Dengan wujudnya aplikasi seperti Grab, ramai anak muda kini mula berjinak-jinak menjadi pemandu yang membawa penumpang. Bermula dengan hanya sekadar mencuba, Finalis Hero Remaja, Ashraff Moghni menjadi pemandu Grab yang serius selepas mendapati ia mampu memberikan pendapatan yang cukup lumayan. Namun, pelbagai pengalaman yang ditemuinya sepanjang bergelar pemandu Grab termasuklah pengalaman kena kacau dengan perempuan dan juga lelaki!
Sudah berapa lama Ashraff menjadi pemandu Grab?
Hai Remaja. Saya sudah menjadi pemandu Grab selama setahu lapan bulan.
Bagaimana Ashraff mula buat keputusan untuk menjadi pemandu Grab?
Ceritanya, pada masa itu saya masih belajar dan buat ACCA. Pada ketika itu saya fikir saya perlu ada income sendiri. Dan mula dari situ saya mula serius.
Secara average berapa pendapatan yang Ashraff boleh dapat?
Kalau saya buat secara bersungguh-sungguh, pendapatan bulanan saya boleh mencecah 4 hingga 5 ribu ringgit sebulan. Tapi sekarang agak sukar nak cecah sebab sibuk sikit.
Ads
Setengah orang fikir kerja sebagai pemandu ini kerja macam kuli atau driver? Pandangan Ashraff?
Saya tidak kisah. Sebagai Grab car driver, saya perlu terima dengan keadaan ini. Asalkan ia kerja yang baik dan memberikan rezeki yang halal buat saya. Mungkin ramai tak tahu yang bidang ini memberi pendapatan yang cukup baik.
Antara penumpang lelaki dan perempuan, siapa paling banyak songeh?
Nak kata songeh itu, tidaklah. Tapi kalau ikut pengalaman saya, perempuan lebih cerewet. Kadangkala saya [erlu tunggu mereka lebih lama. Dan kadang-kadang juga, janji di tempat lain, tapi dia tunggu di tempat lain. Namun, penumpang perempuan jugalah yang paling friendly. Setengah penumpang suka bercakap dan ada yang tidak suka bercakap. Kena pandai baca mood penumpang.
Ads
Sesetengah pemandu Grab meletakkan gula-gula dan air mineral kepada penumpang? Ashraff lakukan benda sama?
(Ketawa) Dulu saya ada buat tapi sekarang tak ada lagi. Sekarang lebih kepada bagi servis yang baik.
Sekarang sudah bergelar sebagai Finalis Hero Remaja. Ashraff masih teruskan?
Ya, saya masih teruskan memandu Grab sebab ia merupakan antara punca pendapatan utama saya.
Ads
Pernah kena kacau dengan penumpang, contoh mereka minta nombor telefon?
Ada, even masa belum saya pergi ambil mereka pun saya dah kena kacau. Tapi itu saya anggap perkara biasa. Di mana-mana pun kalau orang nak kacau, mereka kacau juga.
Bagaimana berdepan dengan mereka yang suka mengacau Ashraff?
Macam yang lebih-lebih dan weird tu saya block je nombor mereka.
Untuk remaja yang minat nak jadi pemandu Grab. Tip?
Ia satu contoh kerja yang boleh jana pendapatan terutamanya kepada golongan muda. Harus pandai jaga masa sendiri serta jangan malu bertanya.
Pengalaman buruk pernah berlaku sepanjang jadi Grab driver?
Ada sekali saya pernah kena ‘sound’ dengan pemandu teksi sebab menurut dia saya ambil penumpang pelancong asing di kawasan teksi. Semasa nak beredar dia sepak bumper kereta saya. Tapi saya tidak buat apa-apa anggap itu sebagai mungkin cabaran buat saya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pejam celik, pejam celik minggu ini dah pun final Pencarian Hero Remaja 2021. Rasanya macam baru semalam je mula buat audition Hero Remaja 2021 tapi rupa-rupanya finalis-finalis ni dah pun nak graduate. Hiks!
Finale Hero Remaja 2021 menampilkan top 4, Afiq Hamidon, Amirul Aiman, Fazziq Muqris dan juga Aqil Taqee. Berjaya menempatkan diri ke top-4 dalam pencarian Hero Remaja 2021 bukan satu pencapaian yang mudah.
Persoalannya, siapa yang bakal merampas takhta Juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar?
Dilihat agak cool serta punya karisma tersendiri, Aqil Taqee agak mengejutkan orang ramai apabila terpilih hingga ke pentas finale. Berdarah kacukan Cina, Aqil Taqee merupakan pelajar jurusan Diploma Sains Sukan di UITM Shah Alam yang pada mulanya bercita-cita ingin menjadi seorang pramugara namun niatnya itu mendapat tentangan bapanya.
“Saya bukan calon underdog. Tak rasa pun begitu atau perkataan itu sesuai dengan saya. Tapi saya lebih suka gunakan perkataan unexpected. Bila di atas stage akhir itu, saya gembira menjadi diri sendiri. Saya dah usaha dan buat yang terbaik, saya juga buktikan saya mampu sampai ke malam finale. Cuma saya berharap saya tidak gementar di malam tersebut”
Tambah Aqil lagi, perasaan beliau agak gementar kerana episod 1 hingga 7 dilakukan secara recording namun malam finale nanti ia dilangsungkan secara live jadi saya agak gugup juga. Tapi InsyaAllah saya berharap semuanya akan berjalan dengan lancar.
Jelas Aqil, dia mencuba yang terbaik di malam final nanti malah mengharapkan gelaran Hero Remaja 2021 menjadi miliknya, sama seperti impian peserta lain yang bertanding.
“Bila berdiri bersama empat barisan finalis akhir, saya tahu perlu buat yang terbaik. Of course semua orang ada impian. Dan bila sampai ke tahap ini insyaAllah saya akan buat sehabis baik di malam finale nanti. InsyaAllah..kalau rezeki, mana tahu juara”. akhiri Aqil.
Jangan lupa untuk terus mengundi Hero Favourite anda di www.remaja.my/hero dari sekarang hingga malam finale pada 6 November 2021. Satu undi bagi setiap hero pada setiap hari! Klik saja pada profil mereka dan tekan butang ‘VOTE’.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas Perdana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang perlu dilaksanakan oleh seluruh masyarakat kira-kira dua bulan lalu, boleh dikatakan kebanyakan rakyat Malaysia tidak bekerja atau pun perlu menjalani proses work from home.
Ramai yang mengambil peluang untuk berniaga makanan kerana dilihat bisnes ini tetap menjadi demand rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi apabila ramai yang kebosanan duduk di rumah, maka mulalah mulut ni rasa nak mengunyah sahaja.
Alif Muhaimin antara selebriti yang dilihat turut menjalankan bisnes ketika musim PKP dan Hero Remaja 2017 ini nampaknya sedang aktif menjual kek batik di laman instagramnya.
“Dalam tempoh PKP ni, banyak shooting, events dan job yang kena cancel. Tapi alhamdulilah, Alif dapat bersama-sama keluarga ketika PKP ini. Ada banyak hikmah rupanya bila situasi ini berlaku kepada kita,”
“Rasa macam hubungan dengan keluarga jadi lebih kuat sebab banyak masa diluangkan bersama mereka. Solat sama-sama, makan pun sekali. Kalau sebelum ni, memang jaranglah nak dapat macam ni, lebih-lebih lagi bila Alif sedang sibuk menjalani penggambaran drama,”
“Idea nak jual kek batik ni sebenarnya keluar secara spontan ketika alif dan kakak bersembang selepas moreh. Kami bercadang dalam waktu PKP ni untuk melakukan sesuatu yang membuahkan hasil. Lagi pu keluarga Alif memang suka buat kek dan brownies. Itu yang terfikir nak jual kek batik,”
“Mula-mula tak fikir nak buat secara serius pun, hanya sekadar hobi. Tapi alhamdulillah selepas dapat beberapa tempahan, rasa seronok pula berniaga,” jelas Alif.
Alif juga turut berkongsi setiap Instagram Story yang dimuatnaik oleh pelanggan dalam instagramya.
Memang nampak happy betul Hero Remaja 2017 ni bila berpeluang berniaga kek batik. Teksturnya walaupun dilihat menerusi gambar saja, tapi dah boleh bayangkan kesedapannya.
Semoga Alif terus sukses dengan apa sahaja yang dilakukannya dan khabarnya, Alif juga sudah tidak sabar untuk meneruskan sesi penggambaran yang tertangguh.
All the best to you.
Psst, bila nak bagi kami rasa kek batik Alif? Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak dinafikan, industri seni sering menjadi tumpuan ramai. Baik di Hollywood, Bolllywood mahu pun di negara ini.Apa saja yang dilakukan oleh artis juga menjadi ikutan peminat. Banyak hal negetif dan positif yang ditonjolkan oleh artis ketika bergelar anak seni.
Dalam pada itu, juri tetap Pencarian Hero Remaja 2020, Dato Hans Isaac yang juga Pengerusi Finas berkata nilai standard seorang artis tidak boleh disama ratakan dengan artis lain.
“Misalannya kalau ada yang berpenampilan negetif, buat hal dan sebagainya tidak seharusnya orang ramai melabelkan semua artis sama. Tidak adil dan kejam kalau kita meletakkan standard begitu dan orang ramai melabel semua artis adalah sama,”katanya menjawap soalan mengapa masih wujud double standard orang ramai mengenai kerjaya sebagai anak seni.
Jelas Dato Hans Isaac, bidang seni adalah satu kerjaya dan mungkin disebabkan penampilan artis lebih banyak diperkatakan, orang ramai membuat persespsi mereka tersendiri.
“Salah satu sebab saya bersetuju menjadi juri tetap Pencarian Hero Remaja 2020 di sebalik kesibukan kerjaya saya yang sentiasa bermesyuarat ialah, saya ingin menyampaikan ilmu yang saya tahu ini untuk bersama generasi muda ini.
“Niat saya, kalau dari 12 penyertaan sekurang-kurangnya 5 darinya satu hari nanti akan ada dalam industri. Kalau tak kenang apa ilmu yang saya curahkan pun tak mengapa tetapi sekurang-kurangnya saya tahu sudah ada pelapis baru dalam industri ini. Kita tidak di mana mereka 10 tahun akan datang dan tak mustahil ada antaranya berjaya mencipta nama ke peringkat lebih besar.
“Namun sebelum itu, mereka kena tahu apa yang mahu cari dalam industri ini. Kalau nak cari glamor itu mungkin salah. Paling utama, kena tahu sebab mengapa mereka memilih berada dalam industri,”katanya yang mengharapkan barisan peserta Pencarian Hero Remaja 2020 ini sukses dalam bidang mereka ceburi.
Pencarian Hero Remaja 2020 menyaksikan Dato Hans Isaac Bersama Scha Al Yahya bertindak sebagai juri tetap pertandingan sementara Ain Edruce terpilih sebagai pengacara
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!