Rata-rata daripada kita semua jika memasak tak ‘sah’ kalau tak rasa. Tapi jadi masalah pada mereka yang tak mahir memasak terutama di bulan puasa.
Bulan puasa ni mesti korang ada perasaan ragu-ragu sama ada kita boleh ke tidak merasa makanan yang dimasak tu.
Sumber Gambar : www.eatthis.com
Dan kalau dibolehkan, macam mana pula cara nak merasa makanan yang dimasak supaya tak sampai terbatal puasanya?Berikut adalah jawapan dan penjelasan yang dipetik dari laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan hal ini.
SOALAN
Apakah hukum merasa makanan?
JAWAPAN
Merasa makanan adalah dibolehkan dengan dikecap di hujung lidahnya dan tidak membatalkan puasanya mengikut pendapat yang terpilih.
Situasinya adalah seperti tukang masak atau surirumah yang sedang memasak di dapur.
“Tidak mengapa seseorang yang sedang berpuasa mencicipi cuka atau sesuatu, selama tidak masuk sampai ke kerongkong.”
(Riwayat Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya (9277))
Begitu juga telah berkata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah Rahimahullah:
“Merasa makanan adalah makruh sekiranya tiada hajat tetapi ianya tidak membatalkan puasa. Sekiranya terdapat hajat (untuk merasanya) maka ianya seperti al-Madhmadhoh (berkumur)”.
Ads
[Lihat Majmu’ al-Fatawa, 25/266]
Adapun berkumur, jika diperhatikan masih terdapat baki-baki air yang sedikit di dalam mulut dan jika tertelan bersamanya air liur maka ianya tidak membatalkan puasa kerana ianya amat payah untuk dielakkan. [Lihat Rad al-Muhtar, 2/98]
Seperti juga bersugi, bersiwak dan memberus gigi ketika berpuasa, telah sepakat para fuqaha’ akan keharusannya. Begitu juga penggunaan ubat gigi.
Jika kita perhatikan, semasa memberus gigi, bersiwak dan sebagainya pasti akan terdapat ‘rasa’ pada lidah namun jika tidak ditelan, ianya tidak membatalkan puasa
Ads
Kesimpulannya, cara merasa makanan ketika puasa adalah seperti berikut:
CARA MERASA MAKANAN KETIKA PUASA
1. Merasa makanan hendaklah dalam kuantiti yang sedikit seperti di hujung lidah.
2. Namun, tidak boleh menelannya kerana jika ditelan masuk bersama air liur, batallah puasanya.
3. Jika seseorang merasa makanan ketika berpuasa, kemudian dia meludahkannya tetapi masih berbaki rasanya pada lidah sekalipun sampai kepada tekak dan ditelannya, maka ianya tidak membatalkan puasa seseorang itu kerana makanan tersebut telah diludahkan dan yang tinggal hanya athar (kesan) sahaja yang berbaki.
Jadi, korang yang baru belajar memasak tu bolehlah merasa makanan ketika puasa tapi ia harus diludahkan semula. Jangan sedap sangat sampai tertelan sudah la…hiks
Dua hari lagi kita akan menyambut Syawal. Tinggallah Ramadan, bulan penuh keberkatan dan rahmat untuk umat yang memahami pengertiannya. Jika Ramadan bulan rahmat, Syawal adalah bulan kegembiraan bagi semua.
Di hari raya ramai yang menziarahi kubur. Gambar hiasan
Bagaikan kemestian tiap kali Hari Raya Aidilfitri, amalan ziarah kubur ini antara amalan yang sering kita lakukan tibanya hari mulia ini. Tetapi, yang menjadi persoalan apakah hukum ziarah kubur di hari raya. Adakah sunat? Makhruh atau haram? Jom kita ikuti penerangan dari Dato’ Syeikh Faisol Hj Omar.
Dalam mazhab syafie, waktu sunat untuk ziarah kubur adalah:
Amalan ziarah kubur adalah amalan yang disyariatkan oleh Rasulullah SAW sebagai satu peringatan buat kita yang hidup dan juga untuk mengambil kesempatan saling mendoakan mereka yang telah meninggal dunia. Tiada had waktu untuk ziarah kubur.
bermula dari Hari Khamis selepas Asar sehingga waktu zohor hari Sabtu
Hukum ziarah kubur pada hari Raya pula tidak ada salahnya, selagi kita tidak beranggapan bahawa ziarah kubur pada hari raya adalah satu amalan sunat kerana jika beranggapan demikian hukumnya jatuh bid’ah (mengada-adakan sesuatu yang tidak ada pada zaman Rasulullah SAW)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kegembiraan remaja bawah usia 18 tahun yang telah dibenarkan mendaftar diri ke dalam sistem MySejahtera seakan ‘dipotong’ setengah jalan setelah mereka mendapati masih belum menerima tarikh janji temu untuk suntikan dos vaksin Covid-19.
Untuk pengetahuan, kerajaan telah mengumumkan semalam bahawa pendaftaran vaksinasi untuk kumpulan remaja yang berusia dari 12 tahun hingga 17 tahun akan mula diterima oleh sistem MySejahtera bermula 22 Julai 2021.
Bagaimanapun lewat hari semalam, Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) berkata, kumpulan remaja ini masih perlu menunggu tarikh janji temu untuk seketika berikutan kes myocarditis dan pericarditis (radang jantung) yang dilaporkan berlaku kepada remaja yang telah disuntik dos kedua vaksin COVID-19 di Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Demi mengelakkan risiko sesiapa di Malaysia mendapat kesan sampingan seperti ini, pihak kementerian akan menunggu perkembangan baharu dan kepastian daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia sekiranya golongan ini selamat menerima vaksin.
Begitupun, bagi pelajar tahun peperiksaan yang TELAH mencapai usia 18 tahun dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada tahun 2022; mereka masih akan dibenarkan untuk divaksinasi mengikut jadual janji temu yang ditetapkan.
Bagi remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun yang belum lagi mendaftarkan diri di MySejahtera, korang masih boleh berbuat demikian kerana sistem tersebut tetap akan menerima pendaftaran daripada kumpulan ini bagi kegunaan sesi vaksinasi pada masa hadapan.
Ketika remaja lain yang seusianya ralit dengan gadget teknologi terkini, lain pula pemilik nama Saidatul Zakirah yang mempunyai minatnya tersendiri.
Bermula hanya sekadar mengikuti ayahnya ke pertandingan sukan bermotor, menjadi asbab remaja berusia 14 tahun ini serius hingga berjaya meletakkan diri menjadi atlet untuk sukan bermotor.
Lebih manis lagi, Saidatul Zakirah yang minat dengan sukan permotoran sejak usia 11 tahun ini menunjukkan kesungguhannya dalam bidang itu menjadi titik tolak kepadanya untuk terus menggapai impian memenangi sukan-sukan permotoran yang berprestij.
“Ayah adalah pendorong utama saya selain ahli keluarga yang lain kerana saya selalu mengikut ayah apabila beliau menyertai aktiviti sukan lasak. Apabila saya memberitahu ayah saya akan mengikut jejak beliau, ayah tidak membantah. Bahkan ibu juga tiada halangan. Kedua-dua mereka memberikan semangat. Saya sangat gembira,” katanya.
Lebih mesra dipanggil Kirah, beliau berkata, tidak mudah untuk menyertai sukan yang dipelopori oleh golongan lelaki kerana pelbagai tanggapan negatif yang didengarnya, namun tidak mengendahkan perkara itu.
“Semua orang boleh melakukan apa yang disukai, kalau lelaki boleh buat kenapa perempuan tidak boleh melakukannya”
Sebelum ini Zakirah menyertai QMMF Children Academy kerana minatnya yang mendalam. Ujarnya fokus merupakan benda utama dan penting dalam suka lasak. Disebabkan itu, remaja ini akan memastikan dia mendapat rehat dan tidur secukupnya sebelum menyertai sesuatu pertandingan atau latihan.
Bijak mengatur waktu, Kirah tidak ketepikan soal pendidikan. Bagi mencapai cita-citanya, Zakirah membahagikan waktu belajar dan waktu latihan permotoran dengan sebaiknya. Berharap untuk menyertai lebih banyak lagi sukan lasak pemotoran ini di masa hadapan dan dia bercita-cita sukan ini akan menjadi kerjaya sepenuh masa beliau nanti.
Apa-apapun, good luck untuk masa akan datang. Moga Kirah terus maju dalam sukan permotoran ini dan gapai impian. You go girls!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, pasangan selebriti dan politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah dijangka berkongsi lebih banyak perincian mengenai...