Pejam celik, kedua orang puteri kepada Dato’ Awie dan Arni Nazira Anua sudahpun menginjak ke usia 20-an.
Biarpun ibu-bapa mereka itu sudah lama membawa haluan masing-masing, namun Puteri Aleeya Antasha, 22 dan Puteri Aleefa Antasha, 20 tetap menyayangi Awie dan Arni selayaknya dan sama rata.
Baru-baru ini, puteri sulung mereka Puteri Aleeya Antasha telahpun berjaya menamatkan pengajian peringkat diploma dalam jurusan Pengurusan Acara daripada institusi Management & Science University (MSU).
Dalam majlis konvokesyen Aleeya yang dilangsungkan pada hujung minggu lalu, apa yang membuatkan momen itu lebih istimewa adalah kehadiran Awie dan Arni di sana sebagai tanda sokongan.
Ads
Aleeya bukan sekadar mewarisi kejelitaan raut wajah Arni yang popular menerusi drama Cinta Antara Benua satu ketika dahulu, malah remaja itu juga tidak kurang bijak juga.
Berkat usaha Aleeya dalam bidang akademik dan disertakan doa ibu-bapanya, dia telahpun dinobatkan sebagai penerima Anugerah Akademik Terbaik pada majlis konvokesyen tersebut.
Luah Arni, “Saya bersyukur dan bangga dengan Aleeya kerana impiannya untuk membuktikan dia boleh berjaya dalam pelajaran termakbul.
Ads
“Mummy dan Daddy doakan moga kakak dan semua adik-adik terus berjaya dalam semua bidang yang diceburi. Mudah-mudahan kakak dan semua adik-adik terus cemerlang di dunia dan akhirat. Syukur ya Allah di atas segala kurnia,” katanya.
Moga-moga kejayaan Aleeya ini membuatkannya bersemangat untuk meneruskan pengajian di peringkat seterusnya sekaligus memberi dorongan kepada adiknya, Aleefa untuk turut berusaha mencapai kejayaan sama.
Tambahan pula apabila Aleefa turut melanjutkan pengajian dalam bidang sama dan di institusi sama.
Untuk pengetahuan, Aleeya dan Aleefa merupakan zuriat hasil perkahwinan Arni yang pertama dengan Dato’ Awie sebelum mereka berpisah pada tahun 2006.
Selain dua puteri tersebut, Arni yang kini telah menginjak ke usia 43 tahun juga merupakan ibu kepada tiga lagi orang cahaya mata daripada perkahwinan keduannya bersama usahawan, Wan Mohd Hazrie Wan Mokhtar. Mereka terdiri daripada Wan Muhammad Mua’dz, 12; Wan Ayesha Maserra, 10 dan Wan Muhammad Mushrief, 7.
Kini, Arni lebih selesa bergelar suri rumahtangga sepenuh masa dan meneruskan rutin harian sebagai seorang isteri serta ibu kepada lima orang anak tercinta.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, penyanyi Mimi Fly mencuri perhatian peminat apabila sebuah video beliau mengalunkan ayat suci Al-Quran dalam sebuah program televisyen berjudul Geng Ngaji.
Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik di media sosial, Mimi Fly atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham (38) dilihat sedang membaca dua potongan ayat 20 dan 21 daripada surah ke-45 iaitu surah Al-Jaathiyah.
Dalam pada itu, keindahan suara Mimi membaca ayat suci berkenaan dengan lafaz dan tajwid yang benar juga membuatkan para panel dari rancangan tersebut kagum dan memberi pujian atas kehebatannya dalam melontarkan bacaan.
“MashaAllah, tak sangka saya. Inilah yang saya suka apabila ada sahabat kita daripada kalangan penyanyi mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran, tercengang kita yang mendengarnya,” kata Ustaz Tarmizi.
Kredit: Astro GempakKredit: Instagram Mimi Fly
Sementara itu, di ruangan komen ramai warga internet yang memuji dan teruja melihat kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada Mimi dalam melontarkan ayat daripada kitab suci umat Islam dengan baik serta ada yang memuji penampilannya dalam mengenakan hijab.
Terdahulu, nama Mimi kembali menjadi sebutan peminat apabila beliau muncul dengan lagu hangat berjudul Angkat. Kemudian, bersempena bulan Syawal, Mimi berjaya meraih perhatian sekali lagi apabila melancarkan lagu ‘Serumpun’ yang kini menjadi tular di media sosial.
