Jujurnya, album Happier Than Ever telah penulis mainkan sejak ia dilancarkan pada hari Jumaat lalu.
Tiada siapa yang lebih ‘happy’ berbanding penyanyinya, Billie Eilish yang dapat menarik nafas lega apabila album keduanya itu rata-rata diterima baik oleh ramai pihak biarpun ia sedikit berbeza daripada album pertama yang juga Album Tahunan 2020 Grammy, When We Fall Asleep, Where Did We Go?.
Sempena pelancaran Happier Than Ever, Billie bersama-sama Spotify telah menganjurkan parti pelancaran kepada kelompok kecil individu yang rapat dengannya di Los Angelas. Dalam ramai-ramai yang hadir itu, kelibat seorang penyanyi yang dapat dilihat dalam foto Billie di Instagram menarik perhatian penulis.
Ia tidak lain tidak bukan ialah penyanyi Driver’s License, Olivia Rodrigo!
Foto tersebut menyaksikan mereka berdua saling berpelukan dan daripada reaksi kedua-duanya, penulis dapat gambarkan mereka teruja dengan momen pelancaran tersebut. Serta-merta, peminat Billie dan Olivia tidak dapat menyembunyikan keterujaan mereka dan bertanyakan bilakah mereka akan berkolaborasi dalam satu trek yang sama.
Menerusi hantaran Instagram yang sama, Olivia memberikan komen ringkas, “Ur an angel.”
Adakah korang rasakan duet di antara Billie dan Liv akan berlaku tidak lama lagi?
Ads
Well, Billie tidak asing dengan idea berduet dengan penyanyi lain seperti yang dilakukannya bersama Khalid menerusi lagu Lovely.
Manakala Olivia pula memilih untuk tidak menampilkan mana-mana penyanyi lain dalam album debutnya, Sour yang baru dilancarkan pertengahan tahun ini. Namun, itu tidak bermakna dia menolak cadangan untuk berkolaborasi dengan penyanyi lain. Seperti yang pernah diperkatakannya dalam sesi temubual bersama rakan media yang diserta penulis beberapa bulan lalu, Olivia sengaja inginkan pendengar mengenalinya terlebih dahulu dalam album pertama ini dan dia terbuka hati untuk menampilkan penyanyi lain dalam album seterusnya.
Jadi jka korang tanyakan kami, kami rasakan idea kolaborasi di antara Billie dan Liv tidak mustahil sama sekali. Masing-masing mempunyai kuasa populariti luar biasa sekarang.
Ads
Bila lagi kan?
Billie di majlis pelancaran albumnya. Sumber Foto : BustleInilah pakaian yang disarungkan Olivia semasa acara pelancaran tersebut. Sumber Foto : Billboard
Anyway, bercakap mengenai Happier Than Ever, Billie berpendapat segala perasaan ‘anxious’ yang dirasainya sebelum ini terhapus selepas album ini menemui pasaran.
Dalam tembualnya dengan VEVO, Billie berkata perasaan gentar itu tidak dapat dielakkan.
“Saya selalu merasa tertekan dan merasa saya tidak melakukan yang terbaik. Atau ini tidak cukup hebat. Saya pernah merasai saya tidak cukup bagus dan berbakat. Tapi sekarang saya baru sedar betapa kami telah bekerja keras (untuk album ini). Dan saya rasakan album ini dilancarkan pada waktu yang sempurna, for me creatively,” ulasnya.
Korang boleh mendengarkan Happier Than Ever di semua platform penstriman sekarang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu-persatu penyanyi wanita kelahiran Malaysia diiktiraf sama tinggi menerusi papan iklan New York Times Square. Setelah kemunculan penyanyi berbakat termasuklah Yuna, Layla Sania, Dolla dan Iman Troye, kini giliran pelantun lagu Sepi, Fool dan Semalam; Aina Abdul pula yang dipaparkan menerusi kempen EQUAL oleh Spotify.
Menerusi hantaran video TikTok oleh akaun @musicainspirati itu, wajah Aina dalam persalinan elegan serba putih terserlah pada papan iklan itu.
Dengan pemilihan ini, Aina telah mencatatkan satu lagi langkah ‘milestone’ dalam karier seninya. Tambah istimewa apabila pemilihan ini jatuh pada bulan sambutan Hari Wanita Sedunia.
Menerusi video pendek oleh Spotify, Aina mengumumkan bahawa dia telah terpilih sebagai duta kempen EQUAL pada bulan ini.
“Sertai saya untuk memperkasakan lagi wanita di Spotify. Dengarkan trek terbaru saya, “Fool” dan muzik-muzik oleh penyanyi wanita lain dalam playlist Spotify : EQUAL Singapore & Malaysia.
“Marilah kita raikan wanita, tanpa mengira hari,” katanya.
Untuk pengetahuan, kempen Equal ini menyenaraikan beberapa kategori ‘playlist’ yang mewakili penyanyi daripada pelbagai negara.
Aina yang merupakan salah seorang penerus legasi muzik tanah air dengan masa depan cerah sebagai penyanyi serta pencipta lagu telah lama menjadi sebutan sebagai individu yang layak diberikan pengiktirafan sedemikian rupa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Esok, bermulalah permulaan bulan Zulhijjah 1440H. Selain Zulkaedah, Muharam dan Rejab, Zulhijjah antara empat bulan yang dihormati dalam kalendar Islam.
Tidak seperti bulan Ramadan yang merupakan bulan keampunan dan penyucian jiwa, bulan Zulhijjah juga mempunyai kelebihan yang begitu istimewa di sisi Allah SWT. Bila tiba Zulhijjah, umat Islam dianjurkan untuk memperbanyakkan amalan dalam menambah pahala dan bekalan buat alam akhirat kelak.
Jika Ramadan Allah kurniakan malam Lailatulqadar sebagai malam 1000 bulan, dalam banyak hadis turut menyebut betapa istimewanya 10 hari pertama Zulhijjah ini. Dalam 10 hari pertama itu, kita disaran berbuat kebaikan, solat, puasa, sedekah, menunaikan haji yang mana kebaikan ini tidak terdapat dalam bulan lain.
Perbanyakankan membuat amal soleh di 10 hari pertama bulan Zulhijjah, termasuk berdoa, solat, sedekah dan kebaikan-kebaikan lainKemuncak bagi ibadah haji adalah berkumpul di Padang Arafah. Ia umpama lautan manusia, sama seperti gambaran di hari akhirat kelak
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud, “Tiada amalan soleh pada mana-mana hari yang lebih afdal daripada hari-hari ini iaitu 10 hari pertama Zulhijjah. Para sahabat bertanya, Hatta jihad di jalan Allah? Baginda menjawab : Ya, hatta jihad di jalan Allah. Kecuali orang yang keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya, dan tidak kembali dengan sesuatupun yakni mati syahid.” (Riwayat Al-Bukhari)
Memandangkan esok bermulalah hari pertama bulan Zulhijjah yang merupakan bulan terakhir takwim Islam, apa kata kita perbuat banyak amal soleh. Ini kerana kesemua amal soleh yang dikerjakan pada hari itu kelak lebih dicintai Allah daripada hari-hari yang lain.
Jika kita berasa berat untuk berpuasa selama 9 hari ini, jangan lupa untuk berpuasa satu hari iaitu pada tarikh 9 Zulhijjah bersamaan 10 Ogos 2019.
Ini kerana barang siapa yang berpuasa pada hari tersebut, sesiapa berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
Inilah kelebihan hari Arafah yang bermaksud (Hari tahu). Arafah bermakna tahu atau memahami.1. Di tempat inilah Nabi Adam a.s. mengerti jati dirinya.2. Pada hari ini Allah memberitahu Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu adalah perintah dari-Nya bukan dari syaitan.3. Pada hari ini juga turunnya ayat al-Quran terakhir.
Tapi awas ya, kita diharamkan berpuasa pada 10 Zulhijjah bersamaan 11 Ogos 2019, 11, 12 dan 13 Zulhijjah iaitu empat hari berturut-turut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah jadi seperti satu kebiasaan bagi anak muda, bila mereka suka mencari port untuk merakam foto OOTD. Nak muat naik gambar di Instagram mestilah kena style kan?
Pantang nampak tempat baru yang cantik dan best untuk lepak, confirm ramai yang berpusu-pusu datang singgah kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar.
Kali ini, Remaja nak kongsi dengan kamu antara lima port best untuk rakam gambar OOTD!
1. Selfie Museum, Kuala Lumpur
Dah nama pun selfie museum, sah-sah la di sini ada banyak port ‘baik’ untuk kamu bergambar. Terletak di Farenheit88 KL, terdapat beberapa buah bilik yang mengikut tema tertentu dan pastinya ia adalah tempat terbaik bagi meluangkan masa dan merakamkan foto kenangan bersama sahabat baik kamu.
2. Kawasan Jerami Padi, Perlis
Jerami padi disusun dan diletakkan di kawasan bendang yang terletak berhampiran Masjid Behor Mentalon, Arau sudah cukup untuk menarik perhatian peminat fotografi untuk mengambil gambar. Keadaannya sama seperti jerami yang ada di Texas, Amerika Syarikat selepas menuai gandum. Tip ringkas dari kami, datang pada waktu petang kerana cahaya matahari akan membantu kamu untuk mendapatkan gambar yang lebih cantic.
3. Jambatan Angkat, Terengganu
Jambatan ikonik Terengganu ini semakin mendapat perhatian masyarakat di seluruh negeri. Reka bentuknya yang cantik dan unik membuatkan siapa sahaja yang melalui di jambatan tersebut akan berhenti dan tidak melepaskan peluang untuk bergambar. Terletak di Kuala Terengganu, jambatan angkat ini menghubungkan Muara Selatan Pusat Bandaraya dan Muara Utara Seberang Takir (Kuala Terengganu-Kuala Nerus) sejauh 638 meter.
4. Lorong Jalan Alor, Bukit Bintang
Kalau dahulunya lorong-lorong di Bukit Bintang, Kuala Lumpur ini kelihatan suram dan tidak menarik, sekarang makin ceria malah terdapat hotel butik yang cantik untuk dijadikan sebagai port bergambar. Lukisan mural yang dilukis pada bangunan lama sememangnya satu inisiatif yang perlu dipuji kerana dapat menaikkan semula tempat ini untuk tarikan orang ramai.
5. Pantai ‘Miami’, Seberang Takir
Tidak dinafikan negeri Terengganu banyak terdapat tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Seberang Takir merupakan sebuah perkampungan nelayan yang terletak di muara Sungai Terengganu, berdekatan dengan Jambatan Angkat. Gelaran ‘Miami’ diberikan oleh pengguna media sosial yang melihat keindahan kawasan tersebut menyerupai pantai Miami di Florida, Amerika Syarikat. Jika dah sampai ke sini, memang tak sahlah kalau tidak bergambar. Betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!