
Jika sebelum ini Bae Suzy dipuji kerana menggayakan hijab pemberian peminatnya, kini aktres Korea tersebut sekali lagi mendapat pujian netizen apabila dia memuat naik foto berhijab di laman instagramnya.
Khabarnya, Suzy memakai hijab kerana sedang menjalani penggambaran drama Vagabond di Morocco.
Foto yang mendapat lebih daripada 80 ribu komen dan hampir 1.5 juta tanda suka ini jelas menunjukkan bahawa ramai yang memuji kecantikan apabila gadis Korea ini berhijab.

Malah, ramai juga yang mendoakan agar Suzy terus istiqamah.
Hm, tak sabar nak tunggu kemunculan drama baru Vagabond!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
5 Kelengkapan Kalis Air Wajib Korang Bawa Untuk Percutian Pulau

Bercuti ke pulau merupakan antara aktiviti percutian yang paling popular di kalangan remaja. Apatah lagi di negara kita sendiri terdapat banyak pulau-pulau cantik yang turut diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Dan bila bercakap tentang percutian ke pulau pastinya kita akan terus terbayang dengan pelbagai aktiviti sukan air seperti aktiviti selaman snorkeling, main jet ski dan pelbagai water sport lain.
Itulah merupakan antara aktiviti wajib dilakukan bila kita bercuti ke pulau. Tak sah rasanya kalau pergi ke pulau tanpa melakukan apa-apa aktiviti berkaitan dengan air. Paling tidak pun bermandi-manda di pantai berdekatan dengan hotel.
Untuk menyenangkan dan memberikan keselesaan pastinya pelbagai kelengkapan seperti hajet dan barang keperluan yang lain memmpunyai elemen atau sifat kalis air.
Jadi apakah barang kalis air yang perlu kamu ada? Jom ikuti perkongsian istimewa daripada Remaja kali ini.
Telefon Pintar

Pada masa sekarang sudah banyak jenama pengeluar telefon pintar memperkenalkan produk yang kali air. Sebagai contoh iPhone X yang terbaru mempunyai tahap water resistant yang baik. Begitu juga dengan beberapa telefon pintar yang lain seperti Samsung S9, Google Pixel 2, LG G6 dan Huawei Mate 10 Pro.
Jam GPS

Selain telefon pintar, jam GPS juga merupakan antara peranti yang sangat penting untuk kamu bawa. Ini terutamanya bagi penggemar aktiviti larian. Dalam keadaan cuaca tropika di mana bila-bila masa sahaja boleh hujan, kamu memerlukan jam GPS yang mempunyai ketahanan air yang baik. Malah, untuk aktiviti sukan air juga kamu tidak perlu membukanya dari tangan.
Beg kering kalis air

Ini yang paling penting sekali. Beg ini memang betul-betul kalis air. Terdapat pelbagai jenis saiz yang boleh kamu dapatkan di pasaran. Bila melakukan aktiviti snorkeling contohnya kamu pasti mahu beg yang boleh menyimpan pelbagai barang peribadi dengan baik dan mengelaknya terkena air.
Kasut kalis air

Ia adalah antara keperluan yang bersifat optional. Jika tidak mahu kaki sentiasa basah, kamu bolehlah dapatkan kasut kalis air. Aktiviti dalam air yang kadangkala mengambil masa yang lama boleh membuatkan jari kaki menjadi kecut. Ia juga boleh elakkan kaki kamu cedera bila melakukan aktiviti di kawasan mempunyai terumbu karang.
Speaker mudah alih

Sambil bergembira mandi-manda boleh layan lagu-lagu favorite menerusi pembesar suara mudah alih ini! Antara produk terbaru yang kini mendapat tempat di hati penggemar aktiviti suka air ialah pembesar suara yang mempunyai connection blutooth atau Wi-Fi. Terbaru, produk dari Ultimate Ears iaitu Waterboom telah diperkenalkan di Malaysia oleh Hot Gadgets Distribution. Mereka bertindak sebagai wakil jualan tunggal jenama Ultimate Ears di Malaysia.
Pada majlis pengenalan Hot Gadgets Distribution bersama media hari ini di Sunway Lagoon, mereka mengumumkan tiga jenama iaitu Ultimate Ears, Geneva dan A&S dibawakan eksklusif hanya menerusi pihaknya. Sebelum ini, Hot Gadkets turut menjadi pengedar tunggal bagi jenama audio multimedia antarabangsa seperti AKG, JBL dan Harman Kardon.

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
10 Sebab Taman Rekreasi Terbaru KL Ini Awesome Untuk Dikunjungi

Bosan dengan aktiviti yang sama setiap hujung minggu?
Shopping, makan di kafe hispter mahal yang tak berapa nak sedap, tengok movie, shopping lagi dan akhirnya, hujung minggu dibazirkan begitu saja?
Apa kata korang jadikan hujung minggu ini sebagai masa terbaik untuk pergi ke tarikan terbaru di Kuala Lumpur iaitu ’99 Wonderland Park’ di Tasik Sri Murni, Selayang.
Selalunya kita dengar mengenai Taman Tasik Perdana atau Taman Tasik Titiwangsa je kan. Setelah sekian lama, ada taman tarikan terbaru untuk penduduk Kuala Lumpur nikmati. Ini dia 10 SEBAB utama ia cukup awesome untuk dilawati.
01
’99 Wonderland Park’ merupakan taman rekreasi yang dipulih-semula. Daripada sebuah tasik keruh yang terbiar, ia berubah imej sebagai sebuah kawasan yang menjadi tular di media sosial. Kreatif pemaju ni.

02
Ia merupakan taman rekreasi bertasik pertama di Kuala Lumpur yang mempunyai lampu LED.

03
Ada perkhidmatan ’99 Jetty & 99 Cruise di sini untuk korang beriadah di tasik tersebut. Lebih murah rasanya berbanding cruise lain di sekitar Lembah Klang.

04
Ada juga taman ‘Deer Yard’ yang memaparkan binaan rusa batu. Kalau dah nak sampai perayaan Hari Natal nanti, boleh lah buat photoshoot dekat sini. Pakai baju Santa okay!

05
Terdapat PELBAGAI jenis dan spesis burung yang diternak di sini. Ia termasuklah burung merak dan flamingo.

06
Spesis berbulu comel pun ada dibela di dalam kandang. Banyak boleh belajar tentang haiwan comel ni, penulis pun kenal arnab je. Yang lain tak sure dari spesis apa.


07
Ada 2 ‘monumen’ dinosaur di sini berketinggian 3.5 meter. Terletak di bulatan T-Rex Ring, macam-macam GIF yang korang boleh rekod dengan dinosaur ini.

08
Pada waktu malam, pemandangan sekitar ’99 Wonderland Park’ ini akan berubah sangat cantik disebabkan adanya lampu LED terutamanya di ‘Sky Fountain’.

09
Ada juga pagar untuk korang kuncikan ‘lock heart’ di sini.

10
Masuk adalah PERCUMA sehingga 13 APRIL tahun ini untuk semua warga negara Malaysia yang memegang MyKad.

’99 Wonderland Park’ dibuka dari jam 6 petang sehingga 9.30 malam (Isnin – Khamis) dan dari 6 petang sehingga 10 malam (Jumaat – Ahad).
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jungkook BTS Tewaskan Taylor Swift! Raih 15 Juta Penstriman Di Spotify Menerusi ‘Seven’

Dominasi penyanyi K-pop di carta lagu hit antarabangsa diperkukuhkan dengan kejayaan single solo terbaru nyanyian ahli kumpulan BTS, Jungkook.
Menurut carta lagu Teratas Global Spotify, Jungkook yang baru sahaja menemui peminat menerusi lagu berjudul Seven dengan kolaborasi bersama Latto pada 14 Julai 2023 telah meraih sebanyak 15,995,378 juta penstriman di platform tersebut dalam masa sehari!

Jungkook sekaligus menjadi artis lelaki pertama dari mana-mana negara yang meraih jumlah penstriman sebanyak itu dalam tempoh 24 jam. Dia juga secara tidak langsung mengenepikan rekod yang pernah dicatatkan oleh Taylor Swift menerusi lagu Lavender Haze, tidak lama dahulu.
Spotify juga mengesahkan Jungkook sebagai penyanyi solo K-pop pertama yang berjaya menduduki tempat pertama pada hari pertama lagu diluncurkan dalam carta Lagu Teratas Global Spotify. Sebelum ini, rakan kumpulan BTS-nya, Jimin sekadar menduduki tempat kedua menerusi lagu solonya, Like Crazy sebelum ia naik ke tempat pertama sehari kemudian.
Hebat juga penangan lagu Seven ya!
Selain Seven, dua lagi lagu solo Jungkook yang telah diluncurkan tidak lama dahulu masih berada dalam carta Lagu Teratas Global Spotify. Still With You berada di kedudukan ke-54 manakala My You pula di tangga ke-113.
Dalam pada itu, di platform YouTube pula, video muzik bagi Seven telah meraih jumlah tonton tertinggi dalam masa 24 jam. Kegilaan para peminat BTS yang menggelar diri mereka sebagai ARMY membantu kejayaan luar biasa tersebut; disamping tarikan jelitawan, Han So Hee yang menjadi model dalam video muzik tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: DAEBAK! Jungkook BTS Bintang K-Pop Paling Disayangi Peminat – REMAJA
BACA LAGI: 5 Fakta Jungkook BTS Diancam ‘Sasaeng’, Peminat Gesa HYBE Bertindak Tegas – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

