Siapa sangka di sebalik akaun Twitter @azusagakuyuki yang memiliki lebih 16 ribu pengikut merupakan seorang lelaki berusia 50 tahun. Rata-rata warga twitter terkejut setelah mengetahui identiti sebenar ‘gadis’ cantik yang gemar menunggang motosikal tersebut. Kejadian yang berlaku di Jepun ini membuatkan warga maya tercuit hati tidak kurang juga ada yang tertipu selama ini.
Tepat dengan kata-kata bahawa jangan percaya apa yang kita lihat di internet, kadangkala ada perkara yang terselindung. Selalu dilihat bergambar dengan motosikal berkuasa tinggi Yamaha, identiti lelaki tersebut akhirnya berjaya dirungkai oleh sebuah rancangan televisyen di sana.
Ads
Pembongkaran ini bermula apabila netizen mendapati ada sesuatu yang aneh pada cermin motosikal yang mana refleksi tidak menunjukkan rupa seorang wanita tetapi rupa-rupanya seorang lelaki tua.
Ads
Menggunakan aplikasi penukaran wajah, dia memperoleh banyak tanda suka dan juga pengikut yang suka akan kecantikan ‘wajahnya’. Berkata kepada kru rancangan televisyen terbabit, “Saya mahu berkongsi gambar saya menunggang motosikal tetapi tiada orang yang mahu melihat seorang pakcik.”
Ads
***P/S- Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya. Kalau berkenalan di laman maya jangan lupa nak video call. Bukan apa, takut tertipu nanti. Hihihi
Rakyat Malaysia kini bolehlah menarik sedikit nafas lega setelah kita diberikan kelonggaran minor untuk menjalani kehidupan separa normal berbanding semasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilaksanakan 1 Jun lalu.
Kedai makan telah mula dibuka, aktiviti ‘dine-in’ juga dibenarkan di sesetengah kawasan.
Tinjauan REMAJA mendapati semakin banyak pusat membeli-belah yang telah dibuka di Lembah Klang bagi memudahkan peniaga menjalankan perniagaan masing-masing. Ini berikutan kenaikan peratusan individu yang telah memperolehi dua dos suntikan vaksin.
Namun dalam diam, sebenarnya masih ada satu cabang industri yang belum dibenarkan beroperasi seperti biasa iaitu industri pawagam Malaysia.
Saban minggu, ada saja filem baharu yang ditayangkan di segenap pelusuk dunia namun di Malaysia, peminat kempunan untuk menontonnya di layar agam. Bagi filem syarikat produksi yang mempunyai platform penstriman seperti Disney sebagai contoh, tiada masalahlah untuk kita menontonnya di rumah walaupun kepuasannya tidak sama.
Namun bagi filem terbitan syarikat yang kecil lebih-lebih lagi filem keluaran syarikat penerbitan tempatan, mereka terus mengeluh memikirkan filem mereka tidak mendapat tontonan menyeluruh di Malaysia.
Terbaru, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Yang Berhormat Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan balas kepada syarikat pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) telah memberikan komen mengenai dilema ini.
Terdahulu pada 1 September 2021, beliau telah membuka kotak cadangan untuk membantu kementeriannya menyelesaikan masalah berkaitan. GSC kemudiannya cuba mendapatkan sokongan kementerian untuk membuka semula pawagam selari dengan peringkatan jumlah individu yang telah mendapat dua dos suntikan vaksin.
Lalu kata Annuar Musa, “Ya, saya sedar keadaan pawagam-pawagam di Malaysia dan saya sudah bawa isu ini ke Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama isu-isu lain berkenaan industri kreatif. InsyaAllah kerajaan akan mengumumkan sesuatu tidak lama lagi.”
Ya, saya sedar keadaan pawagam-pawagam di Malaysia dan saya sudah bawa isu ini ke MKN bersama isu-isu lain berkenaan industri kreatif. InsyaAllah kerajaan akan mengumumkan sesuatu tidak lama lagi. https://t.co/aytp8XQEyO
Dengan ciapan tersebut, ia seakan memberi peminat filem secebis harapan untuk menonton beberapa filem berbajet besar di pawagam. Ini termasuklah filem Shang-Chi & the Legend of the Ten Rings (September), No Time To Die (September), Venom : Let There Be Carnage (Oktober), Dune (Oktober), House of Gucci (November), The Matrix 4 (Disember) dan Spider-Man : No Way Home (Disember).
Filem mana yang paling korang nanti-nantikan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini berita kemangkatan ratu England, Ratu Elizabeth yang telah menjadi topik perbualan ulung seluruh dunia terutamanya di negara-negara Komanwel. Malah, rata-rata negara UK berkabung selama 10 dan beberapa hari sebelum itu merupakan perlantikan Perdana Menteri (PM) negara tersebut iaitu Liz Truss.
Namun, selepas 44 hari memegang jawatan tersebut Liz Truss telah meletak jawatan ketika UK sedang berhadapan dengan krisis ekonomi.
Hal ini memberi peluang kepada ahli politik Parti Konservatif, Rishi Sunak mengukuhkan kedudukannya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri baharu Britain selepas pencabar utamanya, Boris Johnson menarik diri daripada pencalonan kepimpinan Parti Tory untuk merebut jawatan tersebut.
Berikut adalah 5 fakta tentang Rishi Sunak yang korang boleh check out;
Dilahirkan di Southampton pada tahun 1980 dalam keluarga keturunan Punjabi-India. Ibu bapanya berhijrah ke United Kingdom pada 1960-an, di mana bapanya merupakan seorang doktor dan ibunya pula mengusahakan farmasi. Ia menjadikan beliau Perdana Menteri pertama daripada etnik minoriti dan penganut Hindu pertama.
2. PM Termuda Selepas 200 Tahun
Sumber Gambar : (AFP) Via Indiatoday.in
Rishi Sunak yang merupakan Ahli Parlimen Richmond itu bakal menjadi PM termuda iaitu pada umur 42 tahun, sehingga 1783, hanya ada seorang perdana menteri yang lebih muda daripadanya iaitu William Pitt the Younger yang berusia 24 tahun ketika dia menjawat jawatan itu.
Malah, David Cameron dan Tony Blair sebelum ini berusia 43 tahun ketika memegang jawatan tersebut.
3. Mempunyai Kelulusan Universiti Oxford Dan Universiti Stanford
Selepas belajar di Kolej Winchester, sebuah sekolah awam yang paling berprestij di dunia, Sunak meneruskan pengajiannya dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi di Kolej Lincoln, Oxford.
Setelah menamatkan pengajiannya, beliau telah dipilih sebagai Sarjana Fulbright di Universiti Stanford di Amerika Syarikat. Ini menandakan beliau pelajar yang sangat meyakinkan dan dia meninggalkan institusi itu dengan ijazah MBA.
4. Pengasas Firma Pelaburan Perbankan
Sebelum terlibat dalam politik, Sunak bekerja sebagai penganalisa untuk firma perbankan pelaburan Goldman Sachs antara tahun 2001 dan 2004.
Ini memulakan kerjayanya dalam bidang kewangan yang diceburinya selama lebih dari satu dekad dan pada tahun 2009 beliau mengasaskan firma dana lindung nilai (hedge fund) iaitu Theleme Partners.
5. Ahli Politik Terkaya
Sunak bertemu dengan isterinya Akshata Murty semasa belajar di Universiti Stanford dan dia adalah anak perempuan NR Narayana Murthy yang merupakan lelaki keenam terkaya di India.
Isterinya itu juga seorang pereka fesyen terkenal, kedua-dua mereka itu dikatakan memegang aset dengan nilai bersih £730 juta (RM 39 bilion), menjadikan mereka antara orang terkaya di UK, malah Sunak juga menerima gelaran ‘ahli parlimen terkaya’.
Wow, hebatnya PM UK yang baru ini. Moga terus berjaya di masa akan datang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita kehilangan seorang remaja 17 tahun ketika memancing bertukar menjadi tragedi sedih apabila enam penyelam bomba yang terbabit dalam pencarian itu lemas akibat terbelit di dasar.
Sememangnya tugas seorang penyelamat menyandang tanggungjawab yang besar kepada masyarakat dan sewajarnya kita memberi penghormatan kepada kerjaya mereka.
Tidak semua orang berani untuk mempertaruhkan diri demi menyelamatkan nyawa orang lain, tetapi inilah yang dilakukan oleh pasukan penyelamat, sentiasa meletakkan diri mereka yang kedua demi mengutamakan masyarakat.
Namun begitu, ada juga dikalangan anggota penyelamat ini yang terkorban dalam misi menyelamat. Korang mesti ingat lagi tentang kisah pengorbanan hero-hero ini.
1. Apolos Jeremos
Lebih kurang tiga tahun yang lalu, seorang anggota maut terkena renjatan elektrik ketika melakukan operasi memadamkan kebakaran belukar di Taman Kenari Batu 7, Sandakan.
Apolos Jeremos, 25, terkena renjatan daripada pendawaian yang disambung secara haram di kawasan perumahan setinggan berhampiran taman perumahan itu.
Akibat rasa tidak bertanggungjawab orang lain, anggota penyelamat ini pula yang jadi mangsanya.
2. Saman Gunan
Pada Jun lalu, sepasukan bola sepak kanak-kanak berusia 11 hingga 16 tahun bersama coach mereka telah terperangkap di dalam gua Tham Luang Nam Ning di Chiang Rai, utara Thailand berdekatan Myanmar.
Apa yang menyedihkan, seorang anggota penyelamat, Saman Gunan telah pun terkorban sewaktu memindahkan tangka berisi oksigen dari muka gua ke lokasi kanak-kanak itu terperangkap. Bekalan oksigennya berkurangan menyebabkan dia pengsan dalam perjalanan.
3. Enam penyelam bomba
Mohd Fatah Hashim, Mazlan Omarbaki, Adnan Othman, Izatul Akma Wan Ibrahim, Muhammad Hifdzul Malik Shaari dan Yahya Ali antara enam penyelam anggota bomba Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang telah lemas ketika operasi menyelamat seorang remaja yang tergelincir ke dalam lombong.
Pasukan perubatan yang berada di lokasi memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada semua mangsa tetapi kesemuanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Berita ini mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia dan mengganggap pengorbanan mulia mereka adalah sesuatu yang perlu diberi penghormatan dan sanjungan oleh masyarakat.
Siapa sangka, individu yang datang untuk menyelamat tetapi sebaliknya menjadi mangsa korban. Besar sungguh jasa mereka kepada masyarakat kita.
Apa-apa pun, kami memang salute dengan petugas awam yang sanggup menghadapi risiko serta mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan orang lain. Salam takziah buat semua keluarga mangsa yang terkorban dan semoga roh mereka dicucuri rahmat. Al-Fatihah..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!