Pejam celik, pejam celik minggu ini dah pun final Pencarian Hero Remaja 2021. Rasanya macam baru semalam je mula buat audition Hero Remaja 2021 tapi rupa-rupanya finalis-finalis ni dah pun nak graduate. Hiks!

“Kalau Ada Rezeki Mana Tahu Juara” Aqil Taqee Mungkin Nampak SENYAP Tapi..

Finale Hero Remaja 2021 menampilkan top 4, Afiq Hamidon, Amirul Aiman,  Fazziq Muqris dan juga Aqil Taqee. Berjaya menempatkan diri ke top-4 dalam pencarian Hero Remaja 2021 bukan satu pencapaian yang mudah.

Persoalannya, siapa yang bakal merampas takhta Juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar?

IKLAN

Dilihat agak cool serta punya karisma tersendiri, Aqil Taqee agak mengejutkan orang ramai apabila terpilih hingga ke pentas finale. Berdarah kacukan Cina, Aqil Taqee merupakan pelajar jurusan Diploma Sains Sukan di UITM Shah Alam yang pada mulanya bercita-cita ingin menjadi seorang pramugara namun niatnya itu mendapat tentangan bapanya.

“Kalau Ada Rezeki Mana Tahu Juara” Aqil Taqee Mungkin Nampak SENYAP Tapi..

“Saya bukan calon underdog. Tak rasa pun begitu atau perkataan itu sesuai dengan saya. Tapi saya lebih suka gunakan perkataan unexpected. Bila di atas stage akhir itu, saya gembira menjadi diri sendiri. Saya dah usaha dan buat yang terbaik, saya juga buktikan saya mampu sampai ke malam finale. Cuma saya berharap saya tidak gementar di malam tersebut”

IKLAN

Tambah Aqil lagi, perasaan beliau agak gementar kerana episod 1 hingga 7 dilakukan secara recording namun malam finale nanti ia dilangsungkan secara live jadi saya agak gugup juga. Tapi InsyaAllah saya berharap semuanya akan berjalan dengan lancar.

Jelas Aqil, dia mencuba yang terbaik di malam final nanti malah mengharapkan gelaran Hero Remaja 2021 menjadi miliknya, sama seperti impian peserta lain yang bertanding.

IKLAN

“Bila berdiri bersama empat barisan finalis akhir, saya tahu perlu buat yang terbaik. Of course semua orang ada impian. Dan bila sampai ke tahap ini insyaAllah saya akan buat sehabis baik di malam finale nanti. InsyaAllah..kalau rezeki, mana tahu juara”. akhiri Aqil.

Jangan lupa untuk terus mengundi Hero Favourite anda di www.remaja.my/hero dari sekarang hingga malam finale pada 6 November 2021. Satu undi bagi setiap hero pada setiap hari! Klik saja pada profil mereka dan tekan butang ‘VOTE’.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI