Pempengaruh media sosial, Leona atau nama penuhnya Kasih Iris Leona baru-baru ini memberitahu dia nekad untuk memulakan gaya hidup sihat selepas melakukan pemeriksaan kesihatan.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Tiktok, Leona berkata, dia mahu mahu menjadi seorang yang ‘fit’ dan sihat selepas doktor menasihatinya supaya rajin bersenam.
“Saya nak jadi fit dan sihat sebab baru-baru ini ada buat pemeriksaan kesihatan dan doktor minta saya untuk mula bersenam…”
Kredit: Tiktok Leona
Katanya menerusi video yang sama, dia akan cuba menyahut saranan doktor dan demi membakar semangat untuk dirinya sendiri. Leona dilihat membeli beberapa pakaian senaman baru agar dia selesa semasa bersenam.
Ads
“Jadi saya pergi beli beberapa helai baju supaya saya selesa dan akan lebih bersemangat nak bersenam dan korang nak tengok tak?”
Kredit: Tiktok Leona
Anak kepada pelakon terkenal, Azhar Sulaiman itu juga turut menunjukkan beberapa helai pakaian seperti jaket, tshirt, seluar dan sebagainya. Selain itu, dia juga meminta bantuan pengikutnya di media sosial agar memberi rekomendasi pakaian sukan jenama tempatan yang patut dicuba dan pusat gim yang terbaik.
Ads
Di akhir video, Leona juga berharap dia akan bertindak seperti yang sepatutnya dan niatnya untuk menjalani gaya hidup sihat bukanlah sekadar niat…
Ads
Apa pun all the best Leona! Orang kata slowly but surely!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Di saat rakyat Malaysia masih belum dibenarkan untuk menyeberangi sempadan negara, nampaknya kita terpaksa melihat saja foto-foto menarik yang diambil oleh remaja di negara jiran, Singapura di sebuah tarikan baru di sana.
Perkenalkan, model kereta api terkenal trans-Eropah iaitu The Orient Express yang kini ‘singgah’ sebentar di Singapura untuk pameran berjudul ‘Once Upon A Time on The Orient Express’.
Sekali imbas, macam kereta api Hogwarts Express pula yang digunakan dalam siri Harry Potter.
Sejak dibuka pada 12 Disember tahun lalu di West Lawn of the Gardens by the Bay, Singapura menjadi destinasi pertama untuk menerima kunjungan pameran Orient Express ini di luar negara Perancis.
Menurut beberapa risalah yang diterima oleh REMAJA baru-baru ini, pameran tersbut menampilkan 2 gerabak asli kereta api dari era 1930, satu gerabak jenis locomotive berusia 158 tahun dan juga artifak asli Orient Express yang menerangkan dengan teliti mengenai sejarah kereta api mewah ini.
Jom lihat apa yang dapat disaksikan oleh pengunjung di sana. Haihh ruginya kita!
.
.
Gerabak Pullman
Pengunjung berpeluang menaiki gerabak pullman yang telah dihiaskan dengan dekorasi bertema pada bahagian kerusi dan meja.
Lihat sajalah pada siling yang diperkemas dengan material kulit pulit, langsir baldu dari Genoa, alas meja dan cawan kristal yang dihidangkan kepada penumpang sebenar pada zaman dahulu.
.
.
Gerabak Fourgan
Ini merupakan gerabak khas bagi mengangkut kesemua bagasi penumpang. Mewah betul barangan yang dimiliki oleh penumpang dulu kala.
.
.
Artifak
Lebih 300 item asli Orient Express dipamerkan termasuklah poster filem yang diilhamkan daripada Orient Express, beberapa peti bagasi daripada Louis Vuitton yang dibawa penumpang, peta perjalanan kereta api dan macam-macam lagi.
.
.
Restoran
Walaupun pengunjung tak dapat untuk ‘menaiki’ kereta api tersebut, sekurang-kurangnya mereka dapat mencuba merasai menu khas di restoran pop-up di sana. Ia merupakan replika gerabak Anatolia daripada tahun 1925.
Pengunjung boleh mengalas perut dalam gerabak dining Anatolia dan menunya dihidangkan oleh tukang masak bertaraf 3 Michelin stars tau!
Selain itu, tentunya pengunjung tidak mahu lepaskan peluang untuk mendapatkan beberapa cenderamata seperti set pelekat (sticker), rantai kunci, beg jenis tote, selendang sutera yang dijual dan macam-macam lagi barangan sebagai kenangan.
*
Harap-haraplah rakyat Malaysia dibenarkan untuk menyeberang sempadan tak lama lagi memandangkan pameran Orient Express ini hanya akan dibuka sehingga 13 Jun 2021. Untuk makluman lanjut, layari laman web mereks DI SINI.
Puteri Leonor cetus fenomena ‘Leonormania’ sehingga ramai wanita muda di Sepanyol tertarik untuk menyertai tentera dan menjadikannya sebagai ikon inspirasi baharu.
Puteri Leonor, anak sulung kepada Raja Felipe VI dan Ratu Letizia, kini menjadi tumpuan dunia apabila kemunculannya dalam bidang ketenteraan mencetuskan fenomena yang digelar sebagai ‘Leonormania’. Bukan sahaja rakyat Sepanyol, malah anak muda di seluruh dunia turut mengagumi keberanian pewaris takhta yang berusia 19 tahun ini.
Pewaris Takhta Dengan Aura Tersendiri
Dilahirkan pada 31 Oktober 2005 di Madrid, Leonor memegang gelaran Puteri Asturias, gelaran tradisi untuk pewaris takhta Sepanyol. Beliau juga mempunyai beberapa gelaran lain termasuk Puteri Girona, Puteri Viana, Duchess of Montblanc, Countess of Cervera dan Lady of Balaguer.
Leonor dilihat lebih dekat dengan generasi muda melalui pendekatan matang namun mesra. — Instagram/spain_leonor
Pendidikan Leonor bukan calang-calang. Beliau menamatkan persekolahan menengah di United World College of the Atlantic, Wales pada 2023, sebuah sekolah berprestij yang melahirkan ramai tokoh dunia. Tidak lama selepas itu, Leonor memulakan latihan ketenteraan tiga tahun di Akademi Ketenteraan Umum Zaragoza, termasuk di akademi tentera laut dan udara. Latihan ini adalah sebahagian daripada tradisi keluarga diraja bagi mempersiapkan pewaris takhta dengan disiplin dan kepimpinan.
Fenomena ‘Leonormania’ Gegarkan Sepanyol
Sejak menjalani latihan ketenteraan, populariti Leonor melonjak mendadak. Penampilannya dalam uniform tentera menjadi bualan ramai dan mencetuskan fenomena ‘Leonormania’. Fenomena ini menyaksikan peningkatan jumlah wanita muda yang mahu menyertai angkatan tentera kerana terinspirasi dengan keberanian serta karisma bakal permaisuri Sepanyol itu.
Puteri Leonor (kanan) ketika mengangkat sumpah taat setia kepada Perlembagaan Sepanyol pada 2023. — Agensi
Pada ulang tahun ke-18, Leonor mengangkat sumpah taat setia kepada Perlembagaan Sepanyol, sekali gus secara rasmi diiktiraf sebagai pewaris takhta. Beliau turut menerima Collar of the Order of Charles III, penghormatan awam tertinggi negara. Peranan Leonor semakin meluas apabila beliau sering diberi kepercayaan untuk berucap di acara kebangsaan dan menghadiri lawatan diplomatik mewakili negaranya.
Inspirasi Generasi Baharu
Apa yang membuatkan Leonor dekat di hati rakyat ialah sifatnya yang matang tetapi tetap mesra, sesuai dengan generasi digital masa kini. Ramai remaja melihatnya sebagai ikon wanita moden — berani, berdisiplin, dan bersedia memimpin.
Jika Leonor menaiki takhta kelak, beliau akan menjadi ratu pemerintah pertama Sepanyol sejak era Isabella II pada abad ke-19. Kehadiran Leonor dilihat bakal membawa nafas baharu kepada monarki Sepanyol, menjadikannya lebih progresif, inklusif dan dekat dengan rakyat.
Fenomena ‘Leonormania’ ini membuktikan bahawa seorang remaja perempuan boleh menjadi simbol kekuatan dan inspirasi sejagat. Dari seorang pewaris takhta, Leonor kini berdiri sebagai ikon global yang memberi semangat kepada wanita muda untuk yakin pada diri sendiri dan berani melakar masa depan.
Jaguh paralimpik kebanggaan negara, Datuk Abdul Latif Romly, kini sedang meniti detik paling bermakna dalam hidupnya apabila beliau bakal bergelar seorang ayah tidak lama lagi!
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh isterinya, Datin Nurul Nabila Farhana Musaidi, menerusi satu hantaran manis di media sosial.
Apa yang lebih mencuri perhatian tentunya apabila Nabila kelihatan anggun dalam dress yang menampakkan baby bump, menandakan mereka bakal menyambut cahaya mata pertama!
Ruangan komen di akaun media sosial Nabila terus dihujani dengan ucapan tahniah dan doa daripada rakan-rakan serta para warganet yang turut tumpang gembira dengan berita tersebut.
Ramai mendoakan agar proses kehamilan Nabila dipermudahkan dan segalanya berjalan lancar sehingga detik kelahiran nanti.
Untuk info, Abdul Latif dan Nurul Nabila mendirikan rumah tangga pada 13 Disember 2022. Kini, pasangan ini bersedia melangkah ke fasa baru kehidupan sebagai bakal ibu dan ayah!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.