Tidak percaya bahawa dirinya dinobat sebagai Hero Confident NIVEA Men bagi edisi kesepuluh pencarian Hero Remaja, Aniq Suhair, 20 pantas memanjatkan kesyukuran kepadaNya.
Walaupun tidak berjaya mara ke peringkat finale, pelajar ini mampu untuk memintas populariti 11 rakan finalis yang lain apabila merebut kategori yang ditentukan 100 peratus hasil undian peminat itu.
“Sebenarnya, saya langsung tak sangka akan memenangi kategori Hero Confident NIVEA Men ini. Saya rasakan hero-hero lain juga mendapat undian pada setiap hari.
“Jadi bila kemenangan berpihak kepada saya, saya hanya boleh ucapkan Alhamdulillah dan berterima kasih kepada penyokong. Tanpa beraksi di pentas finale, sekurang-kurangnya saya berjaya membawa satu pengiktirafan lain.
“Honestly, saya tidak mempunyai sebarang strategi untuk meningkatkan jumlah undian. Semua itu adalah inisiatif penyokong sendiri yang tidak berputus asa memberikan dorongan kuat buat saya,” katanya.
Ads
Mempunyai kelab peminatnya sendiri iaitu aniq.atlanteans, Aniq berpendapat merekalah yang menjadi tulang belakang kejayaannya itu.
Jika dahulu semasa peringkat ujibakat, Aniq hanya memiliki lebih kurang 5,000 pengikut di akaun Instagram, kini jumlah tersebut sudahpun mencecah melebihi 100,000 orang; kira-kira seminggu sebelum malam finale!
“Sebut tentang followers di Instagram, saya memang terkejut kerana menerima lebih kurang 10,000 pengikut setiap minggu secara konsisten.
Ads
”Saya pun tertanya-tanya apa yang saya buat sehingga menerima sambutan seperti ini. Saya hanya memuat naik gambar, selfie dan sesi photo shoot. Mungkin content yang saya post itu adalah apa yang mereka inginkan,” jelas Aniq lagi.
“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua penyokong saya, my atleanteans, keluarga serta teman-teman yang tidak jemu menyokong perjalanan saya sepanjang Hero Remaja 2020. Tanpa korang, Aniq bukan siapa-siapa dan tak akan sampai pun ke tahap ini. Terima kasih semua!”
Ads
Jelasnya juga, selepas ini dia ingin fokus semula kepada pelajaran kerana baginya ilmu itu penting. Jadi dia berikhtiar untu tamatkan pelajaran dan pada masa yang sama, ingin tempatkan diri dalam industri hiburan tanah air.
“Hero Remaja telah memberi platform untuk orang awam mengenali saya dan saya tidak akan sia-siakan peluang ini. Ini adalah masanya untuk saya praktikkan skil multi tasking seperti yang diajar sepankang bersama Hero Remaja. InsyaAllah,” simpulnya.
Congratulations Aniq & Aniq Atlanteans!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas kejayaan drama fenomena Melur Untuk Firdaus, pelakon yang juga merupakan pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020, Meerqeen kini telah dipilih menjadi antara Lelaki Paling Kacak 2022 oleh TC Candler.
TC Candler antara pihak yang akan membuat penilaian dan berkongsi senarai individu-individu paling kacak dan jelita setiap tahun. Penilaian biasanya dibuat berdasarkan tahap populariti setiap calon yang dinominasi. Proses awal dilakukan di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.
Tahun ini merupakan tuah buat finalis Hero dan Dewi Remaja apabila Meerqeen dan Anna Jobling yang juga turut tersenarai sebaris dengan selebriti-selebriti luar negara.
Meerqeen turut bersaing dengan selebriti lelaki yang lain termasuklah Song Joong Ki, Liam Hemsworth, Ryan Gosling dan ramai lagi. Di ruangan komen, peminat Meerqeen tidak ketinggalan menunjukkan sokongan untuk mengundi selebriti itu.
