Menjadi sebahagian dari tanggungjawab kita untuk membantu golongan memerlukan. Tidak kira siapa pun, apa pekerjaan kita, kita dituntut untuk saling membantu mengikut kemampuan diri.
Terima kasih buat para doktor dan mereka yang bertugas di Kementerian Kesihatan kerana sentiasa membantu pesakit yang sebarang keadaan yang memerlukan khidmat mereka diperlukan. Tertarik dengan perkongsian seorang doktor gigi, Dr Mohd Khairul Izwan yang bertugas dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, REMAJA kongsikan pengalaman yang beliau kongsikan ketika merawat seorang remaja lumpuh dan menurutnya, kes ini agak istimewa kerana mungkin amat jarang didapati.
Bacalah perkongsiannya. Jadi selepas ini kalau ada di kalangan ahli keluarga kita yang lumpuh, ilmu ini mungkin amat berguna untuk penjagaan kepada pesakit khususnya bagi bahagian mulut yang mungkin selama ini kurang di beri perhatian.
Dr Khairul Izwan yang berkongsi kisah merawat remaja yang alami kelumpuhan Spastic Quadreplegia Cerebral Palsy. Gambar dari FBnya
Sedikit perkongsian dari saya yang berkesempatan untuk merawat seorang pesakit pada minggu lepas. Kes pesakit ini agak “istimewa” sedikit berbanding kes-kes lain yang biasa saya temui di klinik sebelum ini.
Pada minggu lepas, seorang ibu membawa anak perempuannya yang kurang upaya ke klinik gigi. Ibunya bimbang kerana bibir atas anaknya bengkak sejak beberapa hari dan keluar “ulat” daripada bibirnya yang bengkak.
Anaknya baru berumur 15 tahun dan menghidap Spastic Quadreplegia Cerebral Palsy disebabkan oleh masalah perkembangan saraf yang terganggu menyebabkannya menjadi lumpuh seluruh badan serta tidak mampu bergerak.
Luka di atas bibirnya akibat cuaca kering menjadi punca pembiakan ulat lalat
Setelah pemeriksaan lengkap dijalankan, didapati terdapat luka pada bibir atas adik ini yang bengkak dan terlihat seolah-olah ada sesuatu “benda lembut yang bersarang” di dalamnya. Rupa-rupanya benda lembut tersebut adalah larva lalat yang membiak pada luka di bibirnya.
Kalau nak tahu larva lalat ini bentuk dia macam ulat berwana putih yang bergerak laju tu. Biasa kita jumpa ulat macamtu pada benda-benda yang kotor atau dekat tong sampah yang sisa buangannya dibiarkan dalam tempoh waktu yang lama.
Larva lalat ini boleh membiak pada tisu/kulit manusia atau haiwan yang masih hidup ataupun yang telah mati.
Ads
Beginilah rupa ulat sampah yang banyak ditemui pada sampah sarap yang dibiarkan beberapa hari tanpa dipungut. Gambar dari FB beliau.Bayangkan kesakitan dirasai remaja ini akibat larva lalat yang sudah membiak di bahagian atas bibirnya. Gambar dari fb beliau.
Keadaan begini disebut sebagai “maggot infestation” ataupun “oral myiasis”. Asalnya bibir atas adik ini cuma mengalami luka kecil disebabkan oleh kekeringan (mungkin kerana cuaca sekarang yang panas). Oh ya adik ini tidak dapat makan atau minum seperti orang biasa kerana ketidakmampuannya untuk menelan. Jadi beliau cuma mampu makan melalui “nasogastric tube/Ryles tube” sahaja yang disambungkan melalui hidungnya.
Disebabkan ketidakmampuannya untuk bergerak, jadi mungkin ada lalat yang kebetulan hinggap pada bibirnya yang kering serta luka dan kemudian bertelur di dalamnya. Jangan salah faham pula kerana ibunya memang menjaganya di rumah secara sepenuh masa, cuma mungkin pada waktu tersebut ibunya tidak perasan ada lalat yang hinggap pada bibir adik ini dan bertelur di dalamnya.
Ditambah pula dengan kebersihan mulut serta gigi adik ini yang kurang baik kerana ketidakmampuannya untuk memberus gigi sendiri menyebabkan telur lalat tersebut dapat membiak dengan cepat membentuk larva dan mengakibatkan bibir atasnya menjadi bengkak.
Kes adik ini terpaksa dirujuk segera kepada klinik pakar bedah mulut di hospital besar yang jaraknya lebih kurang 50km dari klinik pergigian tempat saya bertugas. Di sana, doktor pakar membuat prosedur membuang larva lalat tersebut yang jumlah kesemuanya adalah sebanyak 16 ekor.
Kemudian adik ini dirujuk kembali kepada kami dan beliau diarahkan untuk ditahan di wad di hospital daerah yang berdekatan dengan klinik saya bertugas bagi memudahkan kami melakukan pencucian rutin terhadap luka adik tersebut.
Ads
Pada hari kedua, masih ditemukan larva lalat sebanyak 3 ekor semasa kami mencuci luka adik tersebut di wad. Luka tersebut terpaksa dicuci menggunakan gauze yang dibasahkan dengan Turpentine Oil selama 30 minit bagi menyukarkan larva lalat tersebut bernafas seterusnya memudahkan kami untuk menangkapnya dan memasukkannya ke dalam air panas. Larva lalat ini akan mati pada suhu yang tinggi.
Sepanjang 3 hari kami mencuci luka adik ini di wad, perasaan sayu dan sedih sentiasa menyelubungi hati kami kerana kasihan melihat keadaannya yang lumpuh dan tidak mampu bergerak. Sesekali air matanya mengalir seolah-olah menahan sakit walaupun kami telah memberikan ubat bius setempat pada kawasan luka sebelum melakukan prosedur pencucian tersebut.
Alhamdulillah setelah 3 hari kami mencuci lukanya, larva lalat tersebut telah berjaya dikeluarkan sepenuhnya dan lukanya juga menunjukkan tahap penyembuhan yang baik.
Lukanya dijahit dan ubat-ubatan dibekalkan.
Beliau dibenarkan keluar dari wad semalam dan kami meminta ibunya untuk menjaga kebersihan mulutnya dengan baik di rumah bagi membolehkan luka tersebut sembuh sepenuhnya dan bagi mengelakkan keadaan tersebut berulang kembali.
In sha Allah minggu depan kami akan review lagi adik ini di klinik bagi membuka benang jahitan dan melihat tahap kesembuhannya.
Ads
Walaupun kes myiasis begini jarang-jarang berlaku, namun ianya boleh terjadi kepada kita ataupun orang disekeliling kita. Jika anda mempunyai ibu bapa atau saudara mara yang tidak lagi berupaya bergerak disebabkan kerana lumpuh akibat sakit ataupun kerana telah tua, sering-seringlah lihat keadaan mulut mereka dan bantulah mereka menjaga kebersihan mulut mereka bagi mengurangkan risiko terjadinya keadaan begini.
Lalat boleh hinggap pada luka yang terdedah pada tubuh badan anda termasuk di bahagian mulut dan bertelur di dalamnya. Keadaan mulut yang tidak bersih boleh menggalakkan lagi pembiakan telur lalat ini. Oleh itu bantulah mereka memberus gigi atau sekurang-kurangnya membersihkan mulut mereka dengan menggunakan tuala basah yang bersih.
Sesungguhnya syurgalah tempat adik ini dan kami tahu Allah meminjamkannya ke dunia ini sebagai tempat untuk kami juga mengumpul pahala dengan membantunya sedaya upaya kami. Terima kasih Allah kerana memberikan kesempatan buat kami untuk berbakti kepadanya.
Semoga ada sesuatu yang anda semua boleh ambil sebagai iktibar daripada kisah ini.
Sekiranya korang baru saja klik pada artikel ini, besar kemungkinan korang sedang melayari laman media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter – caught cha!
Tak salahpun sebenarnya untuk kita melihat perkembangan terkini di media sosial pilihan masing-masing. Namun, statistik yang baru dikeluarkan oleh pakar mengenai masa yang kita habiskan di media sosial amat merisaukan. Mereka mendapati kita menghabiskan suku hari di media sosial sahaja.
Malah, 17 peratus di kalangan rakyat Malaysia sanggup menghabiskan sejumlah sembilan jam (!) di media sosial saja pada setiap hari. OMG! Ia sebenarnya tidak mustahil memandangkan kita mempunyai lebih daripada 3 jenis aplikasi media sosial dalam telefon pintar serta pada komputer riba.
Situasi ini bukan saja merisaukan produktiviti kita sebagai rakyat Malaysia, malah ia juga membawa kesan negatif berpanjangan kepada keadaan salah satu pancaindera paling utama untuk manusia – iaitu mata.
Obsesi terhadap media sosial mengakibatkan simptom seperti mata penat dan kesakitan yang menggangu kelangsungan harian kita.
Ya, tidak salah untuk kita bergantung harap pada dunia digital.
Semua perkara pada zaman ini berkait semula kepada dunia digital – tak kiralah untuk membeli-belah, perbankan dan tentunya untuk berhubung…
Jadi Apakah Solusi Yang Ada?
Sebagai pakar industri penjagaan mata, Essilor adalah di antara jenama yang risau dengan trend melihat skrin digital ini, terutamanya di Malaysia.
Selain berterusan mengingatkan kita semua akan impak yang boleh berlaku pada mata kita jika gaya hidup di dunia digital tidak diubah, Essilor juga menyediakan solusi yang boleh diambil. Senang cerita, sediakan payung sebelum hujan!
Essilor Malaysia baru-baru ini melancarkan beberapa lensa baru yang boleh melindungi mata daripada cahaya biru merbahaya semasa menatap ke skrin digital. 3 lensa yang dimaksudkan ialah Eyezen, Crizal dan Transitions.
Lihat antara kelebihan lensa-lensa ini dalam memperbaiki pandangan seseorang dengan teknologi.
Eyezen Start
Ia mempunyai teknologi Eyezen DualOptim iaitu teknologi baru untuk lensa rabun jauh dan dekat.
Keseluruhan permukaannya secara automatik membantu seseorang mengesan objek jauh mahupun dekat bergantung kepada ‘power’ yang diperlukan oleh pemakai – there and then. Ia sesuai bagi korang yang selalu berdepan dengan simptom keletihan mata.
Crizal Blue UV Capture
Lensa ini melindungi mata daripada cahaya biru-violet negatif dan membenarkan cahaya positif sampai ke mata.
Cahaya biru sebenarnya diperlukan oleh kita semua untuk menentukan tempoh masa tidur yang kita perlukan. Ia juga membantu menguatkan lagi memori seseorang. Dengan penapis cahaya biru-violet ini, ia memberikan korang pandangan yang lebih jelas.
Transitions Signature Gen 8
Ini adalah di antara lensa dengan teknologi hebat untuk menyeimbangkan pandangan korang dalam pelbagai jenis situasi sekeliling. Ia melindungi mata 100% daripada cahaya UV dan cahaya biru-violet negatif sama ada di kawasan dalam mahupun luar.
*
Banyak sebenarnya kelebihan yang ditawarkan oleh Essilor Malaysia dengan lensa-lensa ini.
Istimewanya dari 1 September hingga 31 Oktober ini, Essilor menawarkan promosi diskaun sebanyak 50 peratus sekiranya membeli 2 pasang lensa. Korang boleh merebut tawaran ini di kedai optikal yang ada menjual lensa daripada Essilor.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Viral di media sosial tentang penyakit Polio setelah selama 27 tahun negara kita bebas daripada virus ini.
Terbaru, seorang bayi yang berusia 3 bulan disahkan dijangkiti virus tersebut akibat mengalami demam diikuti lemah anggota badan. Pihak hospital telah mengesahkan bayi dari Sabah itu dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1).
Hasil ujian pengesahan dijalankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Makmal Serantau Polio di Australia, virus itu mempunyai kaitan genetik dengan virus polio dikesan pada kes Acute Flaccid Paralysis (AFP) di Filipina. (Harian Metro)
Apa itu polio?
Mungkin ramai yang masih tidak tahu apa itu polio. Menurut myhealth.gov.my, polio atau poliomyelitis adalah akibat jangkitan virus polio yang merosakkan sistem saraf pusat. Virus ini lazimnya menjangkiti kanak-kanak bawah 5 tahun yang belum mendapat pelalian. Jangan tak tahu, virus ini juga boleh menjangkiti orang dewasa.
Agen penyebab: Poliovirus jenis 1, 2 dan 3 (genus Enterviruses). WPV jenis 2 telah dibasmi semenjak tahun 1998.
Cara jangkitan: Berlaku dari orang ke orang melalui transmisi faecal-oral. Ini bermaksud kontaminasi dengan najis dari individu yang dijangkiti. Namun, wabak polio jarang berlaku disebabkan oleh makanan atau air yang tercemar kerana 95% kes yang dijangkiti tidak akan mengalami gejala.
Jangkitan virus polio biasanya berlaku dalam saluran gastrousus (GI) dan merebak ke kelenjar limfa setempat. Dalam kes tertentu ia merebak ke sistem saraf pusat.
Tempoh pengeraman: 7 hingga 14 hari sebelum gejala timbul. Ia boleh berlaku seawal 3 hari.
Simptom polio
⦁ Sebanyak 95% kes tidak menunjukkan gejala dan tubuh membentuk antibodi memberi perlindungan sepanjang hayat
⦁ 5% lagi menunjukkan tanda dan gejala selesema dan kemudiannya pulih semula
⦁ Kurang dari 1% kes yang dijangkiti virus polio menyebabkan penyakit lumpuh yang menjejaskan sistem saraf
⦁ Tanda dan gejala ringan yang terdapat dalam 5% pesakit yang dijangkiti adalah demam, malaise (letih dan lesu), sakit kepala, loya dan muntah
⦁ Pesakit boleh menjadi lumpuh sekiranya virus ini menyerang sistem saraf pusat. Pesakit akan mengalami sakit otot dan kaku di bahagian leher dan belakang.
⦁ Lumpuh biasanya tidak simetri (bukan pada kedua-dua belah anggota) dan pesakit mengalami demam sebelum lumpuh peringkat awal. Kaki lebih kerap terjejas berbanding tangan
Komplikasi & Rawatan
Komplikasi yang berlaku bukanlah sesuatu yang biasa. Otot pernafasan dan/atau otot menelan menjadi lumpuh sehingga boleh mengancam nyawa. Kelumpuhan anggota badan adalah kekal.
Tiada rawatan khusus tetapi rawatan diberikan semasa fasa akut sehingga ke peringkat komplikasi lumpuh. Peralatan pernafasan diperlukan bagi pesakit yang mengalami kelumpuhan otot pernafasan. Terapi fizikal dilakukan untuk memaksimumkan fungsi otot selepas menjadi lumpuh bagi mencegah kecacatan lain yang muncul lewat.
Panduan mencegah jangkitan
Apa yang korang boleh buat untuk mencegah daripada jangkitan polio adalah seperti berikut:
⦁ Basuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas menggunakan tandas
⦁ Pastikan sanitari baik, gunakan tandas dengan sistem kumbahan yang baik
⦁ Didihkan air minuman atau minum air yang dibotolkan atau air berkarbonat. (pastikan pembalut penutup botol tidak rosak)
⦁ Makan makanan yang tidak memerlukan banyak pengendalian. Kupas kulit buah-buahan. Elakkan salad atau ulam-ulaman (sayuran yang tidak dimasak)
⦁ Memakan hidangan bufet sebaik sahaja dihidang
⦁ Elakkan makan makanan berbungkus yang dijual di tepi jalan
Jangan ambil mudah tentang penyakit ini, lebih-lebih lagi buat mereka yang sudah mempunyai anak. Pastikan anak-anak menerima polio (IPV) yang lengkap iaitu ketika bayi berumur 2 bulan, 3 bulan, 5 bulan dan imunisasi tambahan ketika bayi berumur 18 bulan.
Program Imunisasi Kebangsaan adalah percuma untuk warganegara dan boleh didapati di semua klinik kesihatan. (Kementerian Kesihatan Malaysia)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Situasi susah untuk mencari kerja di kalangan lepasan institut pengajian tinggi tidak pernah reda.
Apabila ekonomi kurang memberansangkan, ramai remaja dan belia yang mengeluh tiada peluang pekerjaan terutamanya dalam bidang pilihan masing-masing.
Apabila ekonomi bertukar baik pula, ramai yang mengeluh tentang trend semasa banyak syarikat korporat yang sudah menukar sistem pekerja kepada sistem digital dan tak lama lagi, robotik.
Jadi bagaimana dengan sumber pekerja baru yang semakin lama semakin disisihkan?
Sempena istiadat pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini, Editor Eksekutif Astro Awani Ashwad Ismail dan Editor Kanan Astro Awani Cynthia Ng diperkenan masuk mengadap di Istana Negara baru-baru ini, untuk mencari sisi lain raja kelahiran Pahang itu.
Baginda ditanya mengenai senario tenaga kerja manusia bakal diganti dengan robot dalam masa lima atau enam tahun akan datang. Ini respon Baginda terhadap isu tersebut.
“Saya pernah baca mengenainya. Tetapi, ia tertakhluk kepada bidang tertentu seperti high technology atau heavy industries.
Bukan secara keseluruhannya. Kalau sesebuah negara mempunyai labour force yang besar, tak sesuai untuk mereka mengguna robot kerana rakyat tidak akan mempunyai pekerjaan.
“Pihak kerajaan juga harus tahu di mana dan bila robot is applicable or not,” titah Baginda lagi.
Saksikan Eksklusif Bersama Yang di-Pertuan Agong XVI pada jam 9 malam ini di astroawani.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!