
Pusat pelancongan terkenal Indonesia, Bali khabarnya akan dibuka semula untuk pelancong antarabangsa dari China, Jepun dan Korea Selatan pada pertengahan bulan ini susulan jumlah kes positif COVID-19 yang semakin menurun di negara republik itu.
Menteri Kanan, Luhut Panjaitan memaklumkan pelancong pelancong dari New Zealand, Qatar dan UAE juga dibenarkan untuk mengunjungi Indonesia melalui penerbangan antarabangsa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di pulau pelancongan itu mulai 14 Oktober depan.

Pelancong perlu memenuhi kriteria dan syarat mengenai kuarantin, ujian COVID-19 dan semua pelancong antarabangsa perlu menunjukkan bukti hotel yang ditempah untuk kuarantin sekurang-kurangnya lapan hari dengan perbelanjaan sendiri.
Sebelum ini, pembukaan semula Bali ditunda beberapa kali apabila republik itu seang berjuang melawan penularan COVID-19, terutama varian Delta yang mudah merebak.

Indonesia juga menetapkan peraturan kemasukan pelancong antarabangsa dengan meminta bukti sijil lengkap vaksinasi sebelum membenarkan kemasukan visa luar dan pelancong dari seluruh dunia.
Nampak beberapa negara jiran kita sudah mula membuka sempadan negara mereka untuk pelancong luar negara. Semoga semuanya baik-baik sahaja dan tiada kes penularan wabak COVID-19 yang berlaku nanti.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[VIDEO] Selamba Spray Pewarna Merah Pada Beruk, Lucukah Bagi Kita?
![[VIDEO] Selamba Spray Pewarna Merah Pada Beruk, Lucukah Bagi Kita? 6 [VIDEO] Selamba Spray Pewarna Merah Pada Beruk, Lucukah Bagi Kita?](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/09/273460-1.jpeg)
Perbezaan antara manusia dan binatang adalah akal.
Jika manusia punya hati dan perasaan, sama juga dengan binatang tetapi manusia sahaja yang tidak mampu menterjemahkannya tentang perilaku binatang. Jika manusia mampu bezakan mana salah atau betul (walau sering kali buat silap) haiwan pula tidak mampu membezakan mana yang betul dan mana yang salah.
Tapi nampaknya setiap hari, semakin banyak perlakuan manusia menganiayai binatang dipertonjolkan. Semuanya berbentuk kekejaman yang membuatkan ramai berasa panas hati. Jika dua tiga hari lalu tular seorang lelaki menghempas kucing yang menumpang rehat di atas keretanya hingga patah riuk kucing berkenaan, hari ini terpapar pula satu rakaman video tindakan seorang lelaki yang bertindak menyembur pewarna merah kepada seekor beruk yang terkurung di dalam kandang kecil.
Hish, tak fahamlah sampai bila isu penganiayaan begini akan berakhir? Tiada belas ihsankah kita kepada makhluk Allah ini juga?.
Bertindak pantas dengan video yang tular, MyAct – Malaysia Animal Crime Transparency di page mereka “memburu” lelaki yang bertindak menyembur pewarna merah meminta agar pelakunya ditangkap.
Baca rayuan mereka mengenainya. Siapa ada maklumat boleh salurkan segera ya.
Video monyet diwarnakan kembali berlegar. Perlakuan menunjukkan ia berlaku dalam negara ini. Mewarnakan haiwan liar seperti beruk ini adalah jenayah. Ia mengubah sifat asal kejadian haiwan liar.
Kesalahan jenayah haiwan liar amat berat. Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 memperuntukkan hukuman denda dan penjara.
Maklumat pelaku sila salurkan ke www.wasap.my/+601120901097
STOP ANIMAL CRIME!
Tonton rakaman video ini. Tak tahu mana hilang naluri dan belas kasihan manusia pada haiwan yang tak mampu melawan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jadi Jutawan Di Usia 19 Tahun, Ini CEO OpenAI Pengasas ChatGPT : Sam Altman

Siapa pula remaja yang jadi jutawan di usia muda ini?
Mungkin korang yang seusia remaja ini sedang sibuk mencari kerja. Yelah, selalunya diusia 19 tahun, rata-rata remaja tengah mencari arah untuk melanjutkan pelajaran. Namun, tidak bagi CEO OpenAI yang mengasaskan ChatGPT.
ARTIKEL BERKAITAN : Tak Pernah Ke Universiti Dan Tak Ada Kerja Di Usia 18 Tahun, Kini Jutawan Muda Pemilik OYO Hotel!

Kisah pemuda bernama Sam Altman atau nama sebenarnya Samuel Harris Altman ini sangat memberi inspirasi. Untuk info, beliau adalah pengasas ChatGPT dan GPT-4 adalah dua produk OpenAI yang tengah hangat dalam gelombang besar dunia teknologi kini. Malah, boleh dikatakan jejak ‘DNA’-nya ada di kebanyakan syarikat pemula (start-up) terkemuka dunia.
Antara syarikat portfolionya termasuk Airbnb, Stripe, Reddit, Asana, Pinterest, Teespring, Shoptiques, Instacart, Optimizely, Verbling, Soylent dan Retro Biosciences.
Latar Belakang Sam Altman
Sam bersekolah di Sekolah John Burroughs, St. Louis. Kemudian menyambung pengajian dalam jurusan sains komputer di Universiti Stanford. Bagaimanapun, dia tidak menamatkan pengajian dan berhenti pada tahun 2005. Kemudiannya dia mula membina perniagaan sendiri dengan menubuhkan beberapa syarikat teknologi.
Perjalanan karier Sam Altman

Memulakan Loopt
Pada tahun 2005, Sam Altman mengasaskan Loopt. Di umur 19 tahun lagi dia dah jadi jutawan di mana “Loopt” – satu aplikasi mobile jaringan sosial media yang dia asaskan diambil alih dengan harga RM199.7 juta (US$43.4 juta)
Mendirikan Hydrazine Capital
Sam Altman teruskan kerjayanya pada tahun 2014 sebagai presiden syarikat inkubator untuk banyak start up di dunia. Beliau juga menggantikan pengasas bersama YC Paul Graham . Pada 2016, Sam mengembangkan unit perniagaan YC dengan menubuhkan YC Continuity dan YC Research. Kemudian pada 2019, Sam memilih untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden YC Group.
Mengasaskan OpenAI
Pada tahun 2015 atau semasa masih Presiden Kumpulan YC, Sam Altman terlibat dalam penubuhan OpenAI, sebuah syarikat penyelidikan dan kecerdasan buatan dalam misi membangunkan kecerdasan buatan yang boleh melakukan tugasan sebaik manusia.
Sam Altman akhirnya dipilih sebagai Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI. Bersama beliau ialah beberapa pegawai tinggi lain, seperti Greg Brockman (CTO), Ilya Sutskever (Pengarah Penyelidikan), Trevor Blackwell, John Schulman, Vicki Cheung, Wojciech Zaremba, Andrej Karpathy, Pamela Vagata, Druk Kingma, dan Elon Musk yang memegang jawatan pada 2018. sebagai Pengerusi Bersama dengan Sam.
Derma gabungan untuk OpenAI
Sam Altman dan beberapa yang lain membuat derma gabungan $1 bilion untuk membiayai OpenAI. Pihak ini termasuk Elon Musk, Greg Brockman, Reid Hoffman, Jessica Livingston, Peter Thiel, Perkhidmatan Web Amazon (AWS), Infosys, Microsoft dan YC Research.
3. Anugerah yang diraih
Sepanjang kerjayanya, Sam Altman telah menerima beberapa anugerah sebagai usahawan, usahawan dan pelabur terbaik di dunia.
Pada tahun 2008, Sam Altman telah dinamakan sebagai salah seorang usahawan muda terbaik dalam teknologi oleh BusinessWeek. Kemudian pada 2015, beliau turut dianugerahkan sebagai pelabur terbaik bawah 30 tahun oleh Forbes. Pada 2017, beliau turut dianugerahkan ijazah kehormat oleh Universiti Waterloo.
Itulah profil dan perjalanan kerjaya Sam Altman, Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI. Beliau juga merupakan pengerusi lembaga untuk Helion dan Oklo, dua syarikat tenaga nuklear.
Lebih menarik, dia juga seperti Bill Gates, Steve Jobs dan Mark Zuckerberg, pelajar universiti dropped out tak habiskan pelajaran di Universiti Stanford. Tanpa degree dan hanya sempat habiskan setahun belajar sahaja!
BACA LAGI : Siapa Bintang Tenis 18 Tahun, EMMA RADUCANU Yang Bakal Jadi Jutawan?
Sumber : ( 1 )
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Apa Bangsa Pemilik Kedai? Saya Tidak Beli Dari Orang India,” – Pemilik Kedai Kek ‘Sekolahkan’ Pelanggan Rasis

Sedar atau tidak sikap rasis dan prejudis terhadap satu-satu bangsa dan agama masih wujud dalam kalangan masyarakat kita. Walaupun dunia semakin maju namun masalah yang berakar umbi sejak dahulu lagi tidak ada kesudahannya. Apa yang boleh kita lakukan apabila berdepan dengan perkara sebegini adalah melawannya dengan penuh hemah.
Seperti insiden yang terjadi kepada pemilik kedai kek Thirty-One Fine Bakes yang terletak di Seventeen Mall, Petaling Jaya. Salah seorang pelanggan mengajukan soalan menerusi WhatsApp tentang bangsa pemilik kedai terbabit. Dalam jawapan balas, pihak kedai terbabit menerangkan yang mereka merupakan syarikat yang terdiri dari individu berbilang bangsa.
Apa yang mengejutkan adalah pertanyaan seterusnya dari pelanggan terbabit. Dengan angkuh dia berkata, “Saya tidak membeli apa-apa dari orang India. Sebab tu saya nak tahu. Kalau ada orang India di dalam syarikat anda sila beritahu. Hello?”
Terkejut dengan respon dari pelanggan tersebut, pihak kedai terbabit membalas dengan penuh berhemah namun cukup untuk membuka membuka mata dan menyedarkan.
“Pendapat yang anda berikan adalah rasis dan kami tidak bertoleransi dengan perkara ini. Diskriminasi dan sikap rasis sudah lama berakar di negara ini dan kami bekerja untuk memastikan tiada ruang untuk isu seperti ini terjadi dalam persekitaran syarikat kami.
“Syarikat ini adalah tempat untuk individu berkembang secara peribadi dan juga profesional tanpa sebarang prejudis. Disebabkan kenyataan anda yang menjijikkan, kami tidak kesal menyatakan kami gembira untuk hilang pelanggan seperti anda.”
Kudos to the respond given! Sememangnya sikap menilai seseorang berdasarkan bangsa tidak seharusnya berlaku. Apatah lagi kita yang hidup dalam msyarakat harmoni dan saling menghormati diantara satu sama lain.
***P/S – Sebagai individu yang tinggal di negara berbilang kaum dan agama, kita harus saling menghormati di antara satu sama lain. Sikap rasis hanya akan menjadi nanah yang merosakkan fabrik masyarakat. Sebagai orang muda, kita punya suara untuk meletakan titik noktah kepada isu ini.
Sumber & gambar: Instagram Thirty One Fine Bakes
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

