Situasi banjir yang melanda sesetengah kawasan di Selangor khususnya dilihat sangat membimbangkan. Ramai yang telah menjadi mangsa apabila harta benda serta kenderaan tidak dapat diselamatkan setelah rumah ditenggelami air.
Terkini, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan bahawa terdapat Lekukan Tropika yang dikesan dicerap di perairan utara Sumatera sedang bergerak ke arah timur menghampiri utara Semenanjung.
Ekoran daripada itu, negeri-negeri di utara Semenanjung diramalkan bakal dibadai cuaca hujan secara berterusan serta angin kencang yang mampu untuk menyebabkan banjir di kawasan yang berkedudukan rendah.
Sehubungan dengan itu, Met Malaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) berkuat kuasa sehingga 21 Disember 2021 (Selasa) yang melibatkan kawasan di negeri seperti berikut:
-Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kerian & Larut, Matang dan Selama)
Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah pencegahan kesihatan kendiri seperti yang telah dikongsi oleh Public Health Malaysia ini:
1. Gunakan pelindung seperti kasut keselamatan
2. Minum air yang dimasak untuk elak penyakit bawaan air/makanan (kolera, tifoid, hepatitis A)
Ads
3. Lindungi makanan dari lalat. Pusat Pemindahan Sementara perlu bersih dari lalat dan juga serangga lain seperti nyamuk, lipas
4. Jika bekalan elektrik terputus, pastikan makanan dimasak tidak rosak. Elakkan makan makanan tercemar daripada banjir, suhu bilik melebihi 4 jam
5. Awas risiko renjatan elektrik. Elakkan penggunaan soket elektrik yang terdedah kepada banjir
Ads
6. Amalkan kebersihan persekitaran
7. Jangan merokok/vape di Pusat Pemindahan Sementara kerana ramai anak kecil dan ibu mengandung
8. Toleransi/saling bantu-membantu, hormat menghormati
Ads
9. Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami batuk, demam, selesema, cirit-birit, mudah dan sebagainya
Paling penting, jaga keselamatan diri dan elakkan bermain banjir kerana ia boleh mengundang bahaya. Ikuti langkah pencegahan kesihatan yang telah diberi ini bagi mengelakkan daripada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
Stay safe guys!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jika sebelum ini, korang boleh upgrade “French Fries” sesuakati hati. Namun, dah tak boleh upgrade ke set besar atau large bermula pada semalam.
McDonalds telah memuat naik satu posting di Instagram yang menyatakan mereka menangguhkan jualan set bersaiz besar mulai hari ini, 24 Januari 2022 kerana terputus bekalan kentang goreng. Hal tersebut telah diumumkan oleh pihak McDonalds sebentar tadi.
Pihak McDonalds turut mengatakan set sederhana bersama air bersaiz besar akan diperkenalkan bagi memudahkan para pembeli.
Difahamkan, pihak McDonalds belum ketahui bila isu terputus bekalan kentang goreng ini akan dapat diselesaikan. Malah, pihak McDonalds berharap para pelanggan akan tetap bersabar dan terus menyokong mereka. Korang yang mengidam tu, jangan kempunan pulak ya.
Harap dapat bersabar banyak-banyak okay untuk peminat “French Fries” ini!
Pemain badminton remaja Indonesia berusia 21 tahun, Syabda Perkasa Belawa meninggal dunia dalam kejadian kemalangan jalan raya di Pemalang, Jawa Tengah yang berlaku pada pagi Isnin.
Tragedi malang yang berlaku sekitar pukul 3.40 pagi itu turut mengorbankan ibunya yang dikenali sebagai Anik Sulistyowati, 48.
Menurut laporan media tempatan Indonesia, Syabda dan ibunya meninggal dunia di tempat kejadian manakala bapanya, Muanis Hadi Sutamti dan dua kakaknya, Diana Sakti Anistyawati and Tahta Bathari Cahyaloka pula terselamat namun mengalami kecederaan.
Mereka sekeluarga dikatakan sedang dalam perjalanan ke Sragen bagi menghadiri majlis pengebumian nenek yang meninggal dunia pada Ahad malam.
Syabda ketika menjuarai Malaysia Internatinal Series 2022.
Syabda Perkasa Balawa merupakan pemain remaja Indonesia yang menampilkan persembahan cemerlang dalam pasukan kebangsaan Indonesia. Ketika meninggal dunia dia berada dalam kedudukan 135 dalam ranking dunia.
Imbas kembali kejayaannya, Syabda tersenarai sebagai antara pemain skuad kebangsaan Indonesia untuk kejohanan Piala Thomas 2022 ketika menentang Korea Selatan.
Syabda juga telah meraih tiga kemenangan kategori pemain badminton perseorangan di Lithuanian International 2022 dan Malaysia International 2022. Susulan kejayaan berganda pada 2022, dia turut meningkatkan prestasinya apabila meraih kejuaraan di kejohanan Iran International 2023.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perlantikan Tan Sri Muhyiddin sebagai perdana menteri kelapan Malaysia pada Ahad lalu telah menarik perhatian negara di rantau ASEAN.
Di Indonesia, Presiden Joko Widodo (Jokowi) merupakan di antara pemimpin ASEAN terawal yang mengirim ucapan tahniah kepada Tan Sri di atas perlantikan tersebut.
Tapi apa yang tak sedap didengari adalah apabila sebilangan portal di Indonesia mula mengaitkan Tan Sri kepada susur galur yang mereka percaya berasal dari negara mereka.
Menurut beberapa laporan portal di Indonesia seperti Tribun News, Sindonews dan Fajar, mereka mendakwa Tan Sri mempunyai pertalian keturunan Bugis daripada sebelah bapanya.
Manakala ibu Tan Sri pula dipercayai berasal daripada susur galur keturunan Jawa. Secara tak langsung, mereka claim bahawa pemimpin baru Malaysia itu berasal dari Indonesia sepenuhnya. Pulak dah…
Setakat ini, kesemua laporan itu adalah berdasarkan andaian mereka saja dan ia bukanlah dakwaan rasmi.
Kalau nak diikutkan, ramai saja di kalangan kita sendiri yang mempunyai pertalian darah dari Indonesia, kan? Biasalah, dah nama pun negara berjiran. Tapi tiada siapa pula nak claim..
Korang ingat lagi episod claim lain oleh Indonesia sebelum ini?