Bagai Puteri Gunung Ledang, Sentuhan ‘Magis’ Alha Alfa Buat Isteri

Share

Tak habis lagi rupanya majlis resepsi Datuk Alha Alfa dan isteri. Terbaru persandingan yang diadakan pada hujung minggu lepas, Alha Alfa mengetengahkan tema seakan Puteri Gunung Ledang. Perfect majlis Datuk Alha ni, sememangnya cantik serta kelihatan begitu klasik.

Pelamin dan juga busana yang digayakan sangat mencuri perhatian seolah-olah raja dan permaisuri zaman dahulu kala.

Sentuhan Suami

Menariknya, Datuk Alha sendiri telah menyolek sendiri isterinya sehingga kelihatan benar-benar seperti seorang permaisuri raja.

Aduhh manisnya!

Indah mengenakan pakaian berona kuning seakan warna diraja, Alha Alfa atau nama sebenarnya Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil dan isteri Datin Noor Azlin Ismail dilihat begitu secocok bersesuaian gelaran raja sehari kepada pasangan mempelai.

So kalau korang nak tiru cara solekkan ala Puteri Gunung Ledang ni Datuk Alha siap share live video!

Cantikkan hasil solekan ni…

Untuk info, Datuk Alha dan pasangan telah diijab kabulkan pada 28 September lepas selepas bertunang pada penghujung tahun lalu.

Alha yang juga merupakan jurumekap kepada artis-artis popular Tanah Air telah bertemu jodoh dengan seorang model yang pernah bekerjasama dengannya sebelum ini.So korang try la look yang dikongsilan oleh Datuk Alha ni…Mungkin korang pun boleh jadi persis Puteri Gunung Ledang. Hiks!

Sumber : Instagram, Facebook Alha Alfa

IKLAN