Kedatangan Ramadan paling dinanti oleh seluruh umat Islam kerana pada bulan yang mulia ini, sudah tentu ramai individu mahu mengejar pahala beribadat.
Paling istimewa bila mana setiap malam, umat Islam dapat mengerjakan solat tarawih di surau atau pun masjid yang berdekatan. Waktu inilah kita dapat merasai ukhwah di antara umat Islam yang berpusu-pusu ke masjid untuk melakukan ibadah tarawih.
Biasanya, kita sedia maklum imam-imam di masjid diketuai oleh lelaki dewasa dan ada juga segelintir bahagian pengurusan masjid yang menjemput pelajar-pelajar tahfiz menjadi imam, mungkin untuk memberi pendedahan buat anak muda bagi memimpin dalam solat.
Imam Muda Solat Tarawih
Apa yang menariknya, seorang tahfiz yang baru berusia 13 tahun telah menjadi imam di Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang. Dikenali sebagai Faris Farhan, pelajar tahfiz dari Maahad Tahfiz Darul Hikmah Denai Alam ini menarik perhatian netizen kerana bacaannya yang merdu serta usianya yang masih muda.
Alhamdulillah, ibu bapa adik Faris mesti bangga melihat anak mereka menjadi imam di masjid seawal usia 13 tahun. Semoga remaja ini berjaya dunia dan akhirat, serta mampu memberi inspirasi buat anak muda.
Congrats Faris!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ketegangan berhubung imej kaabah serta kawasan Masjid Al-Haram di Mekah dalam permainan Fortnite telah cuba diredakan oleh pengurusan permainan video multiplayer itu, minggu ini menerusi satu kenyataan balas di akaun Facebook Fortnite Timur Tengah.
Terdahulu, ketegangan bermula setelah Pusat Antarabangsa untuk Fatwa Elektronik di Universiti Al-Azhar, Mesir memberi peringatan agar pemain Fortnite terutamanya dalam kalangan masyarakat Islam untuk berhati-hati setelah mendapati adanya struktur Kaabah dalam permainan video tersebut.
Ia dibimbangi akan mencetuskan konflik kepercayaan agama jika Kaabah dimasukkan ke dalam permainan bergenre sebegitu. Malah, ia boleh menyebabkan salah faham dan akan ada pihak beranggapan Fortnite sendiri yang memasukkan imej Kaabah itu.
Perkara tersebut telah dinafikan Fortnite Timur Tengah dalam satu kenyataan di Facebook rasmi mereka demi meredakan spekulasi.
“Fortnite ingin menjelaskan sesuatu mengenai isu penyalahgunaan rumah ibadat dalam permainan. Perkara (Kaabah) yang dimaksudkan adalah ‘island’ yang dicipta oleh pemain dalam creative mode. Island di sini merujuk kepada kawasan yang tidak boleh dihancurkan (dalam kes ini, Kaabah & Masjid AL-Haram).
“Kami ingin tegaskan bahawa syarikat kami menghormati semua agama dan bekerjasama dengan pencipta kandungan permainan bagi menyediakan pengalaman bermain yang selamat untuk semua orang,” catatnya pada 30 Jun lalu.
Ia tertakluk dalam bahagian ‘Save Environment’ atau persekitaran permainan selamat, di mana:
“Pemain tidak dibenarkan untuk menyebar atau mempromosi kandungan haram termasuklah yang berbentuk gangguan (harassment), buli, serangan, perjudian, penyebaran dadah, penipuan, penggodaman dan cetak rompak. Fortnite juga tidak benarkan kandungan yang boleh mencetuskan perbalahan dan keganasan terhadap pihak lain.”
Dalam bahagian ‘Intolerance’ atau tiada toleransi pula, “Fortnite tidak mendiskriminasi sebarang kaum, tempat kelahiran, warna kulit, agama, jantina, orientasi seksual, warganegara atau sebarang kumpulan. Permainan ini dicipta bukan untuk menjatuhkan, meminggirkan atau melemahkan mana-mana individu atau kumpulan.”
Di samping itu, penciptaan Island juga tidak boleh bertujuan untuk menipu dan mengeksploitasi pemain lain. Ia juga tidak boleh disertakan teks, simbol atau imej tertentu.
*
Biarpun penjelasan Fortnite terhadap penyalahgunaan ‘kebebasan mencipta Island’ ini sedikit sebanyak telah meredakan spekulasi kononnya Fortnite yang mencipta struktur Kaabah tersebut, sebilangan pihak di ruang komen masih meminta pihak Fortnite mencari pemain yang menciptanya untuk dikenakan tindakan.
Sungguhpun ia tidak boleh dihancurkan, namun imej terbabit berjaya mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat Islam.
Kraich GB berkata, Kaabah dan masjid tidak harus diletakkan dalam pemainan seperti ini memandangkan ia adalah kawasan mulia dan perlu dihormati.
Noo Ali setuju dengan pandangan tersebut dan berkata simbol penting dalam agama Islam itu harus dipertahankan; sama juga seperti struktur penting dalam agama lain contohnya gereja bagi masyarakat beragama Kristian.
Dia juga berharap agar Fortnite dan Epic Games akan mengambil tindakan dalam hal ini seperti menggam (ban) pemain tersebut.
Baru-baru tular mengenai serangan Coronavirus gelombang kedua di China yang berpunca daripada ikan salmon. Penemuan ini mengejutkan ramai pihak di mana ikan tersebut merupakan menu makanan kegemaran ramai.
Why ikan Salmon???
Kini, situasi COVID-19 di Beijing adalah sangat teruk menurut seorang pegawai bandar itu. Ini susulan terdapat 27 kes jangkitan baharu dilaporkan di ibu kota China berpunca daripada kluster yang kemudian mencetuskan program jejak dan ujian yang besar.
Selepas lima hari, kes baharu jangkitan COVID-19 di Beijing meningkat kepada 105 kes. Hal ini memaksa pihak berkuasa melaksanakan perintah berkurung di hampir 30 komuniti di bandar dan menjalankan ujian ke atas berpuluh ribu orang.
Pada bulan lalu, China melonggarkan sebahagian besar langkah anti COVID-19 dengan kerajaan mengisytiharkan kemenangan terhadap penyakit itu yang muncul di Wuhan pada hujung tahun lalu.
“Situasi epidemik di ibu kota ini sangat teruk,” kata jurucakap bandar Beijing, Xu Hejian yang memberi amaran pada sidang media.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menyuarakan kebimbangan terhadap kluster berkenaan.
Menurut jurucakap bandar itu, mereka akan menjalankan ujian terhadap pemilik gerai dan pengurus di semua pasar makanan, restoran serta kantin kerajaan.
Memetik laporan agensi berita Xinhua, kapasiti ujian diperluaskan kepada 90,000 sehari.
Selain itu, pihak berkuasa juga telah mengumumkan perintah berkurung di tujuh lagi kawasan perumahan.
Sejak 30 Mei lalu, terdapat 200,000 orang mengunjungi pasar Xinfandi yang membekalkan lebih 70 peratus buah dan sayur di Beijing.
Kini rakyat di China lebih berhati-hati dalam membeli makanan segar mahupun sejuk beku di pasar, kerana virus ini bila-bila masa boleh menular dengan pantas.
Sebab kita harus berjaga-jaga dan mengikut saranan dari kerajaan selagi vaksin pandemik Covid-19 ni tak lagi dijumpai...
Banjir apabila melanda tidak mengenal waktu dan tidak boleh dijangka.
Hujan lebat yang melanda ibu kota petang semalam mengakibatkan banyak tempat ditengelami air antaranya Sekolah Kebangsaan Seri Serdang, Seri Kembangan juga terjejas dimasuki air setinggi paras pinggang.
Sumber Gambar : Facebook Nadira Azizan THR Gegar
Dalam kejadian hujan lebat beserta angin kencang, seramai 18 guru iaitu 13 wanita dan lima lelaki manakala murid seramai 14 orang yang terdiri daripada 11 lelaki dan tiga perempuan terperangkap dalam sekolah tersebut.
Laporan dari Bernama menyebut, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian terbabit pada 7.45 malam dan usaha menyelamat mangsa berkenaan dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia.
Sumber Gambar : Nadira Azizan THR GegarKeadaan dalam dewan (Sumber Gambar : Nadira Azizan THR Gegar)
“Guru dan murid berada dalam keadaan selamat. Kesemua murid Tahun 1 dan Tahun 2 itu kini telah berjaya dikeluarkan jam 9.35 malam menggunakan lori (dan pacuan empat roda) serta diserahkan kepada ibu bapa masing-masing manakala guru diselamatkan kurang setengah jam kemudian,” katanya kepada Bernama, hari ini.
Beliau berkata, paras banjir di sekolah terbabit mulai surut dan kesemua mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dari lokasi kejadian kira-kira pukul 10 malam tadi.
Kecekapan pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang memberikan pertolongan selepas menerima aduan dapat menyelamatkan guru dan pelajar dalam kejadian ini. Memandangkan sekarang musim hujan lebat berserta ribut petir, berhati-hati ya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.