Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Kebaikan seseorang itu tetap akan disebut dan menjadi kenangan biarpun dia sudah meninggal dunia.

Khabar mengenai seorang usahawan muda, Mohd Kosim atau popular dikenali sebagai Adam Burger Boy telah dilaporkan meninggal dunia baru-baru ini. Berita sedih itu telah disampaikan sendiri oleh sahabatnya Muhammad Jeffrey menerusi satu hantaran di dalam grup Facebook Warga Kota Damansara.

“Banyak Naikkan Semangat, Bantu Peniaga Online,”- Pemilik Burger Boy Meninggal Dunia, Kebaikan Dikenang Sampai Bila-Bila

“Dengan dukacitanya saya ingin maklumkan bahawa sahabat seperjuangan saya, Mohd Kosim atau Adam Burger Boy telah kembali ke rahmatullah. Saya memohon kepada semua sahabat-sahabat untuk sedekahkan Al-Fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah, Amin,” ujarnya.

Jenama Burger Boy bukanlah asing bagi kalangan penduduk di kawasan Kota Damansara. Gerai burgernya sangat popular dek keramahan yang ditampilkan dan juga pelbagai menu sedap yang disediakan. Tambahan pula, allahyarham Adam sangat suka membantu peniaga kecil yang lain.

IKLAN

BACA JUGA: Kenali Gajah Oleng, Busana Tradisi Melayu Sarawak Yang Digayakan Camelia Di Istana Negara

Memetik salah satu komen yang ditinggalkan oleh seorang pengguna Facebook, “Orang yang banyak menaikkan semangat dan membantu peniaga-peniaga kecil dan online di Kota Damansara. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman.”

IKLAN

“Banyak Naikkan Semangat, Bantu Peniaga Online,”- Pemilik Burger Boy Meninggal Dunia, Kebaikan Dikenang Sampai Bila-Bila

Allahyarham Adam juga seorang yang sangat pemurah, sewaktu rakyat Malaysia dilanda pandemik Covid-19 dan terkesan dek PKP, ramai yang kehilangan kerja dan kehilangan mata pencarian. Mengambil inisiatif untuk membantu mereka yang kesusahan, dia menawarkan burger percuma kepada mereka yang memerlukan.

IKLAN

Ujarnya di laman Facebook, “Kepada mereka yang tidak mempunyai wang untuk membeli makanan ketika PKP, sila datang ke gerai Burger Boy dan makan sehingga anda kenyang. Datang dan beritahu kami apa yang anda perlukan.”

Kehilangan insan ini pasti dirasai bagi mereka yang gemar membeli burger di gerainya. Menurut maklumat di laman Facebooknya, Allahyarham Adam berasal dari Pasir Puteh, Kelantan.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI