Tempoh lima bulan yang lalu telah menyaksikan laluan sukar untuk penyanyi Zynakal.
Ini setelah dia melalui beberapa insiden yang membuatkan ramai orang memandang serong terhadapnya seperti kes mengasari seorang pekerja stesen minyak dan isu masalah kesihatan mental.
Namun, itu semua nyata tak menjadi halangan untuk Zynakal (Zyn) bangkit semula pada tahun 2020.
Bercakap tentang isu ‘baru tahu siapa kawan siapa lawan’, Zyn yang tampil bersama Yonnyboii untuk pelancaran lagu terbaru, Sakit, berpendapat ia adalah momen yang membuka matanya.
“Pertama sekali, saya terharu bila tahu masih ada orang care tentang saya.
Ads
“Tahun lalu, saya dihina oleh masyarakat dan ramai kawan saya yang ‘hilang’. Dia (Yonnyboii) lah antara kawan yang faham dengan situasi saya dan dari situlah saya terfikir untuk bergabung idea dalam lagu ini.
“Sakit adalah luahan hati saya mengenai situasi semasa,” katanya ketika ditemui pada hujung minggu lalu.
Menurut Zyn, tahun 2020 adalah tahun untuknya mengeluarkan lebih banyak lagu yang boleh diterima masyarakat. “Saya juga akan menjaga attitude saya agar lebih baik lagi selepas ini. Dan saya minta maaf dengan apa yang telah terjadi,” katanya.
Untuk pengetahuan, Zyn masih meneruskan rawatan bersama doktor pakar apabila dia akan membuat temujanji setiap enam minggu. Perlahan-lahan, dia berharap akan menjadi lebih baik dari segi fizikal dan mental.
*
Ads
Jelas, pengaruh Zynakal masih kuat apabila video lirik Sakit di YouTube telahpun mencapai 4.4 juta tontonan selepas lebih 3 minggu dimuat naik.
Cer dengar dan komen jika lagu melankoli ini sedap didengar.
Untuk menonton temuramah penuh REMAJA bersama Zynakal dan Yonnyboii, klik di bawah.
Seorang pendaki Malaysia, Muhammad Hawari Bin Hashim, yang berjaya mencapai puncak Gunung Everest pada 18 Mei lalu didapati telah hilang dari Kem Empat gunung terbabit.
Menurut Nivesh Karki yang merupakan pengarah di Expedition Organizer, pendaki berusia 33 tahun itu tidak dapat dihubungi sejak dalam perjalanan turun dari Kem Empat.
Memetik laporan Sinar Harian, pendaki tersebut terputus hubungan dengan seluruh pasukan apabila mereka meninggalkan kem untuk menyelamatkan seorang lagi pendaki Malaysia.
Bimbang tentang keberadaannya, mesej pencarian serta maklumat berkenaan pendaki tersebut turut diedarkan kepada semua pengendali dari negara lain. Pencarian Hawari juga sedang dijalankan dengan bantuan pihak berkuasa dan rakan pendaki yang lain.
Untuk pengetahuan, sebelum ini kerajaan Nepal telah mengumumkan penutupan semua operasi pendakian ke puncak Everest bermula pada 28 Mei 2023
Bagaimanapun, misi SAR berjaya dipanjangkan selama lima hari dengan bantuan Kedutaan Besar Malaysia di Nepal seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Misi Malaysia Everest 2023 (ME2023) dan Presiden Kelab Eksplorasi Altitud Malaysia, Azim Afif Ishak.
Kerajaan Malaysia sendiri juga memberikan kerjasama penuh dalam operasi mencari dan menyelamatkan pendaki OKU pendengaran tersebut dengan menghulurkan sebanyak RM1.46 juta.
Operasi SAR kali ini khabarnya menggunakan teknologi canggih khususnya dua dron yang dikendalikan pendaki bernama Tiong Ling Yang dan Pengurus Pasukan ME2023, Ayu Wanirah Naharuddin.
Dron yang mampu melakukan pengesanan melebihi ketinggian 8,000 meter di atas paras laut dan lokasi berisiko itu dipercayai dapat membantu para penyelamat dan renjer gunung dalam usaha seperti ini.
Semoga usaha pasukan pencari untuk menemui Hawari menemui kejayaan dengan penggunaan teknologi dan tambahan masa yang diperuntukkan oleh kerajaan Nepal.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Sinar Harian & Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berjuta-juta remaja di seluruh dunia kini gemar guna aplikasi TikTok, semata-mata untuk merakam video kreatif berdurasi 15 saat itu.
Menerusi aplikasi popular itulah, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun maut akibat terkena renjatan elektrik ketika asyik merakam video TikTok di bumbung rumahnya di Bekasi, Indonesia.
Yelah malang tak berbau…
Remaja berkenaan dilaporkan berada di atas bumbung bangunan tiga tingkat itu bersama tiga rakannya. Menurut laporan media tempatan, ketika leka merakamkan video, telefon bimbitnya dipercayai tiba-tiba terlepas daripada genggamannya dan terjatuh.
Secara spontan, mangsa cuba untuk mencapai telefon bimbitnya itu. Namun, beliau terpegang kabel elektrik yang berada berhampiran bumbung bangunan berkenaan.
Susulan itu, renjatan elektrik itu menyebabkan sebahagian tubuh remaja itu terbakar dan berasap.
Mangsa dilaporkan meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian.
Jurucakap polis Bekasi, Akta Wijaya, mengesahkan kejadian itu dan jenazah mangsa dibawa ke Hospital Bekasi untuk bedah siasat.
Sebahagian tubuh mangsa hangus terbakar terkena renjatan elektrik.
.
Ya betul. Ketika kejadian mangsa berada di tingkat tiga rumahnya. Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa meninggal dunia akibat renjatan elektrik ketika berusaha mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh antara kabel elektrik.
Belum jelas ya. Berdasarkan keterangan saksi, setakat ini (penyebabnya) mangsa sedang bermain salah satu aplikasi di telefonnya,” jelas Akta.
Ish…demi tiktok,nyawa dikorbankan. So, pesan penulis untuk remaja diluar sana, tak salah nak buat video tiktok namun jangan terlalu obses dan berpada-pada. Fikir sebelum nak buat apa-apa.
Tentu ramai sudah menonton tayangan fiem Maleficent 2 : Mistress Of Evil lakonan pelakon jelita, Angelina Jolie bersama Elle Fanning sebagai Princess Aurora. Turut membintangi filem yang menduduki carta nombor satu dunia ini ialah aktor Sam Riley selain pari-pari comel yang dibintangi oleh Imelda Staunton, Jun Temple dan Lesley Manville serta barisan pelakon hebat lain.
Pada minggu pertama pembukaannya, filem Maleficent 2 : Misteress Of Evil berjaya mengutip USD 295 juta (jumlah kutipan seluruh dunia bagi minggu pertama pembukaan) dan berjaya mengalahkan filem Joker yang turut berada di pawagam. Namun jumlah kutipan bagi filem ini gagal menyaingi kutipan filem pertama Maleficent di mana ia hanya mampu mengutip USD36 juta berbanding USD69.4 juta pada 2014 bagi pasaran domestik.
Jika filem pertama memaparkan Maleficent membuat sumpahan terhadap Aurora anak kepada King Stefan kerana kecewa cintanya dipermainkan, sekual kedua pula memaparkan pertarungan antara Maleficent dan Queen Ingrith yang cuba membalas dendam dengan menjadikan perkahwinan Aurora dan Putera Philips sebagai punca untuk membunuh seluruh kaum pari-pari termasuk Maleficent.
Filem penuh aksi ini turut menyaksikan Maleficent ditembak peluru perak, jatuh di laut sebelum diselamatkan oleh Dark Fae yang membawa Maleficent ke kawasan pergunungan. Bangsa Fea ini dlihat mahu membalas dendam terhadap manusia namun masih terdapat makhluk tersebut lakonan Chiwetel Ejiofor yang mengatakan dengan kasih sayang, kita semua boleh berdamai.
D sebalik kita berasa kagum dengan jalan cerita termasuk makhluk berkepak yang dipaparkan oleh pengarah filem ini, sebenarnya di dalam surah Al-Zumar (surah mengenai kesatuan / penyatuan) sudah menceritakan segala-galanya mengenai alam ini, sama ada makhluk halus atau bangsa manusia yang mendiami bumi ciptaan Allah taala ini.
Ayat 46 dalam surah ini membawa maksud :
Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, Engkaulah jua yang mengadili di antara hamba-hambaMu, mengenai apa yang mereka sentiasa berselisihan padanya”.
Fea adalah Polip, makhluk ciptaan Allah sama seperti matahari dan bulan.Ini jelas menunjukkan pengarah filem ini sudah membuat kajian mendalam mengenai ada di muka bumi ini (termasuk yang tersembunyi) dan dipaparkan dalam bentuk filem (fairy tales) sebagai bahan hiburan masyarakat tanpa kita menyedarinya.
Apa itu bangsa Polip?
Kita mungkin jarang mendengar tentang Polip namun sesetengah masyarakat Barat menggelarnya Phoenix. Kejadian dan asal usul Polip ini sudah dikaji sejak sekian lama, jutaan tahun dahulu.
Seorang pengkaji alam dan pengamal perubatan yang enggan dikenali yang dihubungi REMAJA ONLINE berkata sejarah tentang bangsa Polip ini sudah lama diketahui wujud sebelum wujudnya Nabi Adam A.S ke dunia lagi.
“Kajian mengenai Polip ini sudah dibuat sejak dahulu lagi. Mereka tidak beragama tetapi beriman kepada Allah taala. Sama kewujudan seperti bulan dan matahari yang dicipta Allah taala, Polip juga adalah makhluk Allah namun berkepak. Ia sama seperti digambarkan dalam Maleficent 2 untuk watak Dark Fae tersebut.
“Kulit mereka berwarna putih. Wajahnya menyerupai manusia (agak tampan) dan ada mengatakan kaki mereka berpasang-pasang (kajian tentang berapa pasang kaki ini masih jadi perdebatan).
“Makhluk ini sudah wujud lebih 4,390000 tahun dahulu (dibaca empat juta tiga ratus sembilan puluh ribu tahun dahulu),” katanya.
Di mana tempat tinggal bangsa ini?
Banyak didapati di Benua Australia merentas Lautan Hindi (macam korang tahu Lautan Hindi tiada penghuni yang mendudukinya) hingga ke Laut Mati, Jordan.
Kenapa makhluk ini tinggal di pergunungan dan jauh dari manusia?
Dikatakan jutaan tahun dahulu, makhluk ini melakukan dosa maksiat dan kemudian berasa malu dengan perbuatan mereka sendiri dan kemudiannya membawa diri ke pergunungan dan mendiami kawasan pergunungan jauh dari semua orang) untuk menebus dosa dilakukan.
“Namun dosa maksiat mereka lakukan pada ketika itu tidak sehebat maksiat dilakukan oleh makhluk zaman sekarang iaitu manusia,”katanya memaklumkan kita adalah makhluk akhir zaman yang sudah banyak maksiat berlaku dan semakin banyak tanda-tanda akhir zaman muncul menandakan dunia hampir kiamat.
Bangsa Polip suka merenung bulan
Bangsa ini dikatakan suka merenung bulan namun tentu ramai yang terperanjat kala tahu kenapa perbuatan itu dilakukan?
“Mereka merenung bulan kerana mahu mengira usia sendiri. Jika bulan juga makhluk Allah sama seperti gunung ganang, matahari dan sebagainya, begitulah makhluk ini. Lagi satu bila tiba bulan mengambang menurut kalander hijrah itu menandakan usia mereka bertambah lagi.
Minta dimatikan namun Allah belum izinkan
Kenapa mereka minta Allah matikan tapi belum dizinkan? Bangsa ini meminta kepada Allah agar dimatikan kerana sudah terlalu lama menyaksikan dunia termasuk semua perbuatan-buatan makhluk khususnya manusia dengan pelbagai ragam sejak jutaan tahun dahulu.
Namun Allah tidak mengizinkan permintaan makhluk Polip ini kerana kerana antara tanda-tanda akhir kiamat terjadi adalah adalah kemunculan makhluk-makhluk berterbangan yang merujuk kepada bangsa Polip ini akan keluar dan tidak lagi bersembunyi seperti sekarang.
Nak jumpa bangsa Polip ini?
Betul ke boleh jumpa bangsa Polip ini dalam mimpi. Boleh, asalkan korang tidur dalam kedaan berwuduk dan bacalah surah Al-Khautar sebanyak 1000 kali dan korang boleh bertemu dalam mimpi dengan bangsa ini. Mereka tak kacau manusia pun tidak seperti jin-jin jahat yang lain.
Apa saja fahaman dan kepercayaan kita, kita wajib mempercayai Allah taala, Tuhan pencipta Alam dan adanya hari kiamat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!