Menarik mengenai kedua lagu itu, sebagai seorang penyanyi versatile, Mimi turut menggunakan bahasa isyarat di dalam koreografi selepas terinspirasi daripada pelajar di kelas yoga yang disertainya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Harga tak masuk akal? Macam mana tu ya? Mungkin pada awalnya korang mesti beranggapan bahawa motosikal terbaru keluaran MODENAS ini ditawarkan dengan harga mahal. Tapi mari sini REMAJA nak kongsi, ia dijual dengan harga paling murah (dalam kelasnya) di Malaysia!
Dilancarkan pada bulan Mei yang lalu, MODENAS mempertaruhkan tiga model baru yang terhasil menerusi usaha bersama dengan Bajaj Auto Ltd., pengeluar motosikal keenam terbesar di dunia. Malah nama Bajaj juga cukup tidak asing di kalangan rider dan peminat motosikal terutamanya di Malaysia.
Tiga model baru MODENAS ini terdiri daripada naked street bike, race bike dan cafe racer bike. Dua daripadanya menggunakan enjin berkuasa 200cc manakala sebuah model lagi dipadankan dengan ‘denyutan’ bersesaran 150cc. Motosikal yang dimaksudkan ialah MODENAS Pulsar NS200, MODENAS Pulsar RS200 dan cafe racer, MODENAS V15.
Kerjasama antara MODENAS dan Bajaj Auto dilihat sebagai perkembangan positif dan merupakan berita baik buat penggemar motosikal tempatan. Bagi MODENAS, kehadiran tiga buah model baharu ini ini mampu memenuhi permintaan tinggi terutamanya motosikal jenis cafe racer yang kini menjadi trend cukup popular.
MODENAS V15 – RM5,989
MODENAS V15
MODENAS V15
MODENAS V15
MODENAS Pulsar NS200 – RM9,222
MODENAS Pulsar NS200
MODENAS Pulsar NS200
MODENAS Pulsar NS200
MODENAS Pulsar RS200 – RM11,342
MODENAS Pulsar RS200
MODENAS Pulsar RS200
*harga atas jalan termasuk GST tanpa insurans
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah aktif dengan perancangan jelajah konsert di seluruh dunia, penyanyi kacak lagi berbakat, Shawn Mendes nekad mengambil keputusan untuk ‘bercuti’ buat sementara waktu demi menjaga kesihatan mentalnya.
Jumaat lalu, penyanyi berusia 23 itu telah berkongsi mengenai penangguhan jelajah dunia Wonder miliknya selama tiga minggu atau ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Walaupun Shawn bersedih dengan keputusan ini, ia adalah satu keputusan yang tepat dan penting untuknya.
Apatah lagi, Shawn memulakan kariernya sebagai penyanyi pada usia semuda 15 tahun dan kini, dia telah sampai ke satu tahap di mana dirinya sedikit terhimpit dengan dilema kesihatan mental disebabkan tekanan yang dihadapinya selama ini.
“Jujurnya, memang sukar untuk saya sentiasa berjauhan dengan kawan-kawan dan keluarga.
“Selepas beberapa tahun menjelajah, dahulu saya rasa seperti sudah bersedia untuk memulakannya semual. Tetapi keputusan itu ternyata satu keputusan yang salah dan malangnya, saya menjadi mangsa tekanan dan sampai ke titik ‘breaking point’,” ujarnya.
Tambah Shawn, keputusan ini juga diambil setelah bertemu dengan pakar kesihatan.
“Saya perlukan sedikit masa untuk sembuh dan menjaga kesihatan mental saya. Sebaik ada lebih update, saya berjanji akan memberitahu anda semua.”
Terdahulu pada tahun lepas, Shawn mendedahkan kepada GQ bahawa dirinya mengalami isu anxiety melampau sehinggakan dia tidak lagi boleh menyanyi pada satu tahap. Malah, dia juga pernah terfikir untuk berhenti.
Harapnya, peminat Shawn yang benar-benar sayangkan idola mereka ini memahami situasi yang dialami oleh penyanyi Treat You Better ini. Kalau korang juga mengalami perasaan sama seperti Shawn atau selebriti lain, why not korang cuba cara Adele ini demi membantu meringankan lagi beban mental yang dipikul.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...