Sebelum ini Meerqeen dan Anna Jobling digandingkan dalam drama Melur Untuk Firdaus dan tidak disangka-sangka gandingan mereka mendapat perhatian ramai sehingga jumlah pengikut selebriti ini di laman instagram melonjak naik. Bahkan, kedua-dua mereka juga terkenal dikalangan peminat di Indonesia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin ada yang tidak tahu pencarian Hero Remaja sudah pun bermula sejak tahun 1990 lagi. Biasanya, ia akan diselang-selikan dengan Dewi Remaja pada setiap dua tahun.
Diam tak diam, dah 27 tahun program Hero Remaja dianjurkan kemenangan yang diraih Alif Muhaimin baru-baru ini sekali gus menempatkannya selaku Hero Remaja 2017.
Rupanya ramai selebriti lelaki yang asalnya dari platform ini juga.
Jom kita recap semula pemenang daripada kemunculan awal program sehinggalah yang terkini.
Hero Remaja 1990/91
Esma Daniel (Juara)
Badrul Muhayat (Naib Juara)
Azhar Sulaiman (Tempat ketiga)
Hero Remaja 1993/94
Norman Hakim (Hero Favourite)
Hero Remaja 1997
Wan Shalim (Juara)
Ashraf Sinclair (Tempat Ketiga)
Hero Remaja 1999
Kusyairi Ahmad (Juara)
Azlan Noordin (Naib Juara)
Hero Remaja 2000/2001
Zed Zaidi (Juara)
Hero Remaja 2004/2005
Zawen Anwar (Juara)
Hero Remaja 2007/2008
Kamal Adli (Juara)
Fizo Omar (Naib Juara)
Hero Remaja 2011/2012
Fattah Amin (Juara)
Syafiq Kyle (Naib Juara)
Saharul Ridzwan (Tempat ketiga)
Hero Remaja 2017
Alif Muhaimin (Juara)
Farhan Asri (Naib Juara)
Harris Annuar (Tempat Ketiga)
Nabil Aqil (Hero Favorite)
Adam Yusuf (Hero Inspirasi)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini Harris Annuar mencabar dirinya untuk kayuhan sejauh 315 kilometer dari Shah Alam ke Cherating, kini pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2017 ini melangkah lebih jauh lagi apabila mencipta rekod berbasikal sehingga ke Langkawi.
Harris berjaya menamatkan kayuhan sejauh 540 km bermula dari rumahnya di Shah Alam sehingga ke Pulau Langkawi dalam masa lebih kurang tiga hari. Ini merupakan pengalaman serta rekod peribadi Harris yang sememangnya tidak menyangka dia mampu membuat kerja ‘gila’ ini.
Remaja berkesempatan menemu-bual figura ini bertanyakan tentang pengalaman dan cabaran yang dilalui ketika trip kayuhan basikal ke Utara.
“Selama ni memang Harris jarang penat, tapi trip kali ini memang Harris rasa betul-betul penat sangat. Kalau dalam istilah cyclist ia dipanggil ‘bonk’. Kalau nak diikutkan for the lastmonth, Harris memang tak cycling dan tak training pun. Then, terus pergi buat kayuhan 500 km ni, jadi memang barai la. Harris boleh cakap dari Shah Alam ke Langkawi memang mental game dia strong gila dan Alhamdulillah Harris dapat juga sampai dengan selamat,”
“Pada hari pertama memang Harris ‘bonk’ sangat-sangat, tapi bila hari kedua Harris mula dapat stamina balik dan hari ketiga memang mental kena jadi lebih kuat sebab setiap kayuhan rasanya macam lama sangat. Kalau tinggal 1 km lagi, kita rasa lama sangat sebab nak cepat habis. Lagi pun, kami perlu mengejar bot yang dijadualkan berlepas jam 12.30 tengah hari. Jadi, seawal 3 pagi kami sudah mulakan kayuhan daripada Kedah untuk kejar feri yang akan bertolak di jeti Kuala Perlis,” jelasnya lagi.
Apabila melakukan aktiviti seperti ini, sudah tentu mereka tidak lari daripada cabaran dan dugaan sepanjang kayuhan. Antara cabaran utama yang dilaluinya adalah faktor cuaca.
“Dalam trip ini memang macam-macam perkara berlaku. Selain daripada kaki cramp, Harris juga mengalami keracunan makanan yang menyebabkan muntah-muntah. Tapi, Alhamdulillah ia tidak menganggu dan kami sampai dengan selamat,”
“Cuaca pada masa itu juga masyaAllah, panas sangat. Waktu tu suhu mencecah 39 darjah Celsius dan itu yang membuatkan kami ‘koyak’. Badan jangan cakap la, memang sunburn terus. Part paling best sekali bila kami terpaksa berhenti dan membasahkan kepala dengan ais. Ini kerana kami tidak mahu salah seorang daripada kami terkena heat stroke atau pengsan,”
“Memang cabaran yang paling dasyhat adalah faktor cuaca dan kebetulan sepanjang tiga hari kayuhan, memang tidak ada hujan langsung,”
“Lagi satu, bila badan dah penat sangat, nak tidur pun tak boleh. Bayangkan kami sampai jam 5 petang, kemudian perlu bangun jam 2 pagi untuk misi kayuhan seterusnya.
Tapi, bila badan terlalu penat, memang mata pun susah nak terlelap,” tambahnya lagi.
Bukan sekadar follow trend
“Ramai yang bertanya kenapa Harris mahu lakukan kayuhan ini hingga ke Langkawi. Harris nak tunjukkan yang sebenarnya Harris memang betul-betul minat main basikal, bukan hanya sekadar nak ikut trend. InsyaAllah Harris akan bertahan dengan sukan ini kerana Harris beli basikal ini pun bukan sebab nak ikut trend, nanti end up jual balik,”
“Harris nak nasihatkan kalau korang betul-betul tak minat jangan beli basikal sebab harganya pun bukan murah. Kalau memang betul minat, boleh lakukan aktiviti ini tapi tak perlulah sampai nak kayuh 500 km. Cuba dulu kayuh 100 km, itu pun dah berbaloi,” jawab Harris.
Melihat kepada isu viral sebelum ini, ramai pengayuh basikal yang dikecam masyarakat kerana mengayuh basikal tidak mengikut undang-undang, berada di tengah jalan raya dan ada juga kumpulan tak bertanggungjawab yang memanjat roundabout Elmina baru-baru ini untuk bergambar.
Ini komen Harris Annuar.
“Harris nasihatkan agar masyarakat tidak terus menyerang penunggang basikal kerana yang melakukan perkara-perkara tidak bertanggungjawab ini sebenarnya adalah bergantung kepada individu. Ia bukannya seperti seorang cyclist yang melakukan kesalahan, semua penunggang basikal dipersalahkan. Sama juga seperti pemandu kereta. Ada yang tidak bertanggungjawab melakukan double park, tapi bukan semua pemandu bersikap seperti itu,”
“Sebenarnya yang salah adalah individu itu sendiri dan janganlah samakan kami seperti itu. Untuk mereka yang telah melakukan kesalahan-kesalahan seperti itu, korang kena tahu apa implikasinya terhadap masyarakat. Korang kena jaga nama cyclist yang lain juga kerana ia memberikan tanggapan buruk kepada penunggang basikal lain yang tidak bersalah,”
“So, nasihat Harris kalau boleh janganlah melakukan perkara-perkara itu lagi dan sekiranya mahu mengambil gambar, berhenti di tempat yang sepatutnya. Senang, tak perlulah sampai nak panjat-panjat roundabout,” ujar Harris lagi.
Untuk perancangan masa hadapan, Harris dan rakan-rakannya bercadang untuk melakukan kayuhan ke Desaru dan kalau boleh, mereka juga mahu tour satu Semenanjung Malaysia.
Kami di Remaja sentiasa mendoakan kejayaan Harris dan sekali lagi, tahniah diucapkan atas pencapaian yang telah dilakukan ini. Semoga ia memberi inspirasi untuk anak muda memulakan gaya hidup sihat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!