Terbaru, kumpulan sensasi dunia hiburan K-Pop dari generasi kedua, INFINITE mengumumkan bakal mengadakan konsert jelajah dunia bersempena ulang tahun mereka yang ke-15 dan paling menarik, Malaysia termasuk dalam senarai!
Kumpulan yang terkenal menerusi lagu ‘Before The Dawn (BTD)’ ini akan memulakan konsert jelajah dunia pada akhir tahun 2024 dan tahun 2025. Menerusi perkongsian di aplikasi X rasmi INFINITE, mereka telah mengeluarkan tarikh dan lokasi terpilih termasuk Kuala Lumpur, Malaysia.
Menurut perkongsian yang sama, INFINITE akan membuat persembahan di Mega Star Arena di Kuala Lumpur pada 22 Februari 2025. Selain Kuala Lumpur, antara destinasi lain di Asia yang dikunjungi oleh kumpulan ini adalah Seoul, Taipei, Macau, Jakarta, Singapore, Yokohama,dan Hongkong.
Dalam pada itu, selepas 11 tahun, konsert ‘INFINITE 15TH Anniversary Concert’ ini juga merupakan konsert pertama kali di Malaysia sejak tahun 2013. Kali terakhir mereka beraksi di Stadium Negara untuk konsert jelajah ‘One Great Step’.
Sebelumnya, pada awal tahun ini, ketua kumpulan SungGyu telah mengadakan konsert selama dua hari di Zepp Kuala Lumpur untuk jelajah solonya ‘LV3: Let’s Vacay’. Selain itu, penyanyi WooHyun juga akan membuat persembahan di EX-8, Subang Jaya pada 26 Oktober ini.
INFINITE mula muncul sebagai satu kumpulan pada tahun 2010 dan mula dikenali menerusi lagu-lagu ikonik mereka seperti ‘Be Mine’, ‘The Chaser’, ‘Nothing’s Over’ dan ‘Destiny’. Mereka juga popular dengan koreografi yang mencabar dan memikat selain persembahan yang mengasyikkan!
Sehingga kini, masih belum banyak butiran terperinci mengenai konsert ‘INFINITE 15TH Anniversary’ tetapi menerusi maklum balas daripada peminat, mereka pasti akan mempersembahkan semua lagu terbaik yang telah membentuk kerjaya INFINITE selama 15 tahun sebagai artis K-Pop.
Ads
Susulan itu, butiran tambahan, termasuk harga tiket dan pelan tempat duduk juga akan diumumkan tidak lama lagi. Kalau korang para peminat tidak mahu melepaskan peluang, jangan lupa untuk tunggu maklumat lanjut dan bersedia untuk merayakan ulang tahun ke-15 INFINITE bersama secara langsung pada Februari akan datang!
Sekadar info, INFINITE sebelum ini dianggotai tujuh (7) anggota iaitu Sungkyu, Dongwoo, Woohyun, Sungyeol, L, Sungjong dan Hoya tetapi pada 30 Ogos 2017, Hoya mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan dan bergerak mula bergerak solo.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dress up! Baik lelaki mahu pun perempuan, hari ini selesa menyarung apa saja pakaian ke badan. Asal cantik dan selesa semua ‘onnzzz’ kan.?
Tapi bila bintang ‘Spiderman’ iaitu Tom Holland yang tampil dengan pakej kacak, tidak mempunyai trek rekod buruk dan sering merendah diri tiba-tiba ajar orang buka baju kedengaran agak pelik juga?
Baru-baru ini jenama Itali tersebut telah melancarkan iklan Musim Bunga 2022 yang menampilkan pakaian lelaki yang dibintangi oleh Tom Holland. Kempen yang dirakam selama 17 saat oleh David Sims itu menunjukkan Tom memakai koleksi rekaan Raf Simons dan Miuccia Prada.
Idea kempen ini adalah untuk gambarkan Tom Holland sebagai dirinya sendiri iaitu tokoh terkenal dalam dunia yang berperanan sebagai wira aksi sebagai penjelmaan semula lelaki PRADA.
Dalam klip video tersebut, Tom telah membuka zip jaket basikal kulit merah yang bertekstur, membuka tali pinggang dan butang baju sejuknya. Selepas tidak berpakaian pelakon Spider-Man itu memakai semula pakaiannya.
“Kuasa lakonan (Tom) adalah untuk menggunakan pengalaman peribadi untuk menyampaikan mood, emosi dan perasaan. Apa yang kita tonton adalah Tom mempersembahkannya sebagai dirinya sendiri”, kongsi David Sims.
Untuk klip video kempen Musim Bunga 2022 PRADA yang dibintangi oleh Tom Holland, tonton di bawah;
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Impian memiliki segulung ijazah pastinya ada dalam hati semua orang.
Walaupun bergelar selebriti, pelakon dan penyanyi, selebriti juga membuktikan mereka mampu membahagikan masa antara masa peribadi, karier dan pendidikan.
Cukup membanggakan apabila 28 penggiat seni yang juga penuntut semester akhir Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif, Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima Anugerah Dekan.
Anugerah itu disampaikan dalam sebuah majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara baru-baru ini. Antara selebriti tanah air yang tersenarai adalah Fattah Amin, Tomok, Amir Masdi, Aril Pilus, Pekin dan Haziq AF.
Pekin ketika ditemui meluahkan perasaan syukur dan gembira dengan pencapaian yang diraih setelah berhempas-pulas membahagikan masa antara pelajaran dan tuntutan kerjaya sebagai pelakon, pengarah serta penerbit.
“Semuanya bergantung kepada diri sendiri, sama ada mahu teruskan belajar atau tidak. Usia dan kekangan kewangan bukan penghalang untuk seseorang itu berjaya dalam bidang akademik.
“Selepas enam tahun bergelut membahagikan masa antara pelajaran dan kerja industri, akhirnya saya berjaya menerima Anugerah Dekan. Insya-Allah saya akan bergelar graduan UUM pada majlis konvokesyen yang diadakan tahun depan,” katanya.
Sementara itu, Amir pula menyifatkan penat lelahnya sepanjang pengajian terbalas dengan penganugerahan tersebut.
“Meskipun masih berbaki satu semester sebelum tamat pengajian, saya gembira dengan pencapaian ini. Saya berusaha untuk habiskan pelajaran agar dapat menghadiri konvokesyen bersama rakan-rakan lain pada tahun depan.
“Saya berterima kasih kepada keluarga yang banyak membantu dalam menguruskan jadual kerja dan belajar saya,” katanya.
Malah, dilaman instagram pelakon dan finalis Hero Remaja 2011/2012, Fattah Amin turut berkongsi momen indah tersebut.
Kesemua selebriti tersebut adalah antara lebih 40 pelajar bidang berkenaan yang mengikuti program pengajian jarak jauh (PJJ) yang dilaksanakan selama sembilan semester bermula 2015 hingga 2020.
Ternyata, pendidikan penting buat semua untuk lebih matang berfikir dan menentukan hala tuju karier. Kalau mereka boleh buat, korang pun boleh!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang lagi selebriti Malaysia nampaknya menerima kecaman daripada peminat Korea apabila niatnya memberikan komen di laman Instagram sebuah portal disalah tafsirkan.
Posting artikel yang dimuat naik bertajuk “Rahsia Jaehyun NCT miliki wajah bersih tanpa jerawat…. Ini penjelasan pakar kulit!” dengan kapsyen “Oh ni rupa-rupanya rahsia kulit putih mulus Jaehyun NCT!” mendapat komen dari Iman Troye yang menulis “ko ingat plastic surgery takkan tumbuk jerawat ke… ya Allah…”
Rentetan daripada komen Iman, rata-rata peminat selebriti Korea itu memberi kecaman terhadap gadis berusia 19 tahun ini.
Walau bagaimanapun, Iman Troye tampil memberikan penjelasan bahawa komen yang ditulis itu sudah disalah tafsirkan.
Selepas daripada kenyataan yang diberikan Iman, barulah ramai yang memahami maksud yang disampaikan dan mula mempertahankan Iman daripada dikecam peminat selebriti Korea tersebut.
Hm, janganlah kita terlalu cepat menghukum tanpa usul periksa. Sebaiknya kalau kita tidak memahami apa maksud yang ingin disampaikan, lebih eloklah berdiam diri daripada melontarkan kata-kata yang kesat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!