
Adik kepada penyanyi dan pelakon Amira Othman, Dr Nurin Kamilia Othman menjadi tumpuan warganet selepas menamatkan pengajian Sarjana Muda Pergigian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Momen penuh bermakna itu dikongsikan ibu mereka, Norahayati Arshad, menerusi aplikasi Threads bersama foto konvokesyen dan pra-konvokesyen Dr Nurin.

Norahayati, ibu kepada enam cahaya mata, menzahirkan rasa syukur dan bangga atas kejayaan anaknya itu.
“Doa mama dan abah sentiasa mengiringimu, amiin,” kongsinya ringkas.
Beliau turut memuat naik foto Dr Nurin bersama bapa mereka, Othman Abd Kadir, serta dua abang, Irfan Haris dan Sadiq Azizi.
Di ruangan komen, ramai warganet mengucapkan tahniah dan memuji kecantikan Dr Nurin yang disifatkan seiring dengan inteleknya.

Didorong Bapa Untuk Memilih Bidang Pergigian
Sebelum ini, Dr Nurin pernah berkongsi kisah pemilihan bidang pergigian yang sebenarnya dipengaruhi oleh bapa tersayang.
“Mengapa bidang pergigian? Pertama sekali, ayah saya sebenarnya meminta saya untuk mempertimbangkan perubatan, tetapi saya perlu mengatakan tidak kerana tidak berfikir idea mempraktikkan bidang perubatan seumur hidup tidak sesuai dengan gaya hidup yang saya mahu pada masa hadapan.

“Tetapi saya masih mahu memenuhi permintaannya dan berbincang dengan abah. Saya bertanya kepadanya jika pergigian lebih baik dan abah bersetuju,” katanya.
Tambahnya lagi, minat terhadap sains dan seni sejak kecil turut mendorongnya memilih pergigian.
“Selain itu sebenarnya, walaupun menyukai sains, saya juga benar-benar menikmati seni semasa kecil.

“Oleh itu, bidang perubatan adalah gabungan yang sempurna antara kedua-dua kecenderungan ini,” katanya menerusi TikTok Lepas Sekolah.
Sebagai info, Amira Othman mempunyai seorang kakak iaitu Izzati Maria, tiga adik lelaki, Sadiq Azizi, Haiqal Iskandar, Irfan Haris serta seorang adik perempuan, Dr Nurin Kamilia.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IG Nurin Kamilia & Beeprographystudio
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!












