terus menular di negara kita dan diharap agar korang semua lebih berwaspada dan mematuhi SOP dengan menjaga jarak fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka.
Remaja mendoakan agar Mawar dan Maryam baik-baik sahaja dan semoga Fizo Omar kuat menghadapi ujian ini.
Mesti ramai peminat yang rindu melihat kemunculan pelakon terkenal, Lisa Surihani mewarnai pentas lakonan negara. Walau bagaimanapun, beliau kini lebih menonjol sebagai model tudung muslimah ataupun pengacara program televisyen.
Lisa Surihani atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed (38) berkata, beliau tidak menafikan perjalanan karier seninya sebagai aktres agak perlahan khususnya selepas mendirikan rumah tangga dan menjadi ibu kepada dua cahaya mata.
Selain itu, anak kelahiran Kuala Lumpur ini mengakui sengaja memilih langkah itu untuk bersikap selektif terhadap watak yang ditawarkan kepadanya dan ingin sesuatu kelainan dalam setiap watak yang bakal dilakonkan.
Kredit: Instagram Lisa Surihani
Dalam pada itu, isteri kepada komposer dan pengarah terkenal Datuk Yusry Abdul Halim ini mula tampil berhijab kira-kira lima tahun lalu selepas pulang menunaikan umrah juga kini lebih tertarik kepada naskhah jalan cerita berunsurkan kerohanian serta memberi manfaat kepada orang lain.
“Kalau ikutkan pada perjalanan kerjaya saya dari awal lagi, saya sudah buat pelbagai (watak). Tetapi, kalau dari segi keagamaan (drama, filem) itu mungkin, in the past sekali dua macam itu (sahaja),” katanya.
“Jadi, kalau ada cerita sebegitu (nilai keagamaan), saya boleh (lakonkannya) dan harapnya juga, ia (drama atau filem yang) tertulis untuk saya, insya-Allah. Sebelum berhijrah pada 2019, saya memang agak berhati-hati memilih watak dan sentiasa menitikberatkan pendapat mereka yang dekat dengan saya,” tambahnya.
Kredit: Bernama
Sementara itu, Lisa yang pernah popular menerusi watak Dian dalam filem Istanbul Aku Datang ini bagaimanapun menafikan bahawa keterbatasannya beraksi di pentas lakonan berpunca daripada suaminya yang menetapkan syarat-syarat tertentu.
Malah, pemenang anugerah pelakon wanita terbaik Festival Filem Malaysia ke-23 dan 26 ini berkata suaminya tidak pernah menetapkan sebarang syarat kepadanya dalam mengukuhkan lagi sayap di dunia seni.
“Sebaliknya, dia lebih memberi sokongan di atas keputusan yang (saya) buat. Alhamdulillah, dari awal perkahwinan lagi, ada persefahaman yang cukup baik antara saya dengan suami, bahkan tidak pernah pula ada situasi (dia tidak beri saya ambil apa-apa tawaran). Biasanya, dia akan okey sahaja”
Kredit: Suara Sarawak
Menginginkan yang terbaik, Lisa, anak keempat daripada lima beradik ini berkata semestinya beliau menyimpan harapan tinggi pada tahun ini untuk melihat perjalanan karier seninya serta kehidupannya bersama-sama dengan keluarga tercinta sentiasa dipermudahkan.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Syafeek turut berkongsi rasa terharunya terhadap usaha peminat yang terus memberikan sokongan dari awal, meskipun dirinya tidak berjaya mara ke pusingan ‘The Big 12’.
“Adat pertandingan memang akan ada yang menang dan kalah, cuma tak sangka perjalanan saya akan terhenti (penyingkiran) seawal ini.
“Apa lebih mengecewakan bila saya tengok peminat yang bersusah payah datang, siap tempah baju dan bawa sepanduk. Saya rasa kenapa saya perlu susahkan mereka sedangkan tak ada apa-apa hasil untuk saya berikan kepada peminat.
“Saya kecewa bukan kerana tersingkir tetapi lebih kepada sudah menghampakan sokongan diberikan peminat,” katanya dengan nada sebak.
Tak Akan Berputus Asa
Meskipun diuji dengan penyingkiran awal, Syafeek tetap bersemangat untuk meneruskan perjuangan dalam industri muzik tempatan.
Katanya, latar belakang kehidupannya yang penuh cabaran sejak kecil telah membentuk semangat juangnya hari ini.
“Semangat ini mungkin datang kerana saya lahir dalam keluarga susah. Saya dah biasa hidup susah dari kecil, pernah disisihkan kawan-kawan kerana saya bukan anak orang kaya.
“Kesusahan itu membuatkan saya belajar untuk menjadi kuat dalam apa jua keadaan.
“Ibu saya pun selalu pesan kalau jatuh sekali, kita jangan bangun sekali sebaliknya kita bangun 10 kali. Itu yang saya pegang sampai hari ini,” ujarnya.
Selain Syafeek, lima lagi peserta turut tersingkir iaitu Suff Ahmed, Apich Lo, Alif Azri, Shaqeen dan Ridhwan Azman.
Untuk minggu pertama, 18 peserta Big Stage Alpha dinilai oleh barisan juri tetap: Edry Abdul Halim, Datuk Syafinaz Selamat dan Hael Husaini, bersama juri jemputan Krisdayanti.
Program yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose ini bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria dan turut distrim melalui Astro GO serta sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, minggu keempat Big Stage Alpha mengejutkan para penonton apabila peserta bernama Que terpaksa akur dengan penyingkiran apabila para juri enggan menggunakan peluang imuniti X pada minggu empat dari pentas saingan.
Tampil dengan persembahan menerusi lagu Satu Peluang, nyanyian asal Andi Bernadee, Que bagaimanapun tidak berjaya memikat hati para juri bagi meneruskan perjalanannya di pentas Big Stage Alpha.
“Pertama sekali saya tidak tahu nak cakap macam mana tapi terima kasih kepada keluarga, kawan-kawan dan penyokong”
“Saya cuma berharap agar saya dapat diberikan peluang kerana saya masih nak buat yang lebih baik lagi, terima kasih,” kata Que.
Dalam pada itu, juri tetap Datuk Syafinaz Selamat (Tok Naz) menjelaskan bahawa pihak juri enggan menggunakan peluang imuniti X bagi menyelamatkan peserta yang berada di kedudukan terbawah minggu ini.
“Persembahan Que pada malam ini bukanlah yang terburuk tetapi kami perlu fikirkan tentang tujuan asal rancangan ini untuk mencapai satu kumpulan,” kata Tok Naz.
“Kalau ikutkan hati saya nak simpan semua sampai akhir tapi rasanya kali ini kami tidak akan menggunakan imuniti,” ujarnya lagi.
“Que, anda masih boleh berjaya dan jangan patah semangat. Ini bukan satu-satunya platform yang ada untuk berjaya,” pesan beliau untuk Que.
Sementara itu, bagi peserta yang mendapat kedudukan tertinggi pada minggu ini adalah Rizal Rasid yang membawakan lagu nyanyian asal Hazama berjudul Penglipur Lara meraih markah keseluruhan sebanyak 75.55 peratus.
Terdahulu, Big Stage Alpha menyaksikan enam peserta iaitu Syafeek Ikhwan, Suff Ahmed, Apich Lo, Alif Azri, Shaqeen dan Ridhwan Azman telah disingkirkan pada minggu pertama. Manakala, Ashmirul & Qarl G tersingkir pada minggu kedua.
Bersiaran secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam, program edisi all-male ini menyaksikan para peserta tampil dalam persembahan berkumpulan iaitu Alpha Prime dianggotai oleh Afiq Sky, Rizal Rasid, Izat Ibrahim, dan Ariel Fesol serta Alpha Ultra yang dianggotai oleh Daniel Sher, Allan Anderson, Ray D, Araff, dan Awienit.
Big Stage Alpha merupakan spin-off pertama Big Stage dengan konsep 18 bintang lelaki akan bertanding untuk dijadikan sebuah kumpulan lelaki pertama di bawah naungan Astro. Walau bagaimanapun, kini hanya 9 orang yang berjaya mara ke minggu seterusnya.
Setiap minggu, para peserta akan diuji menerusi persembahan solo dan misi berkumpulan mengikut tema yang diberikan.
Penjurian dikendalikan oleh barisan juri tetap seperti Datuk Syafinaz Selamat, Hael Husaini, dan Edry Abdul Halim, manakala Dato’ AC Mizal tampil sebagai juri jemputan untuk minggu keempat.
Program yang dihoskan oleh gandingan mantap Elly Mazlein dan Rina Nose ini bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO serta sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Personaliti media sosial, Andika Putera berkongsi perkembangan terkini mengenai keadaan anak perempuannya, Alisha Puteri yang baru sahaja menjalani pembedahan mata.
Menerusi satu hantaran di TikTok,...