Orang kata, masuk ke kandang kambing mengembek; masuk ke kandang kerbau menguak.
Itulah perumpamaan tepat bagi menggambarkan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkaitan pelajar asing yang ingin menuntut ilmu di negara kita. Menurut beliau, pelajar asing akan diwajibkan mempelajari Bahasa Malaysia apabila mereka mendaftar di universiti di negara ini.
Malah perkata ini turut mendapat persetujuan menteri pengajian tinggi (Noraini Ahmad) supaya subjek bahasa itu diwajibkan kepada semua pelajar asing di negara ini.
Ads
Selain itu, Akta Dewan Bahasa dan Pustaka juga akan dipinda untuk memasukkan kuasa penguatkuasaan, yang membolehkan agensi itu mengambil tindakan terhadap mereka yang meletakkan papan tanda Bahasa Malaysia yang mengandungi kesilapan.
Bercakap pada perhimpunan agung Umno, beliau memberitahu perwakilan parti mesti memperjuangkan penggunaan Bahasa Malaysia, yang beliau harap akan menjadi bahasa kedua Asean. Beliau menambah bahawa bahasa itu adalah bahasa ketujuh paling banyak digunakan di dunia, dengan lebih 300 juta orang di Asean bertutur dalam Bahasa Malaysia.
Ads
Perwakilan Perak, Azhar Ahmad, sebelum ini berkata keperluan untuk menguasai Bahasa Malaysia adalah penting kerana ia adalah antara 10 bahasa paling popular di dunia. Ismail telah mendorong penggunaan bahasa yang lebih meluas di peringkat antarabangsa, dan berkata bulan lalu bahawa pegawai kerajaan mesti menggunakan Bahasa Malaysia apabila berucap di persidangan dan pertemuan lain di luar negara.
Untuk info, ini bukannya sehari dua kerajaan Malaysia mengajak rakyat untuk memperkasakan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu. Malah, pelbagai kempen pernah dianjurkan saban tahun agar rakyat sedar kepentingan bertutur dalam satu bahasa kebangsaan terhadap perkembangan sosial dan memupuk semangat nasionalisme yang seharusnya ada dalam diri setiap daripada kita.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pakar perubatan kelahiran Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri sering berkongsi dengan netizen isu berkaitan perubatan menggunakan laman sosial medianya.
Terbaru, menggunakan aplikasi Question di laman Instagram, dia meminta netizen berkongsi mitos perubatan yang sering didengari di mana dia akan memberikan komen mengenai perkara tersebut.
Percaya atau tidak, banyak juga mitos perubatan yang selama ini yang kita ingatkan betul namun sebenarnya salah sama sekali.
Moga-moga dengan perkongsian Dr Amalina ini dapatlah memberikan sedikit manfaat kepada netizen ya. Moga-moga selepas ini tak adalah muncul mitos yang pelik-pelik lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Zoo Negara yang asalnya dulu selalu menjadi tarikan para pelancong dari dalam dan luar negara kini telah menjadi tempat untuk bersanding juga.. Kalau dulu masa korang kecik, selalu datang nak tengok haiwan, sekarang boleh tengok pengantin bersanding sekali! Dua pasangan pengantin ini yang juga merupakan kakitangan di Zoo Negara telah diraikan didalam sebuah upacara Walimatul Urus – Raikan Cinta yang berlangsung pada hari ini bertarikh 9 April 2021.
Dua pasangan yang bernama Mohd Hafizi Azahari dengan Mustaza Syirin Mustafa dan Mohamad Rafiq Syafiq Mohamad Salehuddin dengan pasangannya Nursyahidah Ismail telah diraikan di Panggung Tunku Abdul Rahman yang bertempat di Zoo Negara.
Sumber foto: Sinar Harian
Disebabkan PKP yang lama baru-baru ini, pendapatan Zoo Negara telah terjejas, lalu mereka mengambil inisiatif ini untuk menjana pendapatan mereka untuk menampung perbelanjaan Zoo tersebut. Mengikut Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata ianya akan menjadi sebagai produk pemasaran untuk mempromosikan pakej perkahwinan di Zoo Negara. Dia juga berkata tetamu yang hadir akan diberikan 50 peratus diskaun tiket kemasukan ke Zoo Negara pada hari berkenaan.
Walau bagaimanapun, mereka masih dalam perancangan untuk mengadakan idea ini dijangka selepas Aidilfitri nanti, dan jika mereka boleh mengadakan majlis perkahwinan di Dewan Kancil, Zoo Negara, mereka akan mengkaji terlebih dahulu tentang prosedur operasi standard (SOP) yang bersesuaian untuk tetamu yang akan hadir.
So, lepas ni kalau korang datang Zoo Negara nampak pengantin tengah berjalan, jangan terkejut ye! Dorang bukan datang untuk nak photoshoot tapi untuk bersanding dekat sana!
Mulai 1 Januari 2020, larangan peraturan merokok berjarak 3 meter atau kira-kira 10 kaki dari lokasi kedai makan akan mula dikuatkuasakan.
Selepas pihak kerajaan memberi masa setahun untuk mendidik masyarakat mengenai bahaya asap rokok yang boleh mengakibatkan orang sekeliling sakit selain perokok sendiri, kurang dari lapan hari peraturan ini akan berkuatkuasa sepenuhnya tanpa krompromi lagi.
Bersedialah untuk membayar saman RM250 jika tertangkap merokok di semua kedai makan yang telah diwartakan dan jika gagal membayar jumlah kompaun untuk satu tempoh ditetapkan, bersedialah membayar tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun jika sabit kesalahan seperti disabitkan di mahkamah.
Wow, boleh tahan jumlahnya dan REMAJA saja nak syerkan ingatan ini agar tiada yang “menangis” bila kena denda nanti.
Isu kedai makan bebas dari asap rokok ini pernah mendapat liputan meluas apabila sebahagian masyarakat terutama dari kaum ibu yang membawa anak-anak kecil merasa lemas apabila kepulan asap-asap rokok berada di sekeliling mereka apabila mengunjungi premis menjual makanan.
Malah jika dahulu kelihatan ramai perokok yang menjarakkan diri (berada 3 meter dari lokasi kedai) tetapi hari ini fenomena itu sudah menjadi biasa kerana ramai yang selamba merokok dalam kedai makan biarpun sudah ada tanda LARANGAN MEROKOK DI PASANG DI DINDING KEDAI.
Sikap “takut seketika” pada peraturan yang pada awalnya nampak tegas tetapi nampaknya kerajaan masih lagi ingin mendidik masyarakat untuk memahami bahaya merokok ini. Tetapi nampaknya penguatkuasa ini akan mula diguna pakai bermula 1 Januari 2020.
Ingat ya, jangan buat hal. RM250 tu, banyak tu bagi orang bujang. Kalau beli rokok seludup pun baru berharga RM4. Tapi kalau yang dah berkahwin kena, mahu “perang” dengan isteri sebab nak beli susu anak pun dah lari sebab bayar denda.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...