Bekas finalis Miss World 2016, Janani B. antara peserta yang menghadiri sesi uji bakat terakhir di Shah Alam hari ini. Berusia 24 tahun, Janni tidak mahu melepaskan peluang untuk menyertai pencarian Dewi Remaja edisi ke-12.

“Sebelum ini saya ada membuat research tentang Dewi Remaja dan ramai juga yang memberi dorongan untuk saya cuba menyertai pertandingan ini kerana seperti yang kita semua sedia maklum, finalis berbangsa bukan Melayu antara golongan minoriti yang turut serta dalam program ini,”

“Jadi saya ingin menyahut cabaran untuk membuktikan bahawa saya juga layak bergelar seorang finalis Dewi Remaja,”

Bekas Finalis Miss World 2016 Sertai Uji Bakat Dewi Remaja 2022

“Saya ingin mengetengahkan bakat berlakon dan kini saya juga bergelar pelakon dan hos sepenuh masa. Saya mahu mengasah lagi bakat dan kemahiran dalam bidang ini,” jelasnya.

IKLAN

Janni juga turut berkongsi pengalamannya ketika bergelar finalis Miss World pada satu ketika dahulu.

“Kira-kira enam tahun yang lalu, saya menyertai pertandingan Miss World 2016 dan ketika itu saya baru berusia 18 tahun. Pada waktu itu saya tidak betul-betul melakukan yang terbaik kerana hati berbelah bahagi untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara atas permintaan keluarga,”

Bekas Finalis Miss World 2016 Sertai Uji Bakat Dewi Remaja 2022

IKLAN

“Ibu dan ayah sangat mementingkan pendidikan. Syarat yang mereka berikan kepada saya adalah untuk menyambung pelajaran terlebih dahulu dan selepas itu barulah saya boleh menyambung minat dalam bidang hiburan. Selepas dari pertandingan itu saya ke Kanada selama empat tahun melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan dan kali ini saya benar-benar ingin membuat sehabis baik untuk mendapat tempat ke pentas Dewi Remaja 2022,”

Bekas Finalis Miss World 2016 Sertai Uji Bakat Dewi Remaja 2022

“Tidak dinafikan saya mempunyai sedikit kelebihan kerana berpengalaman menyertai pertandingan besar seperti Miss World. Disana saya dapat menimba banyak ilmu, sehinggakan bagaimana nak makan dengan betul juga diajar sewaktu kami di pertandingan itu. Jadi, saya merasakan ini adalah satu peluang untuk saya melakukan yang terbaik sekiranya terpilih sebagai salah seorang peserta Dewi Remaja tahun ini,” tambahnya lagi.

IKLAN

Apa-apa pun kami di Remaja ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Janni dan semoga gadis ini dapat memberikan yang terbaik di sesi uji bakat pencarian Dewi Remaja hari ini.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

https://www.youtube.com/watch?v=9DQhaU6VfAM

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI