Pelari pecut remaja negara, Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira baru-baru ini mencuri perhatian selepas berjaya meraih keputusan membanggakan apabila memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.
Memetik laporan Astro Arena, atlet muda kelahiran Terengganu itu merupakan antara 13,779 calon yang berjaya memperoleh keputusan 9A dalam semua mata pelajaran, sekaligus membuktikan keupayaannya mengimbangi kecemerlangan dalam bidang akademik dan sukan.
Lebih membanggakan, Izzatul yang juga merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Abdul Rahman Limbong, Kuala Terengganu turut difahamkan sedang mengintai peluang untuk melanjutkan pengajian ke luar negara sebagai langkah seterusnya dalam mengembangkan potensi diri, sama ada dalam bidang akademik mahupun sukan.
Sekiranya perancangan tersebut menjadi kenyataan, beliau berpotensi untuk mengikut jejak langkah pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi yang sebelum ini memperoleh 6A dalam SPM 2021.
Kejayaan tersebut telah membuka peluang kepada Azeem untuk menerima tawaran biasiswa dan seterusnya menyambung pengajian di Universiti Auburn, Amerika Syarikat, sekaligus mengukuhkan kariernya dalam arena olahraga antarabangsa.
Sebelum ini, nama Izzatul Musfirah mula mencetus sensasi apabila berjaya memecahkan empat rekod dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2025 kategori Bawah 18 Tahun (B-18) di Perlis, selain meraih empat pingat emas dalam temasya tersebut.
Atlet pecut muda negara itu terus membuktikan potensinya sebagai bintang masa depan apabila pernah mencipta sejarah di Kejohanan Olahraga MSSM ke-65 dengan menggondol empat pingat emas serta memecahkan rekod dalam kesemua acara yang disertainya, sekaligus mengukuhkan statusnya sebagai antara permata dan penerus legasi olahraga negara.
Sumber: Astro Arena
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semangat juang pasangan beregu Pearly Tan dan M. Thinaah berjaya membuktikan yang mereka adalah kuasa baharu dunia badminton di Malaysia apabila berjaya memenangi saingan Terbuka Perancis sebentar tadi.
Menerusi kemenangan tersebut, pasangan beregu ini mencipta sejarah sebagai beregu wanita pertama Malaysia memenangi acara tersebut yang telah pun diadakan sejak 1908.
Pasangan nombor 11 dunia itu menewaskan juara dunia dua kali dari Jepun iaitu Mayu Matsumoto dan Wakana Nagahara dengan catatan mata 21-19, 18-21 dan 21-15 dalam perlawanan akhir yang berlangsung sengit di Paris.
Pada aksi yang berlangsung di Stade Pierre de Coubertin itu, Pearly Tan dan M Thinaah tidak memberi peluang kepada beregu Jepun dan berlawan habis-habisan biarpun diheret sehingga pusingan ketiga.
Kali terakhir Malaysia menang emas dalam acara Terbuka Perancis adalah pada tahun 2015 menerusi Datuk Lee Chong Wei. Prestasi tertinggi pasukan beregu wanita negara pula sebelum ini menerusi gandingan Wong Pei Tty dan Chin Eei Hui yang menggondol gelaran naib juara pada 2008.
Kejuaraan di Paris kali ini adalah gelaran kedua buat Pearly Tan dan M. Thinaah dalam Jelajah Dunia BWF selepas menjuarai Terbuka Switzerland, tahun lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon, Zarina Zainuddin baru-baru ini meluahkan rasa syukur apabila anaknya, Muhammad Adam Azrai mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2023.
Melalui perkongsian di Instagram, Zarina memaklumkan anaknya, Adam berjaya meraih keputusan 6A dan 2B.
Kredit: Instagram Zarina Zainuddin
“Alhamdulillah. Adam dah dapat keputusan SPM dapat 6A 2B+.Syukur💕” – Zarina
“Sebagai seorang ibu itu pun saya bersyukur sangat. Ibu tak pandai biarlah anak pandai. Semua ibu bapa pun mengharapkan anak berjaya. Saya doakan anak2 kita semua berjaya, amin❤️” – Zarina
Kredit: Instagram Zarina Zainuddin
Anak kepada pelakon itu, Adam mendapat skor A dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains, Sains Sukan dan skor B+ untuk subjek Bahasa Melayu dan Prinsip Perakaunan.
Tahniah kami ucapkan kepada Adam kerana memperoleh keputusan cemerlang. Semoga berjaya dalam apa jua bidang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bahasa Melayu bersifat dinamik. Oleh itu, bahasa Melayu menerima banyak kata serapan dan kata pinjaman daripada bahasa asing seperti bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Belanda dan sebagainya. Kata serapan ialah kata yang sudah lama terserap dalam bahasa Melayu manakala kata pinjaman merupakan kata yang baharu dijadikan bahasa Melayu.
Kata seperti “insurance” dan “audience” daripada bahasa Inggeris juga diserap masuk dalam bahasa Melayu. Jadi, bagaimanakah ejaan yang betul? Adakah “insuran” atau “insurans”? Adakah “audien” atau “audiens”?
Menurut Buku Canggihnya bahasa Melayu Sistem Ejaan Rumi Kemas Kini dan Buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, huruf gugus konsonan “nce” yang melambangkan gugus “ns” yang hadir di akhir kata dalam bahasa sumber disesuaikan menjadi huruf gugus konsonan “ns” dalam bahasa Melayu.
Contoh: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu insurance insurans audience audiens science sains ambulance ambulans
Berdasarkan contoh di atas, huruf gugus konsonan “nce” dalam kata “insurance” dan “audience” disesuaikan menjadi huruf gugus konsonan “ns”. Oleh itu, ejaan “insurance” dan “audience”dalam bahasa Inggeris diubah menjadi “insurans” dan “audiens” dalam bahasa Melayu.
Penyiaran artikel ini merupakan kerjasama Majalah Remaja dan Dewan Bahasa & Pustaka. Artikel ini ditulis oleh Dr. Rabahyah binti Tahir
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!