Sekarang ini sektor ekonomi negara telah mula beroperasi seperti sedia kala, dan ramai orang telah mula bekerja meski pandemik masih lagi menular di negara. Namun apakan daya demi meneruskan kehidupan, kita harus bekerja demi sesuap nasi untuk diri dan keluarga.
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan garis panduan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi sektor-sektor yang telah mula bekerja.
.
Manakala bagi yang bekerja, semestinya penggunaan topeng muka adalah item wajib sebagai pelindung diri dari jangkitan kuman yang terdapat di udara.
Tapi korang tahu tak? Rupanya ada bahayanya pakai face mask ni terutamanya kalau pakai terlalu lama.
1. Face mask menyebabkan kulit yang kering menjadi gatal
.
Pemakaian face mask secara berterusan boleh menyebabkan kulit menjadi gatal dan juga menggelupas.
Kalau facemask tersebut diperbuat daripada kapas atau sebarang bahan yang boleh menyerap kelembapan, kulit muka akan menjadi bertambah kering. Ini kerana kain pelitup muka tersebut menyerap minyak semula jadi pada muka korang. Seriuslahh
Cara untuk merawatnya:
Gunakan pencuci wajah yang bersifat lembut.
Selepas selesai mencuci wajah, lapkan muka anda dengan menggunakan kain yang lembut sehingga kering. Jangan sesekali menggosoknya.
Setelah itu, gunakan krim pelembap untuk melembapkan kembali wajah anda. Gunakan krim yang mempunyai kandungan ceramide, gylcerin dan hyaluronic acid kerana sebatian ini mampu mengekalkan kelembapan kulit.
Ads
2. Jerawat
.
Bagi korang yang lebih cenderung untuk mendapat jerawat, pemakaian face mask boleh menyebabkan jerawat bertambah dengan lebih banyak.
Ini kerana, bakteria dan mikroorganisma lain boleh berkumpul dan membiak di sebalik pelitup muka yang dipakai itu. Apatah lagi dengan kewujudan kelembapan daripada nafas atau peluh, jerawat akan menjadi lebih mudah terbentuk. Jaga-jaga okay!
Cara untuk merawatnya:
Bagi merawat jerawat yang muncul, gunakan pencuci muka bukan komedogenik (non-comedogenic), iaitu jenis produk penjagaan kulit wajah yang berfungsi menghalang penyumbatan liang pori. Gunakannya sebanyak dua kali sehari.
Kurangkan penggunaan pelitup muka dengan cara mengurangkan pergerakan keluar rumah tanpa keperluan mendesak.
3. Rosacea berlaku disebabkan pemakaian face mask
.
Rosacea adalah satu keadaan di mana saluran darah pada wajah menjadi mengembang atau membesar, lalu menyebabkan pipi, dahi, hidung dan juga dagu menjadi kemerah-merahan.
Ads
Antara punca yang menyebabkan rosacea berlaku adalah disebabkan haba atau kepanasan. Apabila anda memakai pelitup muka, bahagian wajah yang terlindung boleh menyebabkan suhu kulit meningkat dan menyebabkan rosacea berlaku.
Cara untuk merawatnya:
Terdapat beberapa jenis ubat-ubatan yang boleh didapati di farmasi bagi merawat rosacea. Tetapi ia memerlukan preskripsi daripada doktor terlebih dahulu sebelum membelinya. Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan kepastian berkenaan masalah kulit yang sedang dialami. Selain itu, anda boleh cuba menyejukkan kulit anda dengan merenjis sedikit air sejuk pada kulit kemerahan tersebut.
4. Dermatitis
.
Pemakaian pelitup muka yang berpanjangan juga boleh menyebabkan kerengsaan kulit yang disebut sebagai dermatitis. Ia biasanya menyebabkan kegatalan, kekeringan, kerengsaan malah kemerahan pada kulit.
Kulit juga mungkin menjadi bersisik atau menggelupas bahkan boleh membengkak.
Bagi kes dermatitis yang sederhana dan tidak serius, anda boleh mengambil ubat antihistamin seperti Benadryl.
Boleh juga menggunakan krim steroid topikal seperti krim dengan kandungan hydrocortisone sebanyak satu peratus
Gunakan juga jenis pencuci muka yang lembut dan tidak merengsakan kulit.
5. Rasa sakit pada kawasan tertentu seperti di telinga dan juga hidung
.
Korang mesti boleh bayangkan jika memakai pelitup muka dalam tempoh yang lama, akan berasa sedikit sakit atau tidak selesa pada bahagian telinga iaitu tempat di mana tali pelitup tersebut disangkut selain pada hidung.
Rasa sakit yang dialami tersebut disebabkan oleh geseran antara pelitup dan juga kulit wajah .
Cara untuk merawatnya:
Rehatkan wajah korang daripada memakai pelitup muka buat seketika. Jika berada di kawasan yang agak selamat, tanggalkan sebentar pelitup muka untuk memberikan kelegaan pada telinga dan hidung.
Bagi mengelakkan korang daripada mengalami keadaan-keadaan seperti berikut, cuba untuk kurangkan pergerakan keluar rumah.
Keluar rumah jika mempunyai urusan-urusan penting sahaja. Apabila kurang keluar rumah, maka korang juga tidak perlu memakai face mask tersebut.
Hal ini akan dapat mengelakkan wajah daripada masalah kulit seperti yang dinyatakan di atas. Mencegah itu ternyata lebih berkesan daripada mengubati.
Lagi satu, jangan lupa sentiasa cuci topeng muka guna pakai tau, jangan pakai tapi malas basuh! Eeee.. gelilah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Susulan perlepasan mahkota oleh bekas juara Miss Grand International (MGI) 2024, Rachel Gupta yang mendawa dirinya teraniaya dan tidak mencapai kesepakatan dengan pihak organisasi MGI, tumpuan kini terarah kepada penyandang gelaran naib juara Miss Grand International 2024, CJ Opiaza yang disebut-sebut bakal mengambil alih posisi kejuaraan itu.
Bekas juara Miss Grand International 2024 dari India, Rachel Gupta (kiri) bersama naib juara dari Filipina, CJ Opiaza.
CJ atau nama penuhnya, Christine Juliane Opiaza merupakan salah seorang figura popular dari Filipina yang berpengalaman luas dalam dunia ratu cantik global.
CJ, 26 pernah mencuba nasib dalam beberapa pertandingan berprestij lain termasuklah pertandingan Miss Universe Philippines 2023 di mana CJ terpaksa tunduk kepada juara edisi tersebut, Michelle Dee dan menamatkan saingan di kedudukan naib juara.
Pengalaman di Miss Universe Philippines 2023 itu tidak sesekali memadamkan keinginannya untuk mewakili negara Filipina di pentas antarabangsa dan akhirnya, CJ memenangi takhta Miss Grand Philippines 2024.
Miss Grand Philippines 2024, CJ Opiaza
CJ Dapat Sokongan Rakan-Rakan Miss Grand International #TeamCJ!
Selepas perkhabaran ‘bombshell’ yang dilakukan oleh Rachel Gupta dan pemilik organisasi Miss Grand International, Nawat Itsaragrisil semalam; nama CJ sekali lagi menjadi sebutan.
Ramai meramalkan CJ akan mengambil alih tugas yang digalas oleh bekas juara, Rachel Gupta. Sama ada ramalan itu tepat atau tidak, semuanya bergantung kepada keputusan oleh Nawat dan pihak MGI sendiri.
Apa yang pasti, CJ telah menerima ‘restu’ daripada teman seperjuangan MGI 2024 dan daripada ratu-ratu cantik Filipina untuk menggalas tanggungjawab sebagai juara baharu MGI.
Miss Universe Philippines 2023, Michelle Dee bersama Miss Grand Philippines 2024, CJ Opiaza
Tinjauan REMAJA terhadap entri terbaru di Instagram CJ mendapati; ribuan netizen termasuklah ratu-ratu cantik Filipina telah membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah buatnya.
Ini termasuklah Hannah Arnold (Top 15 Miss International 2022), Roxie Smith (juara Miss Earth Philippines 2020), Jubilee Therese Acosta (Naib Juara Miss Grand Philippines 2024), Katrina Llegado (juara Miss Supranational Philippines 2026) dan Samantha Bernardo (Naib Juara Miss Grand International 2020 dari Filipina).
Turut merestui CJ ialah juara Miss Universe Philippines 2023 dan rakan seperjuangannya, Michelle Dee!
Turut merestui pemilihan CJ adalah rakan seperjuangannya sewaktu berada di Thailand tahun lalu untuk Miss Grand International 2024. Ini termasuklah Melisha Lin (Miss Grand Malaysia 2024), Nova Liana (Miss Grand Indonesia 2024), Safiétou Kabengele (Miss Grand France 2024), Anisah Rahmat (Miss Grand Singapore 2024) dan paling mencuri perhatian wakil sensasi daripada Myanmar. Thae Su Nyein.
Ramai yang tidak selesa bila badan mulai panas. Ditambah batuk dan selsema yang hadir dalam pakej yang sama.
Bagi yang bekerja, kita akan bertemu doktor untuk dapatkan ubat selain surat sijil sakit. Masalah batuk, selesema dan demam ini adakalanya melarat ke dua tiga hari. Paling kasihan jika melibatkan kanak-kanak.
Ternyata perkongsian dari Public Health Malaysia mengenai khasiat GARAM yang mana ia merupakan penawar bagi demam, batuk dan selsema buatkan terfikir-fikir tentang khasiatnya.
Garam kasar selalu digunakan dalam masakan gulai. Apa kata lepas ini beralih kegunaan sebagai agen antibiotik. Boleh juga guna garam halus
Baca perkongsian ini.
Sekiranya anda mengalami demam selsema ( demam/ batuk/ sakit tekak/ selsema), air garam merupakan antara rawatan yang berkesan dan mudah.
Bagaimana ia bertindak?
Sel tubuh akan menggunakan klorida dari garam untuk menghasilkan hypoclorus acid , iaitu cecair peluntur yang berfungsi sebagai pemusnah virus.
Untuk masalah selsema, titiskan air garam di hidung. Selain membunuh virus, ia juga berfungsi sebagai agen mencairkan mukus pekat yang menyumbat saluran pernafasan.
Bagi gejala sakit tekak dan batuk, kumur air garam 3 kali sehari untuk melegakan gejala dan merawat jangkitan.
Hasil kajian ringkas penyelidik mendapati, dengan menggunakan kaedah ini,
– jangkitan dapat sembuh lebih pantas dalam tempoh kurang 2 hari.
– risiko menyebarkan kuman kepada orang lain di kurangkan
– dapat mengelakkan dari perlu mendapatkan rawatan di klinik dan menjimatkan kos
– dapat mengelakkan penyalahgunaan antibiotik
Secara purata, seorang individu akan mengidap demam selsema 3 kali setiap tahun. Selain menyebabkan rasa tidak selesa, komplikasi serius seperti pnemonia juga boleh berlaku.
Dapatkan pemeriksaan lanjut jika masih tidak sembuh atau keadaan semakin teruk.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dari segi nama saintifiknya, teh hijau datang dari daun pokok teh dikenali sebagai camellia sinensis. Ia kebanyakannya boleh ditanam di negara China. Terdapat beberapa jenis teh hijau yang diusahakan berdasarkan lepelbagaiannya dengan cara ia ditanam, kaedah horticultural, proses penyediaan dan masa ia dituai.
Dan mengikut sejarah, teh hijau telah mula digunakan sejak ratusan tahun yang lalu ketika pemerintahan Maharaja Shennong di China.
Photo by Anna Pou from Pexels
Baru-baru ini, seorang jurumekap artis yang terkenal dengan lebih 5 juta subscribers di Youtube. Berasal dari Korea Selatan, dengan nama Pony atau nama sebenarnya ialah Hye-Min Park berkongsi rahsia kulit flawless miliknya.
Foto Via Soulspace
Pony arif dengan dunia kecantikan Korea sehingga membawa namanya serata dunia. Pony bukan sekadar Youtuber semata-mata, dia juga seorang beauty guru, trendsetter, jurusolek artis dan telah muncul dengan koleksi mekap sendiri.
Nak tahu cara Pony mendapatkan kulit flawless? Menurut Pony, dia membilas muka dengan air teh hijau selepas melakukan rutin cuci muka.
Melalui video ini, Pony dilihat mencampurkan serbuk teh hijau ke dalam takungan air atau besen air, kemudian cuci dan bilas mukanya dengan air teh hijau tersebut.
Menurut Pony, teh hijau adalah salah satu bahan semulajadi terbaik untuk merawat muka. Ia baik untuk kesihatan dan kulit anda khususnya kerana ia penuh dengan sifat antioksidan yang melindungi kita daripada merosakkan sel kulit.
Malah, penggunaan teh hijau kini semakin popular diamalkan dalam pelbagai bentuk. Ada yang datang dalam bentuk minuman, makanan, losyen, ubat gigi dan juga produk-produk kecantikan yang lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!