back to top
Remaja kini berada di dalam aplikasi   
Remaja kini berada di dalam aplikasi   
Home Berita Ini Cara Nak Mohon Bantuan Prihatin Nasional, Syaratnya Hanya Daftar Di ...

Ini Cara Nak Mohon Bantuan Prihatin Nasional, Syaratnya Hanya Daftar Di LHDN Sahaja Bagi Penerima Baru

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana cara hendak mendapatkan bantuan kewangan Prihatin Nasional yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari Jumaat lalu. Prihatin dengan semua pihak yang terjejas akibat wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan dana sebanyak RM250 bilion akan diagihkan kepada semua dan bagi golongan yang layak terutama B40 dan M40 akan menikmatinya.

Malah semasa pengumuman itu juga nama Makcik Kiah menjadi trending kerana disebut oleh PM sebagai contoh pengiraan mudah untuk rakyat memahaminya.

Ramai yang faham manfaat mereka peroleh tapi ramai bertanya bagaimana cara untuk mendapatnya. Perlu daftar di mana dan sebagainya.

Dalam satu sidang akbbar,  Kementerian Kewangan Malaysia, bagi penerima yang layak mengikut kategori yang dinyatakan mereka hanya perlu berdaftar di laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDNM di www.hasil.gov.my terutama bagi penerima baru.

IKLAN

Tapi bagi penerima sedia ada seperti penerima Bantuan Sara Hidup (HSH) bantuan akan disalurkan terus ke akaun masing-masing pada April dan Mei akan datang. Hanya penerima baru terutama kategori M40 perlu mendaftar di laman web rasmi LHDN.

Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020,  Kementerian Kewangan ingin menjelaskan mengenai pelaksanaan dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi golongan rakyat yang layak.

IKLAN

Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020,mengikut kelayakan berikut: Ini Cara Nak Mohon Bantuan Prihatin Nasional, Syaratnya Hanya Daftar Di  LHDN Sahaja Bagi Penerima Baru

Bagi mereka yang belum berdaftar, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020
menerusi laman web rasmi LHDNM: www.hasil.gov.my.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau
LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut:

IKLAN

Ini Cara Nak Mohon Bantuan Prihatin Nasional, Syaratnya Hanya Daftar Di  LHDN Sahaja Bagi Penerima Baru

Kementerian mengingatkan orang awam juga agar berhati-hati dengan scammers yang
semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan Pakej
PRIHATIN ini. Penerima disarankan merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan jangan
memberikan maklumat kepada mana-mana pihak ketiga.

Bagi yang tertanya-tanya tu, sila daftar di LHDN ya. Jangan gunakan pihak ketiga kerana dikhuatiri boleh kena tipu oleh scammer.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI