Berjuta-juta remaja di seluruh dunia kini gemar guna aplikasi TikTok, semata-mata untuk merakam video kreatif berdurasi 15 saat itu.
Menerusi aplikasi popular itulah, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun maut akibat terkena renjatan elektrik ketika asyik merakam video TikTok di bumbung rumahnya di Bekasi, Indonesia.
Yelah malang tak berbau…
Remaja berkenaan dilaporkan berada di atas bumbung bangunan tiga tingkat itu bersama tiga rakannya. Menurut laporan media tempatan, ketika leka merakamkan video, telefon bimbitnya dipercayai tiba-tiba terlepas daripada genggamannya dan terjatuh.
Ads
Secara spontan, mangsa cuba untuk mencapai telefon bimbitnya itu. Namun, beliau terpegang kabel elektrik yang berada berhampiran bumbung bangunan berkenaan.
Susulan itu, renjatan elektrik itu menyebabkan sebahagian tubuh remaja itu terbakar dan berasap.
Ads
Mangsa dilaporkan meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian.
Jurucakap polis Bekasi, Akta Wijaya, mengesahkan kejadian itu dan jenazah mangsa dibawa ke Hospital Bekasi untuk bedah siasat.
Ads
Sebahagian tubuh mangsa hangus terbakar terkena renjatan elektrik.
.
Ya betul. Ketika kejadian mangsa berada di tingkat tiga rumahnya. Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa meninggal dunia akibat renjatan elektrik ketika berusaha mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh antara kabel elektrik.
Belum jelas ya. Berdasarkan keterangan saksi, setakat ini (penyebabnya) mangsa sedang bermain salah satu aplikasi di telefonnya,” jelas Akta.
Ish…demi tiktok,nyawa dikorbankan. So, pesan penulis untuk remaja diluar sana, tak salah nak buat video tiktok namun jangan terlalu obses dan berpada-pada. Fikir sebelum nak buat apa-apa.
Setelah 12 tahun pembinaan dijalankan, esok merupakan antara detik paling bersejarah dalam kalendar pembangunan infrastruktur Malaysia. Lebuh raya Rawang-Serendah atau lebih dikenali sebagai Rawang Bypass bakal dibuka 29 November ini kepada semua pengguna jalan raya tepat jam 6 pagi.
Pembukaannya dijangka akan membantu menyurutkan kesesakan yang sering melanda Bandar Baru Rawang terutamanya pada waktu kemuncak. Jika ada yang menyuruh penulis untuk memandu merentas Rawang pada jam 6 petang, awal-awal lagi dah surrender angkat tangan!
Disebabkan tempoh lama untuknya siap dibina, Rawang Bypass pasti menyimpan banyak fakta menarik di sebalik pembinaannya. Ini dia 7 perkara yang akan membuatkan korang ternganga dan berkata, what?!
1 Antara Projek Termahal Negara
Rawang Bypass adalah sebahagian daripada Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) dan menelan belanja sebanyak RM630 juta. Memang nampak mahal tapi dalam jangka masa panjang, ia akan memberikan banyak kelebihan kepada rakyat.
2 Tiada Tol Untuk Korang
Pada mulanya, penulis juga sukar untuk hadam fakta ini. Iyalah, Malaysia kan terkenal dengan sistem tol berbelas Ringgitnya walaupun jarak perjalanan tidaklah sejauh mana. Namun, untuk Rawang Bypass, ia tidak akan mempunyai plaza tol di kedua-dua belah laluan.
3 Jangan Pandang Bawah,Tinggi Gila
Pada ketinggian 58.2 meter dari aras bumi, Rawang Bypass merupakan jambatan tertinggi di Malaysia. Ditambah pula dengan muka buminya yang berbukit, kalau korang gayat, penulis sarankan untuk tidak memandang ke bawah jambatan. Just take your time, dan pandang bonet kereta di hadapan saja okay.
4 Laluan Dalam Hutan Semulajadi
Daripada gambar di atas pun korang boleh mengagak betapa tenangnya (jika korang tidak gayat) untuk memandu sambil melihat ke arah banjaran di sekeliling. Rawang Bypass dibina menggunakan kaedah Moveable Scaffolding Systems (MSS) untuk mereka bentuk laluan berbengkang-bengkok.
Ini demi mengurangkan kemusnahan ekosistem Taman Warisan Negeri Selangor di sekeliling laluan tersebut. Itulah juga sebab mengapa ia harus dibina setinggi hampir 60 meter.
5 Penuh Dengan Spesis Pokok Unik
Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai spesis pokok unik. Antaranya ialah pokok Merawan Kanching atau Giam Kanching yang hanya tumbuh dalam jumlah kecil di hutan negeri Selangor. And guess what, spesis itu turut tumbuh di laluan Rawang Bypass ini.
Oleh sebab itu, pembinaan ini telah dijalankan dengan penuh cermat agar spesis flora terancam seperti Giam Kanching ini dapat diselamatkan.
P.S: Jika ada pesalah yang didapati menebang pokok Giam Kanching tanpa kebenaran, mereka boleh didenda sehingga sejuta Ringgit tau!
6 Perjalanan Rawang-KL Dipendekkan
Secara purata, Rawang Bypass mampu memendekkan perjalanan pemandu dari Bandar Rawang ke Kuala Lumpur. Dari 2 jam menjadi 30 minit saja ketika waktu puncak! Ini mungkin sekali disebabkan faktor empat laluan trafiknya.
Tak ada alasan dah untuk korang datang lambat! Hehe.
7 Bahagian ‘Tergantung’ Sepanjang 2.6km
Kebanyakan foto Rawang Bypass yang ditangkap dan dimuat naik menunjukkan jajaran laluan ‘tergantung’ atau elevated section saja. Akan tetapi, itu bukan bermaksud lebuh raya ini tergantung dari permulaan sehingga akhir laluan.
Ada juga bahagian laluan yang ‘menyentuh’ bumi di sekitar banjaran. Apa yang menarik mengenai elevated section ini adalah panjangnya yang mencecah 2.6 kilometer. Jika korang pernah menonton siri Megastructures di National Geographic, mesti korang tahu betapa susahnya pembinaan yang terpaksa ditempuhi arkitek dan jurutera.
=============================
Macam teringin pula untuk pergi ke Rawang hujung minggu ni. Bukan ada urusan pun dekat situ, just nak cuba Rawang Bypass ni je!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 telah melabuhkan tirainya semalam dengan meriah. Selepas dua tahun rakyat Malaysia tidak merasai sambutan kemerdekaan tanag air, akhirnya rindu terubat juga apabila ia dapat disambut di ibu negaa.
Rata-rata warga kota tidak melepaskan peluang membanjiri kawasan sekitar Dataran Merdeka. Khabarnya ada yang sanggup tidur beralaskan lengan di situ seawal 4.30 pagi bagi memastikan mereka mendapat tempat duduk berhampiran dengan lokasi perbarisan.
Gigih betul!
Berbekalkan semangat patriotik yang tinggi, ramai juga dilihat sanggup bersesak di stesen LRT sekitar kawasan Masjid Jamek, Pasar Seni dan pusat membeli-belah SOGO sebelum berjalan kaki ke Dataran Merdeka.
Senario ini sememangnya membangkitkan rasa bangga apabila melihat rakyat Malaysia begitu mencintai tanah air dan ingin meraikannya dalam persekitaran masyarakat bermajmuk.
Begitupun, ada seperkara yang menyedihkan selepas tamatnya sambutan semalam.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sendiri menerusi foto dan video yang dimuat naik oleh pengendali akaun rasmi Facebook mereka. Ia menunjukkan landskap di Dataran Merdeka yang ‘hancur’ setelah dipijak orang ramai.
“Korang dah kenapa?
“Ada pula sesetengah di kalangan kita yang langsung tak mempedulikan persekitaran dan keindahan kawasan. Langsung rasa tak bersalah merosakkan landskap yang disemai cantik. Semangat tu dah bagus..Tapi caranya tak betul,” catat DBKL.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan pelbagai pendapat. Ada yang kesal dengan situasi ini.
Begitupun, tidak kurang juga yang berpendapat ia berlaku di luar kawalan dengan kehadiran lebih daripada 70,000 orang di kawasan berhampiran Dataran Merdeka.
Ada yang mengatakan Dataran Merdeka tidak sesuai lagi dijadikan lokasi acara besar-besaran seperti sambutan Hari Kemerdekaan dan sebaiknya diadakan di lokasi yang lebih luas seperti Putrajaya pada tahun-tahun akan datang.
Apa-apapun, bagi REMAJA sama ada sesebuah lokasi itu besar atau kecil bukanlah alasan untuk kita merosakkan harta benda awam termasuklah hiasan landskap.
Seharusnya, sikap dan mentaliti pengunjung seperti kita juga memerlukan perubahan. Apa pendapat korang?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah berkenan menyertai solat jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di Masjid Demak, Kuching bersama ayahanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.
Dalam solat jenazah yang dipimpin Imam Besar Negeri Sarawak, Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi itu, ia turut disertai oleh Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pengiran Muda yang menyarungkan persalinan baju Melayu Cekak Musang serba hitam lengkap bersampin kemudiannya berangkat menyertai istiadat pengebumian Allahyarham di perkuburan keluarga berdekatan masjid berkenaan.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Pengiran Muda menyampaikan ucapan Al-Fatihah sambil berkongsi beberapa foto di sekitar majlis.
Terdahulu, Allahyarham meninggal dunia pada 21 Februari kira-kira jam 4.40 pagi di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Jenazah kemudian dibawa pulang ke Kuching, Sarawak.
Semalam, Allahyarham Abdul Taib telahpun diberikan penghormatan terakhir oleh orang ramai di Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak. Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Demak sambil diiringi tembakan 87 das meriam oleh Rejimen ke-8 Artileri Diraja sebagai simbol penghormatan terakhir.
Turut kelihatan sewaktu jenazah diusung oleh pegawai tentera dan polis ke dalam masjid ialah isteri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib dan ahli keluarga yang lain.
Sewaktu jenazah dibawa ke tanah perkuburan kira-kira jam 1.30 tengah hari, rakan pemberita di sana melaporkan ia berlangsung dalam suasana cuaca hujan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini kecoh mengenai kontroversi mengenai konsert solo penyanyi yang baru meningkat naik, Aisha Retno yang sepatutnya dijadualkan pada 16 November ini di Zepp...