Drama bersiri popular Money Heist akan memasuki musim tayangan kelima yang akan disiarkan mulai esok. Drama itu akan ditayangkan dalam dua bahagian dengan bahagian pertama sebanyak lima episode dan bahagian kedua akan diterbitkan pada 3 Disember.
Money Heist merupakan drama bersiri Sepanyol yang ditayangkan kali pertama pada tahun 2017. Ia menceritakan tentang sebuah kes rompakan bank yang dirancang penuh teliti oleh ketuanya, Profesor. Drama bersiri ini juga berjaya memecahkan rekod apabila berjaya meraih tontonan paling tinggi dalam saluran Netflix.
Apa yang menariknya, penyayi popular Malaysia, Yuna dilihat telah merakamkan lagu Bella Ciao dengan diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia. Cover lagu tersebut telah dimuat naik di laman Instagram Netflix dan mendapat perhatian serta maklum balas positif daripada warganet.
Konsert Noah Live in KL yang melabuhkan tirainya pada Ahad lalu masih menjadi topik perbualan ramai peminat setia kumpulan Peterpan dan Noah yang menanti-nantikan kemunculan mereka di ibu negara.
Ramai juga kelibat selebriti tempatan dilihat menghadiri konsert yang dilangsungkan di Zepp KL itu demi menyaksikan Noah mendendangkan 16 buah lagu termasuklah beberapa lagu popular yang dibawakan oleh Peterpan.
Ini termasuklah bekas finalis pencarian Dewi Remaja 2018/2019, Zeera Azizi yang menghadiri konsert tersebut bersama adiknya yang juga merupakan seorang pelakon, Neera Azizi.
Cuma apa yang membezakan mereka berdua ini dengan selebriti serta penonton lain adalah mereka berjaya mendapatkan tiket percuma daripada vokalis Noah sendiri, Ariel!
Menerusi hantaran yang kini tular di akaun TikTok Zeera, dia yang kini kembali bergelar pramugari di sebuah syarikat penerbangan komersil telah berkongsi paparan tangkap layar mesej daripada Ariel yang menyerahkan tiga tiket konsert kepadanya.
“Hi Zeera, got your 3 tickets. Nanti ketemu sama dia di venue sekitar pukul 7.30 malam,” tulis Ariel menerusi DM di Instagram.
Peluang tersebut tidak dilepaskan oleh Zeera sekaligus dapat bertemu Ariel dan ahli kumpulan Noah lain di belakang pentas dengan menggunakan pas ‘GUEST’.
“Alhamdulillah, rezeki. Harap dapat jumpa Noah lagi pada tahun hadapan.
“Saya simpan sini untuk kenangan terindah,” catat si tinggi lampai ini.
Biasalah, bila ramai yang tidak mendapat peluang yang sama untuk menonton Noah secara langsung; ruangan komen pada hantaran tersebut dihujani dengan komen berbaur cemburu.
Malah ada yang merasakan pemberian tiket secara percuma ini tidak adil. Eh, begitu pula.
“Arghh tak fairrrr.”
“But how can?!! Urghhhh bestnya famous. I hardcore fans boriel kot haihzzz.”
“Hmm thanks buat i jeles.”
“Share ayat macam mana nak dapat tix free.”
“Ok next konsert XPDX aku nak DM Mael buat sama.”
Ada juga secara berseloroh mengatakan ingin menghantar mesej ke DM penyanyi jelita dari Indonesia, Mahalini Raharja yang juga merupakan kekasih Rizky Febian. Ia dibalas semula oleh Zeera dengan ucapan ‘goodluck!’.
Tidak kurang juga yang gembira di atas rezeki yang diterima oleh Zeera dan dua lagi jemputan yang menerima tiket percuma itu.
Terdahulu, Zeera pernah tular setelah dapat menyaksikan pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo secara ‘live’ di stadium Old Trafford pada Mac lalu.
P.S: Ariel dan ahli kumpulan Noah memang tak tua-tua ya wajahnya. Kekal je awet muda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramadan bulan yang amat dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam yang tahu nikmat yang akan mereka peroleh jika merebutnya.
Korang tahu tak yang Ramadan ini begitu istimewa berbanding bulan-bulan lain. Ia bulan pengampunan, bulan penuh keberkatan, bulan penuh kerahmatan. Apa sahaja kebaikan yang kita lakukan, maka Allah akan melipat gandakan pahalanya. Sebab itulah Ramadan ini begitu istimewa dan setiap hamba Allah amat tertunggu-tunggu kedatangan Ramadan.
Perkongsian dari fb Sahabat Pencinta Zikir, Doa dan Amalan mengenai kisah seorang jutawan yang punya banyak duit namun memilih berbuka di masjid antara kisah menarik yang boleh kita kongsikan bersama-sama. Walau punya banyak duit namun dia memilih untuk berbuka di masjid kerana sebab satu ini.
KISAH JUTAWAN HARI2 BERBUKA PUASA DI MASJID
Satu hari dalam bulan Ramadhan seorang jutawan ajak saya berbincang berkenaan bisnes di sebuah hotel terkemuka. Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Saya bertanya kepada tuan haji jutawan ini,
“Tuan sempat ke nanti nak balik berbuka? Berbuka di sini ya”
Beliau jawab,
“Insyaa ALLAH sempat, saya dan keluarga tak berbuka di rumah atau hotel, bulan puasa kami semua ke masjid setiap kali berbuka”
Saya kehairanan lalu bertanya kenapa…
Beliau menjawab : “Waktu berbuka adalah waktu paling mustajab doa, tapi kat rumah orang sibuk nak siap makan berbuka, sibuk nak layan anak, sibuk nak layan macam-macam … tengok-tengok dah azan… RUGI!!! ”
“Setakat ni saya tengok, semua doa yang saya minta masa dekat nak berbuka, Alhamdulillah makbul. Saya minta ALLAH bagi 40 Master Coordinator, salah satunya saya minta masa nak berbuka, selain di Makkah, Alhamdulillah makbul”.
Berdoa di ambang waktu berbuka puasa adalah antara waktu yang paling makbul doanya.
“RUGI sangat kalau waktu berbuka kita sibuk pasal makan, sedangkan masa tu ALLAH sangat nak kabulkan doa orang yang puasa”
Tambah beliau dalam loghat Utara…
“Kalau di masjid, makanan ada AJK sediakan, kita FOKUS pada DOA, di masjid saya ajak anak-anak berdoa setengah jam sebelum berbuka. Doalah sampai menangis, mengalir air mata, sampai dengar azan Maghrib… ”
“Spend sikit duit untuk sedekah ke masjid untuk belanja orang berbuka masa Ramadhan, pahala puasa dia kita dapat, pahala dia tak kurang sikit pun… Allahu Akbar.. !!!” kata beliau lagi…
“Buatlah… In sya ALLAH lain you rasa dan Insyaa ALLAH apa hajat you akan tercapai… Insyaa ALLAH ” akhiri beliau. Saya senyap sepanjang perbualan.
Tergamam dengan hidayah yang ALLAH bagi melalui tuan haji jutawan tersebut.
Satu perasaan sebak menyelinap dalam hati.
Beliau seorang jutawan, tiada masalah untuk beliau mendapatkan hidangan mewah 5 bintang di hotel-hotel terkemuka atau menyediakan makanan lazat untuk seisi keluarga berbuka puasa semasa Ramadhan. Tapi beliau memilih untuk mengajak ahli keluarga “mengejar” bonus rahmat ALLAH yang ALLAH sediakan seluasnya saat hampir waktu berbuka.
Saya terbanding diri saya dengan beliau.
Saya rasa malu pada ALLAH waktu itu, ya memang setiap kali berbuka saya sibuk dengan persiapan dan finishing last minit, buah lah, air lah, kuih tak potong lagi lah, cedok nasi lah.
Memang hal kecil-kecil ni tak sengaja menyibukkan saya setiap kali berbuka di rumah sendiri. Lalu akhirnya saya decide untuk CHANGE !
1) Saya DECIDE untuk berbuka di masjid pada Ramadhan tahun itu juga.
2) Saya DECIDE untuk pindah ke rumah yang dekat dengan masjid, Alhamdulillah… ALLAH kabulkan doa ini, yang saya minta saat menjelang waktu berbuka.
Terima kasih tuan haji jutawan atas tarbiyah yang tuan sisipkan. Sampai hari ni saya amalkan, berlimpah ruahlah pahala buat tuan…
Semoga sharing saya ni menjawab persoalan tentang kenapa saya memilih untuk berbuka di masjid. Ramadhan ni lah nak harap rahmat ALLAH bagi bonanza pahala pada mana-mana amal soleh yang DIA suka dan redha bila saya buat. Saya berdoa agar setiap amal soleh saya diterima oleh ALLAH walau banyak cela dan tak sempurna.
Dipersilakan kongsikan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cumanya, kali ini lain sedikit ceritanya. Bukan selebriti tempatan yang diperkatakan dengan ‘imej baharu’ tetapi ia merupakan pelakon Hollywood popular, Jada Pinkett Smith!
Ibu kepada Jaden Smith dan Willow Smith itu telah mengejutkan ramai pihak terutamanya di kalangan peminatnya di negara majoriti Islam.
Menerusi muat naik di Instagram rasmi beliau, Jada seperti berada di atas trek balapan dan mengenakan balutan hijab berwarna jingga bersama baju T putih, jaket denim lengan panjang serta sarong bercorak batik!
Wow, orang Malaysia pun ada yang tak memakai batik seperti ini, tapi Jada sendiri memilih batik untuk dipakai sebagai sarong.
Muat naik tersebut berbunyi, “Apabila kamu di (negara) Timur Tengah melihat Will Smith berlari pada waktu pagi, saya pula dalam mood ‘non glamour glory’ dan Jas Davis ingin merakamkan momen ini..”
Nampaknya, spekulasi yang hangat diperkatakan di media sosial seperti Jada telah memeluk agama Islam atau Jada berniat untuk mengubah imejnya tidaklah tepat.
Jada sekadar ingin menghormati cara pemakaian masyarakat di Timur Tengah.
Begitupun, warganet tampil memuji imej tersebut dengan berkata bahawa Jada peka dengan sensitiviti masyarakat di sana yang tidak berpakaian menjolok mata biarpun berlaianan kepercayaan agama.
Selain itu, ada juga warganet Indonesia yang mula meletakkan ‘claim’ bahawa fabrik batik berasal dari negara mereka. Haihh..
Apapun, ini bukanlah kali pertama selebriti antarabangsa mengenakan hijab untuk tujuan bergambar.
JALEN Star Chef 2 melabuhkan tirai dengan penuh gemilang di UiTM Puncak Alam apabila Nur Syafikah Nazurah dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan sembilan finalis terbaik dari seluruh negara.