Personaliti popular, Azrinaz Mazhar Hakim merupakan figura yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Dia dahulunya terkenal dek kredibilitinya sebagai wartawan penyiaran dan juga pembaca berita TV3. Kemudian mengundurkan diri dari lensa kamera, dia berkahwin dengan Sultan Hassanal Bolkiah. Perkahwinan tersebut dikurniakan dua cahaya mata.
Anak sulungnya Pengiran Muda Abdul Wakeel dilahirkan pada 1 Jun 2006 manakala anak keduanya, Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah pula dilahirkan pada 28 Januari 2008. Selepas bercerai, kedua-dua anaknya kekal menetap di Brunei bersama bekas suaminya.
Terbaru, Azrinaz telah memuat naik gambar terkini anak sulungnya, Pengiran Muda Abdul Wakeel di ruangan Instagram. Terserlah ketampanan putera raja yang menginjak usia 16 tahun dalam gambar tersebut, hantaran itu disertakan dengan kapsyen, “Son of my life.”
Menuai pujian ramai, foto tersebut telah menerima lebih 22 ribu tanda suka saat artikel ini ditulis. Dengan rambut yang tersusun rapi dan wajah cerah mulus, ramai warganet berkongsi pandangan mengatakan yang Pengiran Muda Abdul Wakeel mewarisi raut wajah ibunya.
Sedikit latar tentang Pengiran Abdul Wakeel, baginda kini merupakan pelajar di Sekolah Antarabangsa Jerudong. Sekolah ini menawarkan pendidikan yang berasaskan kurikulum pembelajaran British. Kini gelaran rasmi untuk baginda ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Ads
Sekadar info, Azrinaz Mazhar Hakim kini telah berkahwin dengan pilihan hatinya, Fairos Khan Abdul Hamid pada 2018. Mereka telah dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini, penyanyi Haqiem Rusli telah pun mengakhiri zaman bujang dengan gadis pilihan hati, Anis Sofea. Seperti yang kita semua sedia maklum, mereka merupakan pasangan pengantin muda, Haqiem berusia 23 tahun dan Anis 19 tahun.
Tidak menjadi satu kesalahan jika berkahwin muda. Syukur, jodoh sampai awal kan.
Foto: Aqo Imran
Sebenarnya ada banyak kelebihan kahwin muda ni. Bagi pasangan yang memilih untuk berkahwin muda, kami nak kongsikan sedikit tentang 15 perkara yang bakal korang rasai bila sudah berumah tangga nanti.
1. Korang dah jumpa orang yang tetap sayang korang walaupun masih lagi sedang belajar tentang hidup dan dalam proses untuk menjadi lebih matang.
2. Tak sama masa tengah hangat bercinta dulu, lepas kahwin korang akan rasa untuk sama-sama menggalas tanggungjawab keluarga. Tapi, sebab dah ada pasangan yang sayang dan mencintai korang, maka semua benda jadi mudah dan happy.
3. Bila rasa sedih dan down, dah ada yang pujuk. Yeayyy!
4. Tak ada istilah tukang ‘busybody’ lagi yang nak tolong carikan jodoh untuk korang.
5. Belajar perkara baru dengan pasangan. Contohnya macam mana nak kuatkan dan kekalkan hubungan suami isteri untuk kekal bahagia.
6. Bila kawan-kawan korang sibuk bercerita tentang masalah dengan bf/gf masing-masing, timbul pula rasa bersyukur sebab korang dah melepasi fasa tu. Hehe!
7. Balik kerja penat-penat, dah ada teman nak ajak share cerita tentang apa yang berlaku sepanjang hari. Best kan?
8. Best friend, buah hati, partner in crime. Semua korang ada.
9. Ada orang yang selalu cakap ‘I Love You’ dekat korang. Kalau time bercinta tak kira eh, belum sah suami isteri. Hiks!
10. Bila hubungan dah stabil, tiba masa untuk mantapkan kerjaya pula. Lebih bersemangat!
11. Nak buat apa-apa dah ada yang teman. Makin seronok nak buat kerja rumah seperti memasak, basuh baju atau beli barang dapur.
12. Bila jalan dengan anak, silap-silap orang ingatkan adik-beradik. Yang ni memang selalu kena.
13. Boleh jadi diri sendiri walaupun berperangai seperti budak-budak.
14. Dah kahwin tak perlu nak dating tengok wayang lagi. Layan movie dekat rumah sahaja. Hiks!
15. Mungkin ada yang cakap “Awalnya kahwin, muda lagi ni”. Abaikan je sebab korang tahu ini pilihan korang dan lebih selesa hidup macam ni.
Setuju ke tidak? Hehe!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika di Hollywood kita mempunyai kisah cinta remaja Zac Efron & Vanessa Hudgens (High School Musical), Adam Brody & Rachel Bilson (The O.C) dan Chad Michael Murray & Sophia Bush (One Tree Hill), di Malaysia kita mempunyai kisah cinta “Elly & Epit”.
Popular dengan siri kanak-kanak popular Elly & Epit di saluran Astro Ceria sekitar tahun 2011 hingga 2014, pelakon utamanya iaitu Hadi Mazlan dan Siti Amirah Dayana sebenarnya telah mengenali diri masing-masing sebelum memasuki set Elly & Epit lagi.
Hadi dan Dayana merupakan alumni daripada program Idola Kecil di saluran TV9. Dayana merupakan juara Idola Kecil 2 manakala Hadi ialah peserta Idola Kecil 3.
Kiranya mereka berasal daripada dunia nyanyian sebelum memasuki ke dalam set penggambaran drama.
Masing-masing sekarang berusia 20 tahun dan mereka baru saja melangsungkan pernikahan! Perghh, ramai pasangan high school sweethearts tak bertahan pun selepas tamat belajar tetapi Hadi & Dayana selamat sampai ke jinjang pelamin.
Menariknya, mereka berdua yang telah berundur daripada dunia hiburan menyatakan bahawa mereka tidak akan bercinta sebelum bernikah. Sepanjang tempoh bertunang pada tahun lalu, mereka enggan keluar dating ke sana-sini seperti pasangan remaja lain.
Seperti yang pernah ditulis Dayana di Twitter, “Kami tak bercinta dan tak akan bercinta sehingga selepas sahnya akad, InsyaAllah.”
Menurut ibu Hadi di akaun Facebook-nya, perubahan ke arah keagamaan pada usia muda itu bertitik-tolak daripada diri sendiri.
“Hadi merupakan pelajar jurusan Syariah Islam di Kolej Islam As Sofa Ampang. Selepas pulang daripada menunaikan umrah pada tahun 2004, dia mula mendalami agama.
“Dayana pula berdepan momen sukar ketika ayahnya menderita sakit kanser dan menghembuskan nafas terakhir ketika Dayana dan adik-adiknya masih remaja.
“Sebagai anak sulung, Dayana memikul tanggungjawab untuk membantu ibu menguruskan rumah tangga dan adik-adiknya ketika ibu keluar mencari nafkah,” tulis beliau lagi.
Nampaknya semalam, Hadi dan Dayana telahpun selamat diijab kabulkan dan netizen memberikan ucapan tahniah kepada mereka berdua.
Minggu lalu, personaliti realiti TV, usahawan dan sosialit popular Kim Kardashian yang telah secara rasminya kembali bergelar ‘bujang’ telah memenuhi tajuk utama berita hiburan di seluruh dunia.
Kisah penceraian Kim dengan bekas suaminya, Kanye West (atau Ye) yang mana berkongsi empat orang cahaya mata bersamanya telah berlarutan selama bertahun-tahun lamanya. REMAJA juga pernah melaporkan mengenai perasaan berbelah bahagi yang dirasai Kim; sama ada untuk terus bersama Ye atau meninggalkannya melalui perceraian.
Pasangan #KimYe bersama anak-anak mereka; North, Chicago, Saint & Psalm.
Apa yang kita ketahui adalah; Kanye telah menuduh Kim menculik anak-anaknya atau menghalangnya berjumpa dengan mereka, mengkritik hubungan Kim dengan teman lelakinya, Pete Davidson, mempersoalkan kemahiran keibu-bapaannya, menghina Pete berulang kali di media sosial dan meminta pengikutnya menjerit kepada Pete untuk pihaknya.
Menerusi klip terbaru Kanye berjudul Eazy, ia menggambarkan ilustrasi mirip Pete Davidson yang diikat dan ditanam di dalam tanah berpasir.
Bukan setakat itu, pada sambutan Hari Kekasih Februari lalu, Kanye percaya bahawa dia sedang berjuang untuk keluarganya dan Tuhan akan mempertemukan dia dan Kim kembali.
Tingkah laku ini tentunya berkait rapat dengan gangguan bipolar yang dialami Kanye. Rapper itu sendiri pernah bersikap jujur dan mengakui dia telah berhenti mengambil ubat-ubatannya.
Selama ini, Kim dilihat lebih banyak berdiam diri mengenai isu ini di media sosial sehinggakan ada yang berprasangka dia dan Kanye baik-baik sahaja dan ingin kembali menyatu sebagai suami isteri. Namun apabila Kim baru-baru ini menyuarakan bahawa “amat sukar” untuk dia dan Kanye berbincang mengenai hal penjagaan anak, nampaknya personaliti itu sedang berdepan kesukaran.
Seorang pensyarah jurusan psikologi di Taylor’s University, Pang Chia Yee, juga merupakan pakar dalam psikologi bidang seks dan perhubungan telah cuba merungkai perasaan sebenar Kim apabila berdepan dengan bekas pasangan bipolar seperti Kanye.
Bagaimana seseorang boleh mengenal pasti pasangannya merupakan penghidap bipolardisorder?
Bipolar disorder adalah spektrum, bermakna ia boleh berkisar dari simpotom ringan hingga teruk. Secara amnya, pesakit bipolar akan mengalami perubahan emosi yang ekstrem seperti daripada kegembiraan melampau (atau mania) kepada rasa sedih melampau (atau kemurungan)
Beberapa gejala yang mungkin perlu diperhatikan ialah:
Penyalahgunaan alkohol atau dadah
Perbelanjaan impulsif
Perubahan emosi yang kerap
Adakah perkara yang Kanye lakukan kepada Kim dan Pete sekarang adalah simptom bipolar, atau adakah orang salah anggap?
Berdasarkan apa yang ditunjukkan di media sosial, ia menunjukkan gejala bipolar. Bagaimanapun ia tidak boleh disimpulkan sewenang-wenangnya kerana mungkin terdapat fakta dan butiran lain yang tidak diketahui orang luar.
Apa yang menyebabkan kondisi bipolar?
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan gangguan bipolar seperti tekanan persekitaran, genetik (anda mungkin menemui ahli keluarga yang pernah mengalami gangguan ini dalam sejarah keluarga anda), ketidakseimbangan kimia dalam badan atau perubahan dalam otak.
Contoh pencetus bipolar adalah tekanan emosi, kurang rehat atau tidur, keretakan dalam perhubungan atau perceraian, alkohol, dadah, cuaca (musim sejuk lebih cenderung menyebabkan kesedihan terutamanya jika dia tinggal seorangan diri), kehamilan (disebabkan perubahan hormon), kehilangan pekerjaan, apa-apa jenis kehilangan dalam hidup, masalah kewangan dan faktor persekitaran (seperti pandemik COVID-19).
Jika bekas pasangan yang mengalami penyakit bipolar mula menunjukkan pertindakan ganas terhadap kita, apakah yang perlu kita lakukan?
Sentiasa ingat bahawa keselamatan anda mesti diutamakan. Jika bekas pasangan anda yang mengalami penyakit gangguan bipolar mula menjadi agresif secara fizikal atau lisan kepada anda, anda perlu memaklumkan pihak berkuasa (pegawai polis), keluarga anda dan jiran. Dapatkan bantuan profesional.
Katakan Kim ingin mendapatkan nasihat, apakah tip/langkah yang anda akan suruh dia lakukan?
Pertama sekali, saya akan memastikan dirinya tenang.
Saya tidak pasti tentang hubungannya sekarang dengan Kanye, tetapi semoga dia boleh terus menjadi kawannya. Pada ketika ini, nampaknya tidak kiralah apa saja yang dilakukan oleh Kim; ia tidak akan disenangi ole Kanye.
Sebb itulah mengambil tangkapan skrin (screen shot) mesej-mesej mereka dan mendedahkannya di media sosial. Pada pandangan saya, adalah lebih baik Kim terus mendiamkan diri mengenai isu ini di media sosial kerana apa saja yang diperkatakan olehnya akan disalah anggap oleh orang ramai. Mereka akan sentiasa mentafsir makna mereka sendiri, dan membuat andaian mereka sendiri.
Saya akan menilai keadaan semasa hubungan mereka dan bukan menilai daripada apa yang dilihat di media sosial. Adalah penting untuk mengambil berat tentang pandangan dan perasaan Kim terhadap Kanye sebagai seorang insan atau sebagai bapa kepada anak-anaknya.
Jika seseorang mempunyai hubungan dengan individu yang mempunyai gangguan bipolar, apakah yang boleh dilakukan untuk membantunya?
Kenal pasti isu sebenar mereka dan semoga mereka akan jujur dan terbuka untuk berkongsi suka-duka mereka.
Ia juga membantu untuk:
Menggalakkan pasangan anda untuk mendapatkan bantuan profesional.
Terima dan fahami had anda sendiri.
Bersabar.
Berusaha untuk memahami dan mengetahui lebih lanjut tentang gangguan/kesukarannya.
Besar kemungkinan individu itu merasa malu untuk mendapatkan bantuan. Cara memujuk si dia adalah dengan menunjukkan betapa bermakna terapi ini kepada perhubungan anda berdua.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...