Autisme bukanlah satu tiket untuk terlepas daripada tindakan undang-undang. Jika seseorang individu dalam spektrum autisme (Autism Spectrum Disorder atau ASD) melakukan kesalahan jenayah, mereka masih boleh didakwa di mahkamah seperti individu lain.
Namun begitu, setiap kes akan dinilai berdasarkan keadaan individu berkenaan, khususnya melibatkan tahap kefungsian, keupayaan mental serta sama ada mereka benar-benar memahami sifat dan akibat daripada perbuatan yang dilakukan ketika kejadian berlaku.
Diagnosis Autisme Tidak Menghalang Pendakwaan
Menurut Perunding Undang-Undang Kanan, Sheelan Arjunan, diagnosis autisme semata-mata tidak diterima sebagai pembelaan dalam sesuatu kes jenayah.
Sebaliknya, individu yang didakwa masih boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut peruntukan yang berkaitan. Sebagai contoh, seseorang masih boleh didakwa di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaanatas kesalahan cubaan membunuh sekiranya terdapat asas yang mencukupi untuk pendakwaan.
Apa yang membezakan sesuatu kes ialah penilaian mahkamah terhadap keadaan mental tertuduh ketika kesalahan itu didakwa berlaku.
KUALA LUMPUR 19 SEPTEMBER 2025. Bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. STR/ AHMAD UKASYAH
Mahkamah Akan Menilai Keadaan Mental Tertuduh
Dalam kes yang melibatkan individu yang disyaki mempunyai ASD, mahkamah lazimnya akan merujuk tertuduh untuk menjalani pemeriksaan psikiatri.
Ads
Penilaian ini bertujuan menentukan tahap kefungsian individu tersebut, termasuk sama ada mereka mempunyai kapasiti mental yang mencukupi untuk memahami sifat perbuatan yang dilakukan serta akibat daripada tindakan berkenaan.
Hasil penilaian pakar inilah yang akan membantu mahkamah menentukan sama ada individu tersebut boleh dipertanggungjawabkan secara jenayah.
Bukan Pembelaan Automatik
Penting untuk difahami bahawa autisme bukanlah pembelaan automatik dalam sesuatu prosiding jenayah.
Ads
Sebaliknya, pihak pembelaan boleh membangkitkan isu berkaitan keadaan mental tertuduh bagi membolehkan mahkamah menilai kewujudan mens rea, iaitu niat jenayah yang menjadi antara elemen penting dalam banyak kesalahan jenayah.
Mahkamah akan meneliti keadaan mental individu itu ketika kejadian berlaku sebelum menentukan sama ada mereka mempunyai tanggungjawab jenayah terhadap perbuatan yang dilakukan.
Bilakah Pembelaan Ketidakupayaan Boleh Digunakan?
Di bawah Seksyen 84 Kanun Keseksaan, seseorang yang melakukan sesuatu kesalahan ketika berada dalam keadaan tidak waras sehingga tidak mengetahui sifat perbuatannya atau tidak memahami bahawa perbuatan tersebut adalah salah di sisi undang-undang boleh dipertimbangkan untuk mendapat pembelaan.
Ads
Bagaimanapun, sama ada pembelaan ini diterima atau tidak bergantung kepada fakta kes serta penilaian pakar yang dikemukakan di mahkamah.
Selain aspek pendakwaan, individu autisme yang berdaftar sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) turut dilindungi di bawah Akta Orang Kurang Upaya 2008.
Mereka berhak mendapat perlindungan dan prosedur khas sepanjang proses siasatan bagi memastikan hak mereka terpelihara serta mengelakkan sebarang bentuk tekanan atau penganiayaan ketika berurusan dengan pihak berkuasa.
Justeru, walaupun diagnosis autisme tidak menghalang seseorang daripada didakwa di mahkamah, setiap kes akan dinilai secara menyeluruh berdasarkan bukti, laporan pakar serta keadaan mental individu tersebut bagi memastikan proses keadilan dapat dilaksanakan dengan adil dan saksama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Kool fm
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat individu yang masih giat mencari pekerjaan sepanjang pandemik ini, lebih 20,000 kekosongan jawatan membabitkan 126 majikan akan ditawarkan menerusi Expo Kerjaya sempena penganjuran ‘International Public Employment Forum 2021’ (IPEF 2021) secara maya.
Penganjuran IPEF 2021 ini bertujuan untuk membantu mempersiapkan orang ramai terutama golongan majikan, pekerja dan pencari kerja dengan maklumat serta berkongsikan amalan terbaik bagi membina semula kehidupan pasca pandemik COVID-19.
Gambar hiasan
Menurut Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), ekspo kerjaya ini akan disertao majikan daripada syarikat-syarikat besar seperti ExxonMobil, Honda, CIMB Bank, Top Glove, Schlumberger, Petron, UMW, KPJ dan banyak lagi.
Selain itu, turut berlangsung SOCSO’s Regional Return to Work (RTW) DIGIMOS Symposium 2021 dalam usaha Perkeso terus membantu golongan orang kurang upaya (OKU) dalam mengharungi cabaran Covid-19.
Persidangan julung kali ini dijangka menghimpunkan lebih 1,000 peserta dari seluruh pelosok Asia Tenggara dengan mengetengahkan barisan panel jemputan terdiri daripada pakar dalam bidang pengurusan hilang upaya dan rehabilitasi di tempat kerja.
Gambar hiasan
Jika korang ingin menyertai IPEF 2021 yang bakal berlangsung pada 7 hingga 9 September ini, pendaftaran boleh dibuat mulai sekarang menerusi pautan www.perkeso.gov.my/ipef. Sekiranya ingin mengetahui maklumat lanjut, korang juga boleh menghubungi Careline Perkeso di 1300- 22-8000 atau emel ke ipef@perkeso.gov.my.
Ini adalah peluang terbaik untuk individu yang kehilangan kerja pada waktu pandemik. Ambil peluang yang diberikan ini, manalah tahu ada rezeki korang nanti.
Nama pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming, sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya bagi mereka yang gemar memasak. Namun baru-baru ini, beliau berkongsi satu sisi emosinya yang menyentuh hati ramai apabila mengakui dirinya menitiskan air mata selepas menonton beberapa video daripada warga maya.
Video-video tersebut memaparkan momen istimewa apabila resipi yang pernah dikongsikan olehnya menjadi sebahagian daripada kenangan manis ramai individu bersama keluarga dan insan tersayang.
Resipi Jadi Medium Satukan Kasih Sayang
Menurut Khairul Aming, beliau berasa sangat tersentuh apabila menyedari resipinya bukan sekadar memberi inspirasi dalam dunia masakan, tetapi turut memainkan peranan dalam menyatukan keluarga dan rakan-rakan.
Setiap gelak tawa, senyuman dan detik kebahagiaan yang dirakam oleh wargamaya jelas membuktikan bahawa masakan bukan hanya tentang makanan, tetapi juga menjadi medium untuk mengeratkan hubungan serta mencipta memori indah bersama orang tersayang.
“Sembilan tahun lalu, saya seorang diri di rumah sewa, buat video masak tanpa tahu ada orang yang menonton atau tidak. Tahun demi tahun, kita mula kenal satu sama lain.
“Ada yang dari zaman belajar kini sudah bekerja, ada yang bujang kini sudah berkahwin, ada yang sudah menjadi ibu bapa, dan ada juga yang telah pergi meninggalkan kita,” coretnya.
Kenangan Bersama Arwah Ayah Jadi Pendorong
Dalam perkongsian yang sama, Khairul Aming turut meluahkan perasaan peribadinya apabila mengenang kenangan bersama arwah ayahnya yang tidak dapat diulang kembali.
“Saya sudah tidak dapat cipta detik-detik ini bersama arwah ayah, tapi bila melihat korang gembira memasak bersama keluarga, itu bermakna segalanya bagi saya. Dari Malaysia ke seluruh dunia, terima kasih semua atas segalanya,” kata Khairul Aming.
Luahan tersebut jelas menunjukkan betapa besar makna setiap sokongan yang diterimanya sepanjang perjalanan sebagai pencipta kandungan masakan.
Warganet Turut Kongsi Kisah Tersendiri
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut tersentuh dengan perkongsian tersebut dan mengambil peluang berkongsi pengalaman masing-masing.
Ramai bersetuju bahawa makanan bukan sekadar keperluan harian, tetapi juga menjadi jambatan kepada kenangan, emosi dan ikatan kasih sayang yang sukar digantikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selain hidangan berasas mi, menu pasta juga sudah terbiasa dengan kita termasuklah makaroni.
Siapa yang tidak kenal dengan keluarga tersohor Hollywood, kardashian. Kisah kehidupan mereka sering saja menjadi perhatian media sejak muncul menerusi siri reality mereka sendiri.
Terkenal dengan mengamalkan diet organik yang sihat, Kourtney Kardashian iaitu adik kepada Kim Kardashian berkata comfort food pilihannya adalah Mac and Cheese.
“Saya hanya menggunakan kesemua bahan-bahan organik, pasta bebas gluten, sebaiknya keju bukan dari tenusu, kerana anak-anak dan saya tidak makan gluten atau tenusu,” kata ibu kepada Mason, Penelope dan Reign.
Kourtney memilih untuk memberi sentuhan sihat dan menambah daging bakon dari turkey, susu badam untuk rasa manis, keju kalau boleh organik dan pasta bebas gluten.
“Saya bakar di rak bahagian atas ketuhar supaya ia mempunyai rasa rangup di atasnya. Saya suka campuran rasa dan tekstur Mac and Cheese,” jelasnya lagi.
Hidangan untuk 8 ke 10 orang
6 sudu besar mentega organik
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada hitam
3 cawan organic pepper jack cheese
3 cawan keju cheddar organik
1 paket makaroni bebas gluten
1 sudu kecil mustard
5 cawan susu badam
1/2 cawan tepung organik
1 paket daging bakon (Kourtney menggunakan turkey, korang boleh gunakan jenis citarasa tekak korang)
Cara Buat
1. Panaskan ketuhar kepada 350 darjah.
2. Sediakan pasta mengikut arahan pada paket.
3. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung, garam, mustard, lada hitam dan susu.
4. Kacau selama 10 minit sehingga pekat, di atas api sederhana.
5. Masukkan keju dan biarkan cair sepenuhnya.
6. Tuangkan keju ke dalam pasta. Kacau serata yang boleh.
7. Letak dalam kuali, masuk dalam ketuhar dan bakar sehingga garing, kira-kira 45 minit.
Tips – Sebagai pilihan, korang boleh je guna keju biasa kalau tak suka yang jenis organik. Ikut citarasa masing-masing okay.
So korang yang tengah diet tu boleh la cuba resepi sihat dari Kourtney Kardashian ni.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!