Hong Kong merupakan antara destinasi pilihan rakyat Malaysia kerana mungkin perjalanannya dari negara kita tidak terlalu jauh, hanya mengambil masa kira-kira empat jam sahaja. Kalau Hong Kong tak pernah ada dalam checklist percutian, memang korang rugi besar.
Memilih percutian secara solo ke Hong Kong & Macau, Azah Hassan mengakui bahawa dia sememangnya tertarik dengan kemodenan bangunan pencakar langit dan pengangkutan efisien yang disediakan oleh negara tersebut.
“Bagi saya, Hong Kong adalah salah sebuah negara Asia yang penuh dengan tradisi dan budaya moden yang diterapkan dalam kehidupan masyarakat mereka. Jadi, saya lihat ia adalah satu peluang untuk solo traveler seperti saya meneroka dan menimba pengalaman di kota Hong Kong,” jelas Azah.
Paling best, negara ini tidak memerlukan visa pelawat tetapi pihak imigresen mereka agak tegas sedikit. Dinasihatkan agar pelancong mengisi arrival card dengan lengkap supaya tidak ditegur oleh mereka.
“Sampai sahaja di lapangan terbang Hong Kong, saya membeli simkad telco untuk yang menawarkan pelan internet tanpa had bernilai HKD100 (RM52) dan octopus kad di MTR Airport Express bernilai HKD150 (RM78). Kad ini digunakan untuk menaiki bas/tram/tren/feri atau membeli makanan di 7-Eleven,” tambahnya lagi.
Aplikasi yang digunakan sepanjang berada di HK
Bercuti secara solo sebenarnya lebih mencabar kerana semua benda perlu dilakukan sendiri. Kalau holiday dengan kawan-kawan bolehlah juga kita bergantung harap pada orang lain, tetapi bila dah bersendirian memang perlu lebih peka dan ambil tahu tentang semua perkara. Jadi ada beberapa cadangan aplikasi yang boleh korang boleh download sekiranya datang bercuti ke sini.
Ada tiga aplikasi yang digunakan oleh Azah, iaitu Google Map, Klook dan Transpot. Apps Klook memudahkan bagi sebarang pembelian tiket Peak Tram, gondola di Macao, Disney Land, Ngong Ping cable car. Tanpa perlu print tiket, kamu boleh tunjuk sahaja menggunakan smartphone sebagai bukti pembelian.
Ads
Manakala apss Transpot pula untuk kegunaan Citymapper, Moovit, MTR mobile untuk tahu selok belok jalan, tambang dan masa perjalanan.
Makanan halal
Tak perlu risau tentang makanan halal kerana sememangnya negara ini sudah menyediakan banyak tempat makan halal yang boleh dikunjungi oleh pengunjung muslim, terutamanya di kawasan Tsim Sha Tsui. Jangan terkejut kalau korang lihat ada banyak kedai mamak di sana.
Selain itu, terdapat juga banyak kedai Cina Muslim, restoran Turki dan kedai mamak di sekitar ChungKing Mansion. Antara kedai-kedai makanan halal yang boleh kamu cari adalah seperti berikiut:
• Islamic Centre Canteen di Masjid Ammar- Dim Sum halal
• Wai Kee (warung nasi itik)
• Ma’s Restaurant
A Symphony of Lights
Kalau dah sampai HK, tak sah kalau tidak menyaksikan Symphony of Lights. Bermula jam 8 malam selama lebih kurang 10 minit, kamu akan lihat kesan pencahayaan dan laser yang dipancarkan seiring dengan alunan muzik yang pastinya membuatkan para pengunjung terpesona.
Ads
Lokasi terbaik untuk menonton persembahan ini adalah di pinggir pelabuhan Tsim Sha Tsuo dan Golden Bauhinia Square di Wan Chai. Datang seawal mungkin kalau nak dapat seat di bahagian depan. Pertunjukkan ini boleh disaksikan secara percuma.
The Peak Tram & Skyterrace 428
Kalau di negara kita, tempat ini lebih kurang seperti di Bukit Bendera, Pulau Pinang. Rasai pengalaman menaiki tram sambil menikmati pemandangan 360 darjah bandar Hong Kong yang sungguh menakjubkan di atas pucak bukit.
Elakkan melawat pada hari hujan kerana awan-awan akan menyelubungi pemandangan. Tak syok la pula kalau dah datang tapi tak dapat menikmati keindahan bandar ini.
Yick Fat Building
Giant flat yang memuatkan beribu penduduk di HK dan jika pengunjung bertuah bolehlah mengambil gambar di atas tembok untuk mendapatkan pemandangan yang menakjubkan. Kalau datang secara solo jangan risau, minta saja pertolongan penduduk tempatan untuk tolong ambilkan gambar.
Pulau Lantau adalah pulau terbesar di HK dan pelancong boleh mendapatkan tiket Ngong Ping cable car di aplikasi Klook jika tidak mahu beratur untuk membeli. Dengan keluasan tanah 147, 16 kilometer persegi iaitu dua kali ganda lebih besar daripada Pulau Hongkong, banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi disini.
Antaranya adalah seperti Tian Tian Buddha, Wisdom Path, Tai O Fishing Village, Ngong Ping Village, Po Lin Monastery dan City Gate Outlet. Memang berbaloi!
Singgah ke Macao
Kalau dah sampai HK rasanya tak sah jika tidak singgah ke Macao. Dari HK-Macao Ferry Terminal, kamu boleh membeli Cotai Water Jet tiket ke Macao dengan harga HKD170 sehala. Duit HKD boleh diterima di Macao tetapi kad octopus tidak boleh digunakan disana. Sediakan wang kecil untuk menaiki bas kerana baki duit tidak akan dikembalikan.
Antara tempat menarik di Macao yang korang boleh lawati adalah seperti berikut:
• Venetian (Naik gondola ala-ala di Venice- jika berminat sila dapatkan tiket di aplikasi Klook dengan lebih awal kerana jika beli di kaunter perlu beratur dengan Panjang)
• Parisian Macao (Bergambar dengan Paris Tower di Macao)
• Macao Fisherman’s Wharf (Untuk merasai European vibes, sangat recommended)
• Senado Square
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila bercakap tentang karakter filem dan permainan video popular seperti Marvel, Gundam dan Starwars, ramai yang obses terhadapnya sehinggakan sanggup membeli pelbagai merchandise original.
Walaupun kebanyakan dijual pada harga ‘tak mampu milik’, peminat sanggup mengikat perut demi minat mereka untuk mengumpulkan sebanyak mungkin merchandise.
Kali ini, tak perlu lagi untuk mereka mengeluarkan bajet hebat bagi mendapatkan barangan karakter filem dan permainan video ini. Better yet, apa kata korang sendiri hadiahkan kepada mereka koleksi baju T terbaru daripada UNIQLO ini.
UNIQLO Malaysia baru melancarkan koleksi UT (Uniqlo T-shirt) Wear Your World pada minggu ini di Mid Valley dan seperti koleksi UT terdahulu, ia menampilkan beberapa corak menarik hasil inspirasi karakter popular dunia.
Antaranya termasuklah koleksi Marvel X Jason Polan, Star Wars Master of Graphics, CAPCOM Street Fighter, Mobile Suit Gundam dan Super Mario. Tak ketinggalan, korang pun boleh dapatkan corak popular seperti ombak Hokusai Blue dan bungaan Studio Sanderson.
Okay, mesti ada yang berpendapat, “Alah, T-shirt je pun.”
Well, ini bukan baju T biasa-biasa. Ia adalah untuk meraikan beberapa karakter popular yang telah setia menemani masa korang di hadapan skrin permainan video, di pawagam, di telefon pintar dan bagi dak-dak 90-an, dalam bentuk pita video.
Cer tengok beberapa corak kegemaran kami ini.
Marvel x Jason Polan UT
RM59.90
HulkMarvel ComicsSpidermanMarvel Comics
Star Wars UT
TBC
Nintendo Super Mario UT
RM39.90
Hokusai Blue UT
RM59.90
Gundam 40th Anniversary UT
RM59.90
Yang penting, harganya tak membebankan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau dah orang seni, semestinya ini bukan perkara asing bagi ibu kepada dua cahaya mata ini. Beliau yang dahulunya merupakan seorang pelakon meninggalkan dunia hiburan setelah berkahwin dengan Putera Harry. Namun setelah mengumumkan yang mereka berdua tidak akan lagi bergelar sebagai ‘working royal’ dan mahu hidup dengan cara sendiri, banyak projek telah dilakukan.
Terbaharu, Duchess of Sussex ini mengesahkan yang dia akan menerbitkan sebuah siri pengembaraan animasi untuk saluran penyiaran atas talian popular, Netflix. Siri tersebut mengisahkan tentang gadis berusia 12 tahun yang terinspirasi dari figura wanita hebat dalam sejarah.
.
Siri yang akan diberi judu ‘Pearl’ ini diterbitkan oleh Archewell Production milik beliau dan suami.
Memetik kenyataan media yang diberikan. Beliau berkata, “Seperti kebanyakan wanita yang sama umur dengannya, heroin siri ini, Pearl, akan melalui satu fasa dalam mencari dirinya yang mana dia akan mencuba untuk mengatasi masalah harin yang berlaku di dalam hidupnya.
“Saya sangat teruja kerana Archewell Productions berkolaborasi dengan sebuah platform berpengaruh besar seperti Nerflix, dan saya percaya penerbir-penerbit yang hebat ini akan membawa akan siri animasi baru yang meraikan wanita hebat di dalam sejarah.”
.
Selain penerbitan siri animasi, awal tahun ini Meghan telah menerbitkan sebuah buku ilustrasi kanak-kanak yang diberi judul The Bench, yang pada mulanya merupakan sebuah puisi Hari Bapa yang ditujukan kepada suami tercinta, Putera Harry.
Pertandingan nyanyian antarabangsa, Eurovision Asia 2026 bagi edisi sulungnya pada tahun ini tetap akan diteruskan biarpun dihambat dengan krisis kewangan dan pemberhentian kakitangan produksi secara besar-besaran.
Menurut laporan media akhbar Sweden, Aftonbladet semalam, ia mendedahkan bajet pertandingan itu telah dipotong satu per empat berjumlah kira-kira USD1 juta daripada jumlah asal USD4.5 juta.
Selain itu, ia juga mendakwa seluruh pasukan produksi antarabangsa Eurovision Asia terdiri daripada pakar-pakar antarabangsa yang bertanggungjawab terhadap aspek pembinaan pentas, pencahayaan, bunyi dan grafik; telah diberhentikan.
Mereka sebaliknya akan digantikan dengan tenaga kerja tempatan dari Thailand (lokasi pertandingan).
Dua perkembangan terkini berkenaan secara tidak langsung menimbulkan spekulasi kononnya penganjuran Eurovision Asia mungkin sekali akan ditangguhkan atau lebih malang, dibatalkan terus.
Eurovision Asia 2026 Tetap Diteruskan Walaupun Bajet Dipotong
Menjawab laporan akhbar berkenaan, syarikat yang menerbitkan Eurovision Asia iaitu Voxovation hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menegaskan bahawa edisi sulung pertandingan itu akan diteruskan seperti biasa.
Pengarah Eurovision Asia, Martin Green pula dilaporkan tidak menafikan secara langsung laporan mengenai pemotongan bajet Eurovision Asia 2026
Katanya kepada Aftonbladet, “Asia mempunyai rekod cemerlang dalam menganjurkan acara besar-besaran. Pihak penerbit Eurovision Asia, Voxovation berbangga dapat bekerjasama dengan pasukan tempatan yang berpengalaman.
“Kami yakin bahawa bajet yang ada selari dengan aspirasi untuk pertandingan edisi Asia yang pertama ini. Kami juga berharap agar ia terus berkembang pada masa hadapan,” katanya.
Kenyataan tersebut sekali gus memberi gambaran bahawa pihak penganjur masih optimis terhadap kemampuan pasukan produksi tempatan untuk menjayakan pertandingan berkenaan, biarpun berdepan perubahan besar dari segi peruntukan kewangan dan tenaga kerja.
Aina Abdul Wakil Malaysia Dengan Lagu Bluest Sky
Malaysia akan diwakili oleh penyanyi dan komposer berbakat, Aina Abdul yang mempertaruhkan lagu baharu berjudul Bluest Sky.
Penyertaan Aina Abdul pastinya menjadi antara perkara yang dinantikan oleh peminat muzik tempatan, lebih-lebih lagi apabila pertandingan ini bakal menghimpunkan wakil dari negara-negara Asia di bawah satu pentas antarabangsa.
Dengan reputasinya sebagai penyanyi yang cukup dikenali menerusi kemampuan vokal serta persembahan dramatik, kemunculan Aina di pertandingan tersebut dijangka menjadi perhatian peminat dari Malaysia.
Aina Abdul
Dengan pemotongan bajet kali ini, tidak mustahil skala produksi Eurovision Asia yang dijadualkan berlangsung di Bangkok pada 14 November ini akan dikecilkan tidak seperti yang biasa dipertontonkan di Eurovision sebelum ini.
Walaupun berdepan cabaran kewangan menjelang penganjuran edisi sulung, pertandingan ini tetap mempunyai kepentingan tersendiri sebagai platform baharu untuk memperkenalkan bakat muzik Asia kepada penonton yang lebih luas.
Justeru, tumpuan kini terarah kepada bagaimana pihak penganjur akan memastikan pertandingan tersebut berjalan lancar dengan peruntukan yang dilaporkan lebih rendah berbanding perancangan asal.