Siapa sangka, lirik berbunyi, “We’re goin’ up, up, up it’s our moment,” memberi gambaran awal terhadap fenomena yang akan dicetuskan oleh kumpulan dari Korea Selatan, Huntr/x (disebut Huntrix) menerusi lagu hit mereka, Golden dalam filem KPop Demon Hunters.

Golden sekali lagi menerima pengiktirafan dari dunia hiburan Hollywood semalam apabila memenangi kategori ‘Best Song Written for Visual Media’ di anugerah Grammys 2026 semalam, sekaligus mencetuskan keriangan dalam kalangan rakyat Korea Selatan.

Terdahulu, Golden meraih kejayaan di anugerah Golden Globes ke-83, Januari lalu bagi kategori ‘Best Original Song’.

Artis K-Pop Akan Semakin ‘Mendonia’ Selepas Kemenangan Huntr/x Di Grammy 2026?

‘Golden’ Buka Mata Industri Hiburan Barat

Biarpun Golden berdepan pertikaian sama ada ia layak digelar sebuah lagu K-pop memandangkan ia merupakan sebuah lagu berbahasa Inggeris yang menjadi runut bunyi dalam filem terbitan Sony Pictures Animation dan dipasarkan oleh Netflix, ia bukanlah alasan untuk peminat K-pop tidak meraikan kejayaan yang diterima oleh Huntr/x.

Tidak dinafikan, kebanyakan studio produksi dan label muzik antarabangsa semakin menyedari fenomena yang dicetuskan oleh industri muzik K-pop dan artis-artis yang tergolong dalam kelompok ini di peringkat global.

Ads

Satu-persatu projek kolaborasi tercetus sepanjang tahun 2025; Golden merupakan salah satu testimoni kejayaan penyanyi kelahiran Korea Selatan di mata dunia.

Artis K-Pop Akan Semakin ‘Mendonia’ Selepas Kemenangan Huntr/x Di Grammy 2026?

Begitu juga dengan lagu kolaboratif ‘A.P.T‘ dendangan Rose Blackpink bersama Bruno Mars selain kemunculan kumpulan wanita semakin meningkat naik, Katseye yang turut menerima beberapa pencalonan di Grammys semalam.

Ads

Bukan ‘One Hit Wonder’

Kejayaan Golden di platform sebesar Grammys menerusi kategori ‘Best Song Written for Visual Media’ (malah dicalonkan untuk kategori ‘Song of the Year’) merupakan satu indikasi yang kuat mengatakan artis-artis K-pop kini bukan hanya diterima oleh peminat tetapi juga oleh para pengkritik serta pihak akademi antarabangsa.

Artis K-Pop Akan Semakin ‘Mendonia’ Selepas Kemenangan Huntr/x Di Grammy 2026?
(Dari Kiri): Audrey Nuna, EJAE dan Rei Ami.

Kali terakhir Korea Selatan beraksi cemerlang di acara Barat adalah menerusi filem Parasite yang memenangi kategori; antaranya Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik di anugerah Oscars pada tahun 2020.

Satu persoalan yang timbul di minda ramai pengkritik dan peminat, what is next for Huntr/x?

Ads

Difahamkan, mereka bakal muncul dalam projek filem sekuel KPop Demon Hunters yang sedang diusahakan oleh Netflix dan Sony agar ia sempat ditayangkan pada tahun 2029.

Vokalis utama Huntr/x, EJAE pula baru sahaja meluncurkan lagu solo pertamanya berjudul In Another World pada Oktober 2025 dan muncul dalam album versi deluxe Anyma Disember lalu menerusi lagu Out of My Body.

Sementara itu, Audrey Nuna dijadualkan membuat persembahan solo di upacara pembukaan AFC Women’s Asian Cup di Australia pada 1 Mac. Manakala Rei Ami juga sedang merancang beberapa single terbaru sepanjang tahun ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads