Arabella Ellen secara rasmi diumumkan sebagai Duta Gen Z 2026 jenama tekstil popular, Jakel; sekaligus meletakkan pelakon tersebut sebaris dengan nama-nama besar yang dilantik sebagai duta Jakel lain pada tahun ini termasuklah Kamal Adli, Que Haidar, Elly Mazlein, kumpulan Senario, Cik Epal dan Lorenzo Irmann.
Menerusi hantaran di media sosial, Jakel Textile mengumumkan naib juara pencarian Dewi Remaja 2023 itu sebagai duta terbarunya bagi mendekati jiwa para pembeli dalam kalangan generasi muda.
“Bold. Elegant. Berani lain dari yang lain. Selamat datang, Arabella,” catat Jaket Textile.
Difahamkan juga, Arabella besar kemungkinan akan tampil dalam kempen-kempen Jakel yang lain sepanjang tahun 2026.
Baru-baru ini, Arabella telah tercalon dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular (ABPBH) ke-3.
Ads
Bukan itu sahaja, naskah lakonannya sepanjang tahun 2025 termasuklah drama Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup, Astro Orginals Generasi: Perfect 10 dan Mitos Cinta Akira turut mendapat tempat di hati penonton tempatan.
Tambah manis lagi, Arabella dijulang sebagai pemenang kategori Favourite Actress di acara Content Asia Awards 2025 menerusi drama Dari Mata Turun Ke Hati; sekaligus menjadi kayu pengukur penerimaan orang ramai terhadap skil lakonannya.
Terdahulu pada tahun 2025, Arabella dilantik sebagai duta jenama Silkygirl. Menerusi kolaborasi tersebut, pemilihannya bertepatan untuk mengajak pengguna produk kosmetik dan wangian Silkygirl untuk tampil yakin pada setiap masa tanpa mengira situasi.
Dengan pelantikan terbaharu sebagai Duta Gen Z Jakel 2026 pula, ia jelas menunjukkan rezeki Arabella Ellen semakin mencurah-curah dan namanya kian kukuh sebagai ikon muda yang berpengaruh dalam dunia hiburan serta komersial.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu dunia teruja dengan perkongsian gambar di Instagram Justin Bieber dengan menunjukkan perut isterinya, Hailey yang semakin membesar hamil anak pertama mereka.
Pasangan ini telah memperbaharui ikrar perkahwinan mereka. Bukan itu sahaja, kedua-dua mereka mengejutkan orang ramai dengan berita kehamilan Hailey!
Untuk momen intim mereka di Hawaii, Hailey mengenakan gaun renda putih off-shoulder dari Saint Laurent.
Gaun putih