Bagaikan tradisi tahunan, demi menghargai pasukan yang telah menabur khidmat dalam menjayakan perniagaannya, pempengaruh media sosial dan usahawan berjaya, Khairul Aming Bin Kamaruzzaan, atau lebih mesra disapa sebagai Khairul Aming menyantuni para pekerjanya.
Rajin memberikan penghargaan kepada pekerjan, terbaru semua pekerjanya diberikan ganjaran yang selayaknya sesuai dengan tugas mereka termasuk bonus. Malah, Khairul Aming telah meraikan 100 orang pekerjanya dengan membawa mereka membeli baju raya.
Dalam video yang dimuatnaik di laman X itu, ia juga memperlihatkan semua pekerja diberikan bonus sempena hari raya dan dibawa berbuka di sebuah hotel.
“Seterusnya kita pergi kilang pula, masa ni yang mereka semua nantikan sebab kita nak bagi duit raya dekat semua staf dan masa ni muka mereka dah tersenyum dah.
“Kita kongsi rezeki dengan harapan duit raya ni boleh bantu mereka untuk buat persediaan raya dengan keluarga juga nanti.
“Lepas tu kita pergi hotel untuk majlis berbuka puasa pula,” katanya.
Sementara itu, Khairul Aming juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokongnya selama ini.
Ads
Lebih menarik, mereka juga akan pergi bercuti selepas raya. Namun, Khairul Aming tidak mendedahkan lokasi percutian itu.
“Terima kasih kepada semua orang yang sokong perniagaan kita selama ni dan kami dari team Sambal Nyet dan Dendeng Nyet ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada anda semua,” katanya.
Semalam kita tutup kedua-dua kilang Nyet untuk meraikan 100 orang staff. Kita bawa semua shopping baju raya, beli barang dapur untuk persiapan raya dengan family, bagi bonus duit raya dan juga buka puasa kat hotel. Lepas raya nanti kita pergi bercuti pulak 😁 pic.twitter.com/vmMP5xFmGX
1. Influencer cerdik pandai dan sangat mementingkan pendidikan.
2. Khairul Aming pelajar lepasan Vanderbilt University, US dalam bidang kejuruteraan. Major Mechanical Engineering dan minor dalam Material and Science Engineering.
3. Setiap semester dapat anugerah DEKAN. Malah menjadi Presiden Persatuan Pelajar Malaysia. Bukan biasa2 background anak muda ni dalam pendidikan.
Ads
4. Khairul Aming memulakan kerjaya sebagai Engineer dalam bidang Oil & Gas dan seterusnya beralih ke bidang Logistik.
5. Pada usia 25 tahun, Khairul Aming start BERNIAGA. Awalnya jual Healthy Meal, namun perniagaan itu gagal. Kemudian Jual Baju, juga tidak berjaya. Khairul Aming juga pernah jual template resume, pun kurang berjaya.
6. Khairul Aming minat memasak. Maka suatu hari beliau putuskan nak upload video memasak kat YouTube. ‘Rasapop’ nama channel YouTube.
7. Dalam masa setahun sahaja channel YouTube beliau mencapai lebih 500k followers.
8. Dengan bilangan followers lebih setengah juta, beliau yakin akan berjaya jika jual sambal. Beliau guna semua saving untuk mulakan perniagaan sambal ini, namun gagal lagi.
9. Dari kegagalan itu beliau mula menjenamakan diri beliau sebagai Khairul Aming. Tidak lagi menyorok di belakang nama Rasapop. Selepas itu beliau menonjolkan diri dalam setiap video masakannya.
10. Penjenamaan semula ini berjaya meraih 3 juta followers di Instagram beliau. Dari situ beliau mengumpulkan semua kekuatan untuk bermula sekali lagi.
11. Setelah hampir 10 tahun beliau berusaha gigih dan melalui banyak dugaan, akhirnya Sambal Nyet berjaya mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
12. Jualan Sambal Nyet beliau laris dan beliau meraih RM1juta dalam tempoh 4 bulan dan pada sale tahun pertama ialah sebanyak RM8.6 juta!
13. Tahun lepas semasa bulan Ramadhan beliau tutup kilang sambal awal walau permintaan sedang tinggi semata-mata nak bawa semua 60 orang staff beliau shopping baju raya, berbuka di hotel dan bonus RM3,000 setiap seorang. Fuh, lumayan!
14. Tahun 2021, beliau menyumbang RM10,000 kepada Palestin. Tahun lepas pula, Khairul Aming menyumbang RM100,000 kepada Palestin melalui NGO Cinta Gaza Malay
Dari golongan muda sehinggalah tua, siapa sahaja yang tidak mengenali Khairul Aming, seorang pempengaruh media sosial yang sangat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Suatu ketika dahulu video ketika dia masih kanak-kanak pernah viral di kalangan peminat bola sepak tempatan. Aksi liciknya menggelecek pihak lawan yang badan bersaiz lebih besar pernah menjadi bualan pengikut bola sepak Malaysia.
Wan Kuzain Wan Kamal merupakan pemain bola sepak profesional berketurunan Malaysia atau lebih tapt berdarah Melayu Kelantan yang kini beraksi untuk pasukan Sporting Kansas City.
Pemain bola sepak yang digelar ‘Malaysian Messi’ oleh pasukannya ini dilahirkan di Carbondale, Illinois, Amerika Syarikat. Kedua ibu bapanya merupakan warganegara Malaysia yang telah lama menetap di sana.
Pada musim 2018, karier profesional pemain yang baru berusia 19 tahun ini telah melangkah ke satu peringkat yang lebih tinggi.
Dan semalam sejarah tercota buat anak muda ini selepas dia berjaya melakukan jaringan ketika pasukannya berdepan dengan pasukan Minnesota United. Dalam perlawanan tersebut pasukannya telah menewaskan pasukan lawan dengan jaringan 4-1.
Kejayaan Wan Kuzian ini turut diraikan oleh kelabnya yang memuat naik video jaringan tersebut. Berita tentang kejayaan Wan Kuzian juga telah mendapat pujian daripada netizen-netizen khususnya peminat bola sepak tempatan.
Mungkin ada yang tidak tahu dia sebenarnya pernah mewakili kuad bawah 17 tahun Amerika Syarikat serta pernah berlatih dengan kelab profesional Belanda iaitu Feyenoord.
Kejayaan Wan Kuzain ini sekali gus membuktikan bahawa tiada perkara yang mustahil yang boleh dicapai jika cita-cita disatukan dengan usaha dan berada di bawah pengurusan bola sepak yang baik.Tahniah buat Wan Kuzain!
Sebuah lagi perkahwinan diraja atau royal wedding berlangsung. Tetapi kali ini ia bertempat di Malaysia dan bukannya di United Kingdom.
Sudah lama kita tak melihat perkahwinan seglamor ini berlangsung di sini. Kali terakhir ia mendapat liputan menyeluruh adalah semasa Faliq Nasimuddin mengahwini Chryseis Tan. Atau semasa Tengku Shariffuddin Shah mengahwini Che Puan Juliana Evans.
Kelmarin telah menyaksikan majlis resepsi nan glamor di antara Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan dan Yang Mulia Tengku Abu Bakar Ahmad.
Bertempat di Hotel Shangri La Kuala Lumpur, majlis tersebut dihadiri oleh kerabat diraja, tetamu VIP, kenalan rapat pengantin berdua dan ahli keluarga. Tapi dalam ramai-ramai tu, ada juga para selebriti atau personaliti popular yang turut dijemput dan hadir.
Jom tengok siapa mereka dan bagaimana OOTD masing-masing..
Tahun 2025 mencatatkan satu pencapaian bersejarah buat Universiti Malaya (UM). UM telah melonjak ke tangga ke-58 dunia, peningkatan tujuh anak tangga daripada #65 tahun 2024 dan sepuluh anak tangga daripada #70 tiga tahun lalu dalam QS World University Rankings 2026.
Berita gembira ini dikongsi sendiri oleh Universiti Malaya menerusi laman Facebook rasmi milik mereka, yang mengumumkan pencapaian cemerlang UM apabila berjaya melonjak ke tangga ke-58 dunia dalam QS World University Rankings 2026.
Itu merupakan kedudukan tertinggi pernah dicapai dalam sejarah penubuhan universiti tersebut. Pengumuman itu turut disertai dengan ucapan penghargaan kepada seluruh warga universiti yang telah bersama-sama menyumbang kepada kejayaan gemilang ini.
“Pertama kali dalam sejarahnya, Universiti Malaya (UM) dengan penuh bangga menduduki tempat ke-58 dunia, menandakan satu pencapaian bersejarah dalam QS World University Rankings 2026, kedudukan tertinggi yang pernah diraih oleh UM.
“Pencapaian ini bukan sekadar angka semata-mata, tetapi merupakan hasil daripada komitmen tanpa henti, reformasi strategik, serta usaha kolektif seluruh komuniti UM, ahli akademik, penyelidik, pelajar dan staf. Bersama-sama, kita membina masa depan yang berasaskan kecemerlangan, integriti dan impak global.
RANKING UNIVERSITI MALAYA
“UM kini mendahului negara dalam 5 daripada 9 indikator utama QS iaitu: Reputasi Akademik dan Majikan, Hasil Pekerjaan, Rangkaian Penyelidikan Antarabangsa, serta Kelestarian.
“Naib Canselor, Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, mendedikasikan kejayaan ini kepada semua yang menjayakannya, sambil menegaskan kembali misi UM untuk memacu perubahan positif demi negara dan kemanusiaan. Ini baru permulaan dan belum sampai kemuncak,” jelasnya.
Ranking Universiti Malaya ini menjadi lambang pencapaian anak bangsa dan bukti bahawa institusi tempatan mampu mencapai taraf antarabangsa.