Tidak keterlalun jika kami katakan bahawa Sarawak merupakan salah sebuah negeri yang banyak malahirkan bakat-bakat berkaliber di Malaysia.
Tak percaya? Antara nama selebriti popular dari Sarawak termasuklah Henry Golding, Dayang Nurfaizah, Zee Avi, James Wan (pengarah filem Conjuring & Saw), Hafiz Suip, Bob Yusof dan ramai lagi.
Satu nama yang ingin penulis letakkan ke dalam senarai tersebut adalah penyanyi dan pencinta lagu, Alena Murang.
Sumber Foto: Instagram Alena Murang
Selain mempunyai bakat yang tidak boleh dinafikan, penyanyi berusia 28 tahun ini telah membanggakan Malaysia setelah dia menerima pencalonan dalam Festival Video Muzik Buenos Aires, pada tahun ini!
Ads
Bukan satu saja kategori yang mencalonkan nama Alena tetapi dua! Ia termasuklah kategori Video Antarabangsa Terbaik dan Penataan Gaya Terbaik untuk video muzik Alena berjudul ‘Midang-Midang’.
Video yang kini mencatatkan lebih daripada 37, 000 tontonan di YouTube ini telah diarahkan oleh Sarah Lois Dorai dan diterbitkan oleh Kanid Studio. Pencalonan ini membuktikan bahawa pemerhati antarabangsa juga menghargai bakat serta kreativiti Alena.
Menurut Alena, bagi video muzik Midang-Midang ini, dia ingin menjayakannya dengan kerjasama pereka fesyen dari Sarawak kerana dia merasakan mereka juga adalah golongan kreatif yang wajar diketengahkan.
“Walaupun idea asalnya adalah untuk mempromosikan Sarawak, rekaannya yang dipilih adalah kontemporari dan bersesuaian dengan mood dan sinematografi Midang-Midang.
(Dari Kiri): Baju rekaan Atelier Karl Jimmy & Wan Bynun(Dari kiri): Baju rekaan Maatin Shakir & Tee Code
“Kami ingin ketengahkan fesyen dalam video muzik ini kerana ia adalah satu ekspresi artistik. Malah, saya juga inginkan kain songket buatan Sarawak mendapat tempat dalam karya kami,” jelas Alena.
Menurut laporan BERNAMA yang mendapatkan komen balas daripada Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Sarawak iaitu Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, beliau berkata musim Covid-19 yang melanda negara pada tahun ini tidak sesekali mematahkan semangat anak Sarawak itu.
“Klip-klip dalam video muzik Alena ini menunjukkan Kelabit Highlands. Kami berharap agar Alena Murang akan terus menjadi salah satu sebab utama masyarakat dunia berminat untuk mengetahui lebih lagi mengenai tarikan negeri Sarawak, sekaligus menjadi destinasi mesti-kunjung sebaik saja situasi pandemik ini telah bertambah baik,” kata beliau.
Tahniah Alena Murang!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penulis percaya, jalan kehidupan semua orang telah ditentukan olehNya. Walaupun berlainan haluan, semua orang diberikan peluang untuk mengejar kejayaan.
Begitu jugalah pendapat yang dilontarkan oleh penyanyi remaja, Aiman Tino yang terlebih dahulu bergiat aktif dalam karier nyanyian sebelum menyambung pelajaran.
Katanya kepada rakan media di Sinar Harian, “Saya memang nak sambung belajar dari dulu lagi, cuma sebelum ini kerjaya baru nak bermula. Saya pun sibuk dengan aktiviti dan rutin setiap hari.
“Alhamdulillah, sekarang semuanya lebih stabil. Mungkin ini waktu terbaik untuk saya ambil peluang sambung belajar. InsyaAllah, saya akan sambung belajar dalam jurusan perniagaan di sebuah kolej di Shah Alam bermula tahun ini.”
Haa, elok juga ambil jurusan tersebut memandangkan Aiman memang aktif melancarkan beberapa projek perniagaan. Antara termasuklah pakaian sekolah, makanan kesihatan dan terbaru, produk minuman Jus Mano yang mula dipasarkan 8 April ini.
Berbalik kepada soal pelajaran di kalangan selebriti, Aiman mengakui akan kepentingan untuk menyambung pelajaran. Namun itu tidak bermakna seorang selebriti perlu menidakkan peluang kerja jika mereka yakin dengan laluan karier mereka pada usia muda.
“Saya akui, SPM memang penting terutamanya jika nak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Tapi, ia bukanlah kayu pengukur kejayaan seseorang.
“Saya sendiri melihat beberapa contoh depan mata, di mana kawan saya yang tak mempunyai sijil SPM namun berjaya dalam kehidupan masing-masing.
“Bagi saya, apa yang penting di sini adalah usaha dan sama ada kita rajin atau tidak untuk menjadi orang yang lebih baik dan berjaya.”
Isu SPM agak hangat diperkatakan pada minggu ini selepas seorang lagi penyanyi remaja, Ismail Izzani mengeluarkan kenyataan dia tidak akan menduduki SPM. Ismail yang mengikuti program belajar dari rumah (homeschool) sebaliknya ingin melanjutkan pelajaran di kolej swasta.
Demi memasuki kolej tanpa sijil SPM, Ismail perlu menduduki satu peperiksaan awal
Korang setuju tak dengan pendapat Aiman Tino dan perancangan Ismail Izzani ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menabung merupakan satu amalan yang sangat digalakkan bagi menjamin masa depan yang lebih baik. Menabung juga merupakan satu kaedah yang sering dipraktikkan oleh golongan remaja dan muda untuk mencapai target mereka membeli sesuatu yang diidamkan atau mengumpul dana untuk trip ke luar negara.
Bagi sesetengah orang menabung dengan cara tradisional dengan menggunakan tabung fizikal menjadi pilihan mereka. Dan ada juga yang menabung dengan cara bermain ‘kuthu‘ bersama rakan-rakan sepejabat. Tidak kurang juga yang menabung dengan menggunakan disiplin diri dengan meninggalkan sejumlah wang di dalam akaun mereka menerusi gaji setiap bulan.
Tapi tahukah korang bahawa terdapat cara bagaimana untuk menabung dengan cara yang mudah dengan menggunakan online banking?
Seorang pengguna Twitter iaitu Qila (@nuraqilamhdidrs) telah berkongsi tip cara yang mudah menabung menggunakan Maybank2u menerusi thread yang dikongsi olehnya.
Bagaimana menabung secara online banking ini berfungsi? Secara ringkas pihak bank akan memotong sejumlah wang daripada akaun anda secara otomatik dan bila tiba tempoh matang ia akan dimasukkan semula ke akauan bank anda.
Qila memberi contoh sekiranya korang mempunyai sasaran untuk menyimpan selama 3 tahun dengan potongan RM300 sebulan, maka pada tempoh matang korang akan berjaya kumpul RM7200
Dengan cara ini korang boleh tunaikan umrah pada usia muda. Hebat bukan!
Jadi bagaimana cara melakukannya? Pertama sekali log in Maybank2u dengan menggunakan browser, Klik ‘Account & Banking’.
Kemudian paparan ini akan keluar di skrin. Tekan ‘Go’.
Pilih tetapan ‘Setup Flexi Saver Plan-i’. Jika tiada sebarang paparan, sila buat panggilan mana-mana cawangan Maybank.
Kemudian klik opsyen dan pilih mengikut kemahuan korang. Sebagai contoh ‘tenure’ untuk tempoh simpanan, ‘contribution amount’ untuk jumlah simpanan setiap bulan dan ‘purpose of flexi plan’ untuk sebab mengapa korang membuat simpanan. ‘Effective date’ pula merujuk kepada bila korang mahu duit ditolak daripada akaun.
Bila semuanya selesai paparan Maybank2u akan keluar begini.
Semoga perkongsian daripada @nuraqilamhdidrs dapat membantu korang untuk menabung untuk pelbagai tujuan peribadi. Terima kasih @nuraqilamhdidrs for this awesome tips! 🙂
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Harapnya selepas ini, tiada lagi rungutan daripada penduduk di bandar Nilai yang sering perlu ke luar kawasan mereka semata-mata untuk menonton wayang.
Panggung wayang pertama di Nilai akhirnya telah membuka pintu mereka semalam! Bertempat di MesaMall Nilai, pawagam mmCineplexes ini juga adalah cawangan ke-20 pawagam tersebut di Malaysia.
Demi penduduk Nilai, mereka telah menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan di sini. mmCineplezes mempunyai beberapa buah hall bagi memberikan kelainan untuk korang pilih.
Paling hebat tentulah Elite Hall yang mempunyai rekaan dinding Prism, tempat letak kaki yang luas dan suasana mewah bagi 44 orang penonton tempat duduk Deluxe-nya.
Selain itu, terdapat juga hall bernama The Mezzanine dan The Duplex yang mempunyai teknologi Dolby Atmos. Sesiapa yang memilih hall ini, memang korang akan terleka menonton filem kegemaran apabila kesan bunyi yang diberikan amat mengkagumkan.
Seperti kebiasaan sekarang, mmCineplezes mempraktikkan sistem pembelian tiket di kiosk layan diri untuk bukan saja membeli tiket tetapi juga untuk memesan makanan serta minuman.
*
Bagi korang yang menetap di sekitar Nilai, rebut peluang untuk memenangi tiket filem percuma dengan menyertai peraduan Sit, Pose & Win oleh mmCineplexes. Apa yang perlu korang lakukan adalah duduk di Deluxe Twin Seat yang disediakan di Ground Floor Mesamall.
Ambil foto dengan cara paling kreatif yang muat naik di media sosial dengan hashtag #mmCineplexes, #mmCineplexescontest dan #mmcMesaMallNilai.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.