Terbaru, figura ini menjadi tumpuan dunia apabila menggunakan platform Instagram Story (IGs) untuk menggalakkan orang ramai menyalurkan sumbangan kepada Palestin.
Ads
Dalam hantaran tersebut, Grande berkongsi pautan ke tabung ‘Tabung Bantuan Kanak-kanak Palestin’, yang bertujuan untuk membantu rakyat Palestin yang menderita akibat pembantaian oleh rejim Zionis.
Ads
Menurut laporan dari Celebs Arabic, selepas Grande mempromosikan petisyen derma ini di IGs, tabung berkenaan berjaya memperoleh lebih daripada 40,000 USD (kira-kira RM188,000). Ini menunjukkan betapa kuatnya pengaruh bintang pop Amerika-Latin itu dan keprihatinan masyarakat terhadap isu kemanusiaan di Palestin.
Sebelum ini, Grande juga menyatakan sokongannya terhadap Palestin dengan menandatangani surat gencatan senjata untuk masyarakat Gaza yang dikenali sebagai ‘Ceasefire4Gaza’.
Nama Penuh dan Asal-Usul: Nama penuh Ariana Grande ialah Ariana Grande-Butera. Beliau dilahirkan pada 26 Jun 1993 di Boca Raton, Florida, Amerika Syarikat. Nama “Grande” berasal dari datuknya yang berdarah Itali.
Karier Awal di Broadway: Sebelum menjadi penyanyi terkenal, Ariana memulakan kerjayanya di pentas Broadway pada usia 15 tahun. Beliau membintangi muzikal “13”, yang memenangi Anugerah Tony.
Populariti Melalui Nickelodeon: Ariana mendapat pengiktirafan meluas melalui wataknya sebagai Cat Valentine dalam siri televisyen Nickelodeon “Victorious” dan “Sam & Cat”.
Suara yang Hebat: Ariana dikenali dengan jangkauan vokalnya yang luar biasa, merangkumi empat oktaf. Suaranya sering dibandingkan dengan Mariah Carey, penyanyi terkenal dengan jangkauan vokal yang serupa.
Album yang Mencapai Kejayaan Besar: Album pertamanya, “Yours Truly”, dilancarkan pada tahun 2013 dan menduduki tangga teratas Billboard 200. Sejak itu, beliau telah mengeluarkan beberapa album yang berjaya termasuk “My Everything”, “Dangerous Woman”, “Sweetener”, dan “Thank U, Next”.
Pengaruh dalam Fesyen: Ariana juga dikenali dengan gaya fesyennya yang unik, sering kali tampil dengan rambut ponytail yang tinggi dan pakaian yang bergaya. Gaya ini telah menjadi tanda dagangan dirinya dan diikuti oleh ramai peminat.
Pencapaian di Anugerah Muzik: Ariana telah memenangi banyak anugerah sepanjang kerjayanya, termasuk Grammy Awards, Billboard Music Awards, dan American Music Awards. Beliau juga merupakan antara artis yang paling banyak distrim di platform muzik digital.
Sumbangan Amal: Ariana aktif dalam kerja-kerja amal dan sering terlibat dalam kempen untuk menyokong hak asasi manusia, perlindungan haiwan, dan kesedaran tentang kesihatan mental. Beliau juga mengadakan konsert amal untuk mangsa serangan di Manchester pada tahun 2017.
Penyokong Kuat Hak Asasi Manusia: Ariana adalah penyokong kuat hak asasi manusia dan sering bersuara tentang isu-isu seperti LGBTQ+ dan hak wanita. Beliau menggunakan platform media sosialnya untuk meningkatkan kesedaran tentang pelbagai isu sosial.
Bakat dalam Lakonan: Selain menyanyi, Ariana juga berbakat dalam bidang lakonan. Beliau telah muncul dalam beberapa rancangan TV dan filem, serta meminjamkan suaranya untuk watak dalam filem animasi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika anda suka menonton program realiti nyanyian Big Stage, tentu anda sudah biasa dengan bakat-bakat muda tanah air yang mencipta fenomena.
Big Stage bukan sekadar pentas untuk menaikkan imej dan populariti penyanyi muda sedia ada. Malah, ia juga merupakan platform untuk mereka yang berani mengejar impian dan menunjukkan bakat masing-masing.
Bukan itu sahaja, Big Stage turut menyaksikan beberapa bekas pesertanya berjaya menjadi inspirasi kepada orang ramai.
Daripada kurang dikenali menjadi bualan peminat masa kini. Daripada sekadar memiliki 1-2 trek lagu, ada juga alumni Big Stage yang telah bergelar juara pertandingan lagu berprestij di Malaysia! Sekaligus, masing-maisng berjaya mencipta kejayaan luar biasa untuk karier muzik mereka.
Jom kenali empat penyanyi yang merupakan bekas peserta Big Stage musim terdahulu yang menjadi sumber inspirasi kepada para peserta Big Stage Alpha 2025!
Nadeera Zaini – Juara Big Stage Musim 5
Sayang! Eh, sayang siapa? Sayang Nadeera lah!
Siapa tak kenal dengan Nadeera Zaini, penyanyi yang pernah dinobatkan sebagai juara Big Stage musim kelima?
Nadeera terus memikat hati peminat dengan suara dan vokalnya yang unik. Lagu Bukan Lagi Kita yang dicipta oleh Hael Husaini menjadi salah satu lagu hit paling berjaya pada tahun lepas selepas ia menjadi runut bunyi drama Curang Tanpa Niat dan turut dianugerahkan sebagai lagu kedua terbaik di sebuah pertandingan berprestij, baru-baru ini.
Nadeera terus meletakkan namanya selaku salah seorang bintang baharu dalam industri muzik menerusi lagu-lagu popular termasuk dua lagu raya yang amat disukai ramai berjudul Meriah Lain Macam dan Dam Dim Dum Raya.
Aisha Retno – Pemenang Tempat Ketiga Big Stage Musim 4
Penyanyi dan komposer muda berbakat, Aisha Retno merupakan contoh terbaik bagaimana darah seni yang mengalir dalam sebuah institusi kekeluargaan mampu dibawa ke hadapan oleh seorang penerus legasi.
Aisha yang merupakan anak kepada penyanyi Indonesia, Jean Retno Aryani mula menunjukkan minat dan bakat dalam bidang muzik sejak kecil lagi. Terpilih sebagai peserta Big Stage musim keempat, Aisha berjaya menempatkan dirinya di kedudukan ketiga di belakang juara, Elica Paujin dan naib juara ketika itu, Daniel Chuer.
Pelantun lagu Sutera ini meluaskan lagi repertoire dalam bidang muzik menerusi penciptaan lagu. Baru-baru ini, Aisha telahpun menghadiahkan sebuah nukilan lagu raya untuk Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul Raya Nak Ke Mana?
Aisha bukan sahaja berbakat sebagai penyanyi tetapi juga meniti nama menjadi komposer terkenal pada masa hadapan.
Andi Bernadee – Finalis Big Stage Musim 1
Andi Bernadee membuktikan bagaimana teknologi zaman sekarang boleh membantu seorang anak muda mengejar impian.
Bermula dengan memuat naik video nyanyian di aplikasi Smule, percubaan Andi dalam musim sulung Big Stage membuahkan hasil apabila dia mula dikenali sebagai penyanyi, pelakon dan pengacara serba boleh.
Walaupun tidak berjaya menempatkan diri dalam senarai Top 5 pada waktu itu, anak kelahiran Kota Kinabalu ini tidak menoleh ke belakang dan berjaya mencuri hati peminat menerusi lagu-lagu hit seperti Satu Peluang, Donde, Hello, Shimmy dan Penat.
Andi juga berjaya mencipta nama dalam dunia pengacaraan dan lakonan; siapa sangka si kacak ini mempunyai sisi comedic timing yang cukup bernas!
Dengan bakat yang ada, Andi terus memberi inspirasi kepada golongan remaja untuk terus berusaha, mencuba dan tidak sesekali berputus asa. Kejayaan pasti akan menyusul!
Sarah Suhairi merupakan antara nama yang tidak asing lagi dalam dunia muzik Malaysia.
Biarpun kecil fizikalnya tetapi aura serta kebolehan Sarah untuk beraksi di pentas berskala besar memang tidak boleh disangkal. Sebagai juara Big Stage musim pertama, Sarah telah menempa nama di hati peminat muzik tanah air menerusi lagu-lagu seperti Pedih, Nyawa & Raga dan Rise & Fall yang menonjolkan bakat vokalnya yang luar biasa.
Selain nyanyian, Sarah juga aktif menghasilkan lagu-lagu yang memikat hati pendengar. Sarah menunjukkan bahawa dengan semangat dan kesungguhan, sesiapa saja boleh mencapai impian.
Big Stage Alpha 2025 – Boy Group Pertama Astro Bakal Cetus Fenomena!
Kini, Big Stage muncul semula dengan konsep yang lebih dinamik dan segar.
Big Stage Alpha 2025 mengkhususkan sepenuhnya kepada peserta-peserta lelaki dengan matlamat membentuk sebuah boy group pertama di bawah naungan Astro.
Big Stage Alpha 2025 mempersembahkan 18 peserta lelaki dari Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia yang akan bersaing selama 8 minggu untuk menjadi bintang baru.
Musim kali ini ini bukan sahaja memfokuskan pada nyanyian tetapi juga memberi peluang kepada para peserta menunjukkan potensi sebagai the next big thing menerusi interaksi dengan peminat, mencipta naratif emosi yang menarik dan membentuk kelompok pengikut setia.
Kenapa Anda Perlu Tonton Big Stage Alpha 2025?
Big Stage Alpha 2025 adalah peluang terbaik untuk anda menyaksikan bakat-bakat muda dari negara-negara Asia Tenggara disatukan dalam sebuah boy group seperti yang pernah dilakukan di negara powerhouse muzik pop seperti Korea Selatan.
Dengan memetik inspirasi daripada kejayaan bekas-bekas peserta Big Stage yang telah berjaya seperti Nadeera, Aisha, Andi dan Sarah; Big Stage Alpha 2025 secara tidak langsung menyuntik motivasi kepada generasi muda yang ingin mengejar impian mereka dalam dunia hiburan.
Daripada zero to hero, inilah peluang untuk melihat bagaimana mereka berkembang dan mencapai impian mereka.
Saksikan Big Stage Alpha 2025 yang bakal mencipta fenomena dalam dunia hiburan tanah air bermula 27 April 2025 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria. Jangan ketinggalan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Nampaknya kerjaya Shila tahun ini bermula sangat cemerlang. Selepas menjadi juara di Anugerah Juara Lagu ke-36 awal tahun ini, kini dia menambah sebuah lagi trofi sebagai juara The Masked Singer Malaysia musim kedua pula.
Teka-teki misteri siapakah si pemilik suara merdu di sebalik kostum rambutan selama ini akhirnya terjawab. Dalam episod akhir yang disiarkan, Shila atau nama sebenarnya NurShahila Amir Amzah, 31, telah mendendangkan dua buah lagu iaitu Bujang Senang nyanyian asal Wings dan lagu popular Christina Aguilera, Hurt.
Seiring dengan kemenangan itu, seperti mana juara musim lalu, Shila menerima hadiah sebuah trofi berona emas untuk dibawa pulang.
Sementara itu, juara Akademi Fantasia 2016, Amir Masdi yang menyarung kostum Seladang berada di tempat kedua dan penyanyi bersuara lunak, Liza Hanim yang menyarung kostum bunga Orkid berada di tempat ketiga.
Pelakon terkenal, Hannah Delisha yang menyarung kostum Burung Hantu berada di tempat keempat dan Ara Johari yang menyarung kostum Ratu Semut terpaksa berpuas hati berada di kedudukan kelima.
The Masked Singer musim kedua ini telah diadili oleh sembilan juri profesional yang terdiri dari pelbagai latar dalam dunia hiburan. Mereka adalah Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Ramona Zam Zam, Zizan Razak, Raja Azura, Ella, Amy Mastura, Angah Raja Lawak dan Remy Ishak. Manakala, Dato’ AC Mizal pula bertindak selaku hos tetap.
The Masked Singer musim pertama yang lalu, menyaksikan Aina Abdul yang menggayakan kostum Bunga Raya bergelar juara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tular baru-baru ini apabila pelakon cantik popular, Nora Danish mengajak para peminat dan pengikutnya di media sosial untuk sama-sama menghafal salah satu surah di dalam Al-Quran iaitu surah Al-Mulk.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik semula oleh peminat, tindakan Nora Danish atau nama sebenar Nora Mohd Danish Hanif (42) yang mengajak peminat untuk menghafal surah yang boleh menjadi pelindung dari azab kubur bagi umat Islam itu mendapat pujian.
Mengakui masih dalam proses pembelajaran, Nora berkata setakat ini dia baru sahaja menghafal ayat satu sehingga ayat lima.
Kredit: Nora Danish
“Saya sekarang sebenarnya dalam percubaan untuk menghafal surah al-Mulk. Saya harap dengan perkongsian video saya ini akan membuka ramai hati orang di luar sana untuk sama-sama menghafal surah ini dengan saya”
Ujarnya menerusi video yang sama, “Saya baru sahaja hafal ayat 1 hingga 5, jom kita lumba nak sama-sama? Jom dengar saya baca, korang tolong semakkan.”
Kredit: Nora Danish
Dalam pada itu, ramai yang memuji usaha pelakon yang terkenal melalui drama bersiri Puteri dan filem Aku Terima Nikahnya dalam menghafal surah berkenaan dan ada juga yang berkongsi tip cara menghafal dan mengingati surah Al-Mulk dengan cara lebih mudah.
Sementara itu, menerusi akaun Instagram Nora, beliau berharap agar perkongsian yang dibuat akan menjadi manfaat kepada orang yang menonton video tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...