Berkongsi tentang rahsia cantik, Hawa Rizwana juga ada mengamalkan petua lama yang dia dapat daripada ibunya iaitu dengan mengamalkan minum air halia suam.
“Kalau boleh, amalkan setiap hari untuk kecantikan tubuh badan,” itu reaksi Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, sewaktu ditanya mengenai adakah dia masih mengamalkan petua lama sebagai rutin kecantikan dirinya.
Si cantik ini memberitahu baginya, menjaga kecantikan bukan setakat menitikberatkan bahagian luaran namun ia perlu selari dengan dalaman.
Selain itu, anak kedua daripada tiga adik-beradik ini juga berkongsi dia bangun seawal pukul 4 pagi setiap hari.
Ads
“Kenapa bangun pada pukul 4.00 pagi? Ini kerana untuk mencari semangat pada keheningan fajar memang suatu hal yang sukar dilakukan. Saya ketepikan itu semua demi pendengar radio dan penonton di kaca televisyen.” Kongsinya.
Lebih menarik tentang pengacara Wanita Hari Ini, Hello Doktor dan Meletop ini baharu sahaja menamatkan pengajian sarjana dalam bidang Komunikasi Massa dan menerima skrol pada Istiadat Konvokesyen UiTM-95.
Berjaya mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif 3.78, ternyata Hawa Rizwana salah seorang wanita yang layak digelar Beauty With Brain. Malahan dia berazam untuk menyambung ke peringkat PhD pula.
Memiliki raut wajah persis selebriti tersohor, Neelofa, Hawa juga berpegang kepada prinsip buat sehabis baik dan tidak gemar menunda kerja.
Haaa.. jadi kalau anda mahu tergolong wanita cantik dan bijak pandai, masih belum terlambat untuk ikut cara Hawa Rizwana. Pastikan ada niat mahu berganjak ke depan dan bukan menjadi orang yang gagal di bawah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sempat menitipkan kata-kata semangat buat anak saudaranya, Ahmad Daiyan atau mesra dipanggil Amad, selepas berjaya melangkah ke pentas akhir program realiti Talk To My Manager (TTMM) pada malam Ahad lalu.
Menurut Siti, nyanyian Amad sudah cukup baik namun beliau mengingatkan bahawa aspek persembahan pentas juga menjadi elemen penting dalam menambat hati penonton serta juri.
“Walaupun nyanyian Amad bagus, persembahan pentas adalah antara tarikan untuk setiap persembahan yang hebat.
Kena usaha lebih lagi untuk final (minggu akhir). Terima kasih semua juri yang menegur dan guru yang mengajar,” katanya menerusi hantaran di Instastory.
Dalam masa sama, biduanita negara itu turut mengucapkan tahniah buat Amad selain menasihati agar anak saudaranya itu terus belajar daripada kesilapan dan tidak cepat berpuas hati dengan kejayaan yang diperoleh.
“Alhamdulillah tahniah Amad, belajar daripada kesilapan dan jangan terlalu selesa,” pesannya.
Untuk info, persembahan Amad menerusi lagu Apokalips telah berjaya meraih tempat kedua minggu lalu sekaligus melayakkan dirinya ke pusingan akhir TTMM.
Di final nanti, Amad bakal berentap bersama lima lagi peserta hebat iaitu Thalita, Auddra, Marsya, Ammar dan seorang lagi finalis.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi, Aepul Roza dinobatkan sebagai bintang yang menduduki tempat pertama di minggu kedua dalam pertandingan The Hardest Singing Show (THSS) dengan tema Revolu-sihat.
Mempersembahkan lagu kumpulan Gigi Nakal dengan penuh tenaga, Aepul membawa tema semangat solidariti untuk pemain bola sepak negara iaitu Faisal Halim.
Sebelum ini, tempat pertama dimiliki Ayda Jebat tetapi kali ini ia dirampas oleh Aepul dengan markah sebanyak 90.40%.
Ayda Jebat pula mendapat kedudukan kedua dengan markah 88.51% malam tadi dengan menyanyikan lagu I’m Sexy and I know It nyanyian LMFAO dan What Does The Fox Say? oleh Ylvis.
Sementara itu, Aisha Retno peroleh markah sebanyak 88.34% dan menempatkan di tempat ketiga untuk minggu kedua THSS.
Bagi Stacy dan Putera Muhammad pula, walaupun telah memberi persembahan yang terbaik malam tadi. Keduanya, hampir kecundang dengan perbezaan markah sebanyak 2.88% sahaja.
Meskipun tiada penyingkiran yang berlaku pada minggu kedua, Datin Alyah bagaimanapun mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada rancangan THSS atas alasan menunaikan haji pada 12 Jun ini. Berita itu dikongsi oleh Alyah menerusi siaran langsung pada Ahad.
The Hardest Singing Show (THSS) bakal berlangsung selama 10 minggu dan dihoskan oleh pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad dan penyanyi Indonesia, Rina Nose. Kerusi juri pula terdiri dari barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang berpengalaman dalam industri hiburan dan muzik seperti Edry Abdul Halim, Datuk Seri Rossa, dan Zizan Razak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tengah sibuk tentang kemelut politik yang sedang melanda dan dikala rakyat Malaysia masih menanti siapakah bakal menjadi Perdana Menteri. Tidak disangka-sangka pelakon, Ben Amir memuat naik satu ciapan mencari ‘Timbalan Perdana Menteri’ (TPM) mencuri tumpuan warganet di laman Twitter.
Menerusi ciapan tersebut, pelakon berusia 32 tahun itu sedang mencari TPM atau dalam erti kata lain adalah calon isteri dengan meletakkan beberapa kriteria yang diidamkan.
I’m creating my own government. Looking for TPM. Preferably a gym girl, pandai masak, will laugh at my lame jokes, has motherly instincts, pushes me to be better and also a baddie *wink wink*
“Saya membina kerajaan sendiri. Mencari TPM. Seelok-eloknya gadis yang pergi gimnasium, pandai masak, akan terhibur dengan lawak saya yang membosankan,” tulisnya semalam.
Dalam ciapan sama, pelakon kacak itu turut berharap gadis yang dicari mempunyai naluri keibuan selain boleh menjadikan dirinya ke arah lebih baik.
Malah, pemerhatian kami di ruangan komen netizen juga aktif mencuba nasib masing-masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!