Rahsia ajal maut sememangnya adalah ketentuan Ilahi dan jauh daripada pengetahuan manusia.
Namun di saat menghampiri kematian, kita sering terdengar atau terbaca kisah arwah yang seakan memberi petanda kecil bahawa masanya sudah tidak lama.
Dalam insiden malang yang menimpa Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya yang maut di Kem Lok Kawi di Sabah, semalam, balu kepada arwah juga seperti dapat mengagak ada sesuatu yang tidak kena.
Nour Shafinar Harun, 31 dilihat masih dalam keadaan pilu mengenangkan pemergian suami semasa ditemui oleh rakan media. Ia bermula sejak arwah dihantar ke Lapangan Terbang Subang oleh isterinya itu.
“Kami bersalaman dan cium seperti biasa. Saya minta maaf dan minta halalkan makan minum, juga seperti biasa.
Ads
“Tapi saya berasa marah dengan tugasnya kali ini dan pemergiaannya ke Sabah. Bila dah sampai di sana, saya dapat rasakan dia jauhkan diri daripada saya. Dia juga ‘beri peluang’ untuk saya marah dia, macam nak jauhkan diri daripada saya,” kongsi ibu kepada 3 cahaya mata itu.
“Saya sempat untuk menelefon dan beritahu saya rindu serta saya dia. Dia cuma menjawab ‘sayang’ dan tidak cakap banyak. Itu kali terakhir kami bercakap.”
Katanya lagi, perkahwinan mereka selama ini membuatkannya merasa bahagia. Malah dia rasa bertuah mendapat arwah sebagai suami dan menganggapnya sebagai ayah terbaik untuk anak-anak mereka.
Ads
Setakat ini, Nour Shafinar belum lagi melihat apa-apa video kejadian. Dia hanya menerima berita pemergian suami.
Mejar Mohd Zahir Armaya yang merupakan anak kepada pelakon komedi A R Badul maut dalam satu insiden tertembak raifal ketika melakukan demonstrasi di pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu semalam.
SUMBER: AWANI
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Di pasar malam, ada dijual kulit ayam yang sudah disalut tepung berperisa. Rasanya yang garing dan sedap membuatkan sebahagian penggemarnya membeli untuk dimakan begitu saja.
Namun ada juga spektikal mengatakan kulit ayam mampu menambahkan kolesterol dalam badan. Kulit ayam dikatakan mengandungi lemak yang tinggi, boleh membuatkan berat badan naik serta lain lagi masalah. Ada yang memilih untuk membuangnya kerana mahukan makanan sihat namun ada sebahagian pula menggoreng kulit ayam bersama isi ayam kerana rasanya yang sedap.
Untuk perkongsian, ada fakta yang betul tentang keburukan makan kulit ayam tapi tahukah kulit ayam juga ada manfaatnya.
Menurut data yang disiarkan oleh The National Nutrien Database USDA, dalam 100 gm kulit ayam, mengandungi sekitar 9 gm lemak. Di mana hanya 30 peratus darinya merupakan lemak tepu dan bakinya merupakan lemak tak tepu.
Dalam 100 gm kulit ayam juga mengandungi sekitar 109 miligram kolesterol. Sebagai perbandingan, 113 gram bahagian dada ayam tanpa kulit, hanya mengandungi sekitar 3 gram lemak di mana kandungan lemak tepu hanya mencapai 0.4 peratus dari keseluruhan kalori.
Manfaat kulit ayam
Sebahagian besar lemak dalam kulit ayam merupakan lemak tak tepu yang membantu menurunkan kadar kolesterol jahat dan tekanan darah. Kulit ayam juga mengandungi omega 9 atau asid oleic yang membantu mengurangkan risiko penyakit strok dan kardiovaskular. Nutrisi ini juga membantu penyerapan vitamin dan menstabilkan hati.
Hokay, memandangkan kulit ayam ada banyak manfaatnya, korang kena tahu jugalah apa sisi tak elok kulit ayam terutama jika dimakan secara berlebihan.
Kulit ayam memang elok kalau dimakan bukan dalam kadar berlebihan. Jika dimakan berlebihan, risiko yang perlu ditanggung ialah ia meningkatkan kolesterol dan risiko serangan penyakit jantung.
Makan berlebihan juga akan membawa kepada masalah kencing manis type 2, rheumatoid arthritis, asma dan kanser. Ia juga boleh memberi risiko kepada peningkatan kalori dan lemak tepu. Malah dengan lebihan kalori dan lemak berlebihan, boleh meningkatkan risiko obesity yang membawa kepada pelbagai penyakit kronik lain.
Untuk mencegah kesan sampingan tersebut, pakar kesihatan dari The American Heart Assocition menyarankan agar pengambilan lemak tepu adalah sekitar 13 gm setiap hari.
Dengan erti kata lain, kulit ayam sebenarnya tidak berbahaya asalkan makan secara berwaspada. Bukan saja kulit ayam, tapi kalau makan apa pun dalam kuantiti berlebihan, memang korang cari penyakit laa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, mengikut laporan lapor Astro Awani. Ismail Sabri dijangka akan membawa dan berucap dalam Bahasa Melayu sewaktu di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) buat kali ke-77 di New York pada 23 September ini.
foto via BERNAMA (2021)
Malah, delegasi Malaysia ini yang juga diketuai oleh beliau akan membincangkan topik seperti inflasi, pandemik COVID-19, krisis di Myanmar dan juga konflik antara Ukraine dan Rusia.
Menurut Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dalam sesi debat umum yang bakal berlangsung dari 20 hingga 26 September ini, Ismail Sabri bakal menyampaikan ucapannya dalam Bahasa Kebangsaan pada 23 September ini waktu tempatan.
Malah, pelbagai kempen pernah dianjurkan saban tahun agar rakyat sedar kepentingan bertutur dalam satu bahasa kebangsaan terhadap perkembangan sosial dan memupuk semangat nasionalisme yang seharusnya ada dalam diri setiap daripada kita.
Antara pemimpin yang turut hadir dalam perhimpunan itu termasuklah Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan yang berucap pada Selasa dan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden pada Rabu hari ini.
Selain itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut bersetuju untuk membenarkan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mengikuti UNGA77 selepas mendapat persetujuan majoriti.
Perdana Menteri juga turut akan menjadi hos majlis makan malam ‘Keluarga Malaysia’ bersama diaspora Malaysia di New York.
Wah, tak sabarnya nak lihat Bahasa Malaysia didengari oleh seluruh dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kecelaruan seks identiti geng-geng kunyit yang secara terang-terangan berani “berbicara” tentang anak ikan mereka yang kacak dan berusia 14 tahun di media sosial khususnya di facebook, nampaknya seakan terbantut.
Ini kerana Presiden International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ), Prof Madya Rafidah Hanim Mokhtar telah membuat satu laporan polis semalam selepas “Group Anak Ikan” yang memaparkan anak ikan masing-masing melibatkan geng-geng kunyit dan pedofilia ini kantoi di media sosial.
Kata beliau di laman fbnya,
Beredar sekarang tentang perbuatan dan perbualan berunsur aktiviti gay/paedofilia menjadikan anak-anak kecil sebagai sasaran. Saya mohon sesiapa yang ada maklumat lanjut tentang individu2 dengan profil tersebut membuat aduan polis atau menghubungi wafiq3108@gmail.com.
Semua ibubapa harus cakna, dan memulakan pendidikan tentang gejala liwat kepada anak-anak. Pendidikan seksual bermula di rumah, dan bagi ibubapa Muslim, kenalkan pada anak anak apa yang halal, dan apa yang haram dalam Islam.
Dua minggu lepas, seorang doktor pakar perubatan keluarga menyampaikan kepada saya sudah ada kes budak lelaki berumur 12 tahun yang HIV positif.
Perangi paedofilia, budaya liwat dan hubungan sejenis.
Bukan saja WAFIQ yang membuat laporan polis tetapi netizen meluahkan rasa marah mereka kepada geng kunyit ini gara-gara begitu terbuka berbicara kecelaruan seks di media sosial. Ramai yang berkata, masa depan remaja ini akan rosak, ada netizen yang lebih ekstrem di mana mereka akan melakukan lebih dahsyat jika bertembung dengan geng kunyit ini serta bermacam-macam makian dari orang ramai yang begitu marah.
Kes hangat ini bermula apabila Group Anak Ikan atas nama Hakimi Captainzr Hafizi telah memuat naik satu tulisan bahawa dia perlu balik secara kecemasan ke Kuantan selepas menerima satu panggilan telefon dari “anak ikannya”. Ayatnya yang menulis dah boleh diTUAI kot ternyata menerima respon dari geng-geng “sakit mentalnya” yang menyatakan budak itu kacak, sedap atau tidak dituai dan sebagainya.
Ternyata ayat menjijik yang kononnya mahu membanggakan diri ini akhirnya mulai kantoi kerana akaun fbnya telah dinyah aktif. Malah akaun Group berkenan juga sudah tidak boleh diakses dan apa yang menakutkan, ia mempunyai keahlian sebanyak 17,000 ahli yang terdir dari latar belakang termasuk mengaku pernah belajar dari universiti-universiti awam di tanahair.
Dari perbualan inilah mencetuskan kemarahan netizen tentang hal TUAI yang dianggap satu perbuatan menjijikkan
Rakaman perbualan menjijiknya melihat geng2 kunyit yang mendakwa bersama anak ikan masing-masing
Selepas berita ini kecoh blog ini sudah tidak boleh diakses lagi
Di sebalik kesibukan tentang Pru, masalah ekonomi dan lain-lain hal lagi, ada juga manusia gila yang tidak pernah ambil peduli asalkan nafsu serakah mereka dapat dilayan. Bukan hanya Hakimi Captainzr Hafizi berkenaan, masa yang sama seorang pemilik akaun atas nama Amirul Hafifi turut membuat satu post yang mendakwa dia bersama anak ikannya. Hal ini ternyata mendatangkan kecaman dari ramai netizen lelaki yang begitu berang dengan tindakannya memuat turun gambar bersama seorang kanak-kanak lelaki.
Ternyata, geng dilaknat Allah ini sangat berani memaparkan kecelaruan identiti mereka dan apa yang sangat menakutkan mangsanya adalah terdiri dari golongan remaja berusia 14 tahun yang mungkin naif dengan pemikiran geng-geng kunyit ini.
Tidak hairanlah, satu langkah segera telah diambil oleh WAFIQ dalam memastikan gejala keji ini dapat dibanteras secepat mungkin.
Ini kerana Prof Madya Rafidah Hanim turut menulis, dia sendiri terperanjat apabila ada kanak-kanak seawal usia 12 tahun dijangkiti HIV seperti dimaklumkan oleh seorang kenalan doktornya. HIV yang mudah dijangkiti akibat dari hubungan seks, seks songsang dan dadah yang dahulunya hanya dialami oleh golongan dewasa kini mula dijangkiti oleh kanak-kanak yang sangat naif tentang realiti kehidupan dunia. Tindakan berani WAFIQ membuat laporan polis sesuatu yang amat terpuji dan harus dibanggakan kerana dengan adanya laporan polis, andai benar geng kunyit ini ada terlibat dengan jenayah seksual, maka tindakan harus diambil segera.
Tidak dinafikan, golongan remaja adalah mereka yang mudah terpengaruh khususnya kepada wang kerana ketika ini keinginan mereka begitu meluap-luap untuk mendapat sesuatu yang mungkin sukar didapati dari ibu bapa.
Masa yang sama, ibu bapa, abang atau kakak-kanak kepada adik-adik ini, tolong prihatin dan ambil tahu dengan siapa anak-anak atau adik-adik anda mesej, whatsapp, berkawan dan sebagainya kerana kita tidak mahu ada yang menjadi mangsa.
HENTIKAN PERBUATAN TIDAK BERMORAL INI kerana zahirnya, lelaki jodohnya adalah untuk perempuan dan begitulah sebaliknya!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi Putri, anak angkat Steven Sim, menunjukkan semangat juang luar biasa walau diuji dengan cabaran hidup dan kesihatan. Ketahui bagaimana beliau terus cemerlang di akademik dengan sokongan Steven Sim.