Aphasia adalah kecelaruan bahasa di mana seseorang hilang keupayaan dan kemahiran memahami bahasa, menggunakan bahasa untuk berkomunikasi, menulis atau membaca. Aphasia boleh disebabkan oleh strok, jangkitan kuman, penyakit saraf, kecederaan atau ketumbuhan pada bahagian otak yang mengawal fungsi bahasa.
Memetik data MyHealth, sebuah portal di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 25 hingga 40 peratus penghidap strok akan mengalami Aphasia. Data MyHealth menunjukkan 15 peratus individu dewasa berumur kurang daripada 65 tahun dilapor mengalami Aphasia dan peratusan meningkat 43 peratus bagi individu berumur 85 tahun ke atas.
Bagaimanapun, semua penghidap strok mempunyai risiko untuk mengalami masalah Aphasia tanpa mengira umur, bangsa, warganegara dan jantina.
Ini 3 Selebriti popular yang mengalami Aphasia
Bruce Willis
Bruce Willis bersama anak perempuannya, Rumer Willis. Foto: Getty Images
Bruce Willis bersara daripada bidang lakonan selepas disahkan menghidap afasia. Bintang filem ‘Die Hard’ itu mengalami gangguan komunikasi yang menyukarkan dia untuk mencerna atau menggunakan perkataan lisan atau tulisan.
Ads
Sharon Stone
Sharon Stone pernah menderita aphasia. Foto: Neilson Barnard/Getty Images
Pada tahun 2001, Sharon Stone telah dikejarkan ke hospital kerana strok yang menyebabkan pendarahan otak yang besar. Bintang ‘Basic Instinct’ itu mengalami pendarahan selama sembilan hari dan memerlukan terapi untuk belajar berjalan dan bercakap.
Kesukaran berjalan dan bercakap adalah beberapa gejala afasia. Sharon Stone telah menjalani terapi selama dua tahun untuk memulihkan keupayaan berjalan dan bercakap secara normal.
“Ketika itu saya dalam filem ‘Law & Order’… dan sukar membaca dialognya. Saya boleh bercakap mengenainya sekarang kerana sekarang keadaan saya baik,” tambahnya.
Ads
Emilia Clarke
Emilia Clarke pernah menderita aphasia. Foto: John Phillips/Getty Images
Tidak lama selepas penggambaran musim pertama ‘Game of Thrones’, Emilia Clarke mengalami aneurisme yang menyebabkan strok. Dia juga terpaksa menjalani pembedahan otak. Dua minggu kemudian, dia tidak ingat namanya
“Saya mempunyai keadaan yang dipanggil afasia, akibat daripada trauma pada otak yang saya alami. Pada saat yang paling teruk, saya mahu mengambil nyawa saya. Saya meminta kakitangan perubatan untuk membiarkan saya mati. Pekerjaan, semua impian saya dikehendaki, tertumpu pada bahasa dan kemahiran. komunikasi. Tanpanya saya kehilangan segala-galanya,” luah Emilia dalam esei yang ditulisnya untuk The New Yorker.
Ads
Nasib baik aphasia yang dialaminya hanya sementara. Selepas dimasukkan ke ICU semula, seminggu kemudian dia pulih dan boleh bercakap semula.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Meatballs Ikea adalah antara makanan favorite bukan hanya masyarakat Malaysia, malah boleh dikatakan hampir di seluruh negara yang mempunyai cawangan tersebut.
Namun begitu, tidak semua cawangan mempunyai item jualan yang sama, ianya tertakluk mengikut negara masing-masing.
Apa yang menarik, menu di Ikea Thailand dilihat mempunyai kepelbagaian dan sudah tentu ianya membuatkan ramai masyarakat daripada pelusuk dunia ‘iri hati’ dengan menu yang terdapat di Ikea negara tersebut.
Jom kita lihat antara menu menarik yang disediakan.
Ramai yang meninggalkan komen bahawa Ikea Thailand lebih menarik berbanding di negara mereka.
Kalau masuk 7-Eleven di Thailand pun kita dah beli macam-macam, apa lagi kalau pergi Ikea di negara mereka kan.
Namun begitu, bagi umat Islam mungkin tidak semua yang korang boleh makan, terutamanya makanan berasaskan daging. Tapi, kalau setakat aiskrim dan manisan yang dijual memang boleh buat terliur kan? Hehe!
Apa lagi, lepas ni kalau dah boleh bercuti ke luar negara bolehlah melawat Thailand dan singgah sekejap di Ikea. Hiks!
Usaha mewujudkan petisyen secara atas talian selain suara bantahan daripada bekas pelajarnya telah membuahkan hasil apabila isu pajakan tapak Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas akhirnya dilanjutkan.
Terdahulu, REMAJA difahamkan bahawa Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan telah menangguhkan tarikh pendengaran perlanjutan pegangan pajakan tanah tapak sekolah itu kepada bulan Mei, biarpun pegangan tersebut akan tamat pada 6 September 2021 iaitu kira-kira empat bulan saja dari sekarang.
Ia telah menggusarkan bukan saja pihak sekolah dan pelajarnya, tetapi juga bekas pelajar yang tampil mempertahankan sejarah sekolah serta bangunannya yang wajar dijadikan sebagai projek pemeliharaan warisan.
Justeru, pengumuman rasmi oleh Pejabat Perdana Menteri semasa yang telah mempertimbangkan permohonan Lembaga Pengelola SMK Convent Bukit Nanas untuk menyambung tempoh pegangan pajakan dilihat sebagai suatu perubahan yang positif.
Ia setelah Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan mengadakan pertemuan dengan Sister Theresa Chua Siu Yan, Lady Superior of the Society of Saint Maur.
“Setelah meneliti dan mengambil kira kepentingan sumbangan SMK Convent Bukit Nanas kepada pendidikan negara sejak 1899, kerajaan telah bersetuju supaya tempoh pegangan pajakan bagi sekolah ini dilanjutkan untuk tempoh 60 tahun.
“Kebenaran ini diberikan khusus untuk tujuan pendidikan saja.”
Pengumuman tersebut telah disambut baik oleh para alumni-nya termasuklah pelakon, Vanidah Imran dan selebriti versatil, Adibah Noor.
“Alhamdulillah. Terima kasih banyak kepada alumni, Convent school sisters, warga Johannian, Victorian, Lasallian dan kepada semua orang yang telah memberikan sokongan untuk menyelamatkan CBN. Akhirnya, kepercayaan saya kepada kekuatan suara majoriti dikembalikan,” catat Vanidah.
Dengan berita pelanjutan ini, REMAJA turut berharap agar bangunan bersejarah di Kuala Lumpur dan di seluruh Malaysia yang lain akan menerima pembelaan nasib yang sama daripada pihak kerajaan.
Contohilah bagaimana negara jiran, Singapura yang cekal memelihara sebanyak mungkin bangunan dan tapak warisan. Sehingga kini, lebih 72 buah bangunan telah digazetkan sebagai monumen kebangsaan manakala 7000 lagi bangunan dipelihara agar ia dapat disaksikan oleh generasi akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi peminat setia filem Harry Potter, mesti ramai yang tidak asing lagi dengan nama pelakon Emma Watson yang pernah menjayakan watak Hermione Granger. Akan tetapi kali ini, beliau kali ini kembali mencuri perhatian apabila dikatakan telah melanjutkan pengajian ke peringkat akademik tertinggi iaitu ijazah Doktor Falsafah (PhD) di universiti berprestij dunia, Universiti Oxford.
Menurut laporan media UK, pelakon berusia 35 tahun itu sudah pun menyelesaikan pengajian peringkat sarjana dalam bidang Penulisan Kreatif sejak September 2023. Namun kini, Emma mengambil keputusan untuk melangkah lebih jauh dengan menyambung pengajian ke peringkat DPhil iaitu versi PhD di Oxford.
Walaupun terkenal sebagai salah seorang bintang Hollywood, menurut laporan, personaliti Emma di kampus lebih dikenali sebagai seorang yang rendah diri dan mesra dengan orang ramai.
Kredit foto: Instagram Emma WatsonEmma Watson yang membuat kemunculan semula di Cannes 2025 baru-baru ini.
Menurut salah satu sumber di Oxford, ada pelajar yang memberitahu pelakon itu gemar meluangkan masa bersama pelajar lain, pergi ke acara sosial, dan kadang-kala sering dilihat berehat di kafe sambil membaca buku bersama kekasihnya.
Pada masa yang sama, beliau juga dikenali sebagai seseorang yang cintakan ilmu. Selepas berlakon dalam filem The Perks of Being a Wallflower dan Little Women, Emma seolah-olah suka mengambil masa untuk fokus pada diri sendiri dan pelajaran. Memang persis dengan watak Hermione yang dibawakannya kan!
Walaupun begitu, ini bukan bermakna pelakon berdarah Inggeris itu melupakan dunia glamor sepenuhnya. Terdahulu, pada Februari, Emma dilihat membuat kemunculan mengejut di NBA All-Star Celebrity Game yang berlangsung di California.
Selain daripada itu, selepas beberapa tahun sejak tahun 2013, Emma Watson dilihat kembali semula menjejakkan kaki buat pertama kali di Festival Filem Cannes 2025 yang berlangsung di Perancis.
Penampilan Emma di Cannes telah mencetuskan tanda tanya peminat dan ada di antara mereka yang menjangkakan sama ada sebuah projek filem baru atau hanya kemunculan istimewanya dalam festival itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!