Seiring dengan hasrat kerajaan Malaysia bagi membendung wabak COVID-19 daripada terus menular dalam kalangan rakyat, Malaysia bakal mempercepatkan lagi program suntikan vaksin apabila menerima bantuan dos dari dua negara besar dunia.

Malaysia terima sumbangan 1 juta dos vaksin AstraZeneca dari Jepun esok dan 1 juta lagi vaksin Pfizer dari Amerika Syarikat pada lusa, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.

 

IKLAN

Jelasnya Malaysia amat mengalu-alukan dan menghargai sumbangan berkenaan yang melambangkan keprihatinan serta kepercayaan kedua-dua negara itu terhadap kerajaan Malaysia dalam usaha memerangi COVID-19 di negara ini dan sebagai sokongan terhadap program imunisasi global.

 

IKLAN

IKLAN

“Bekalan ini akan dapat memperhebat PICK dan bantu Malaysia mencapai nilai-nilai ambang yang digariskan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN). Kesemua vaksin yang telah diperoleh akan diedarkan segera ke semua fasiliti dan PPV untuk kegunaan PICK dalam masa terdekat,” katanya.

Wah, ni merupakan berita baik buat korang yang belum  mendapat tarikh untuk menerima vaksin. InsyaAllah ada rezeki untuk semua terima vaksin. Cuba kena sabar je!

Sumber: Bernama

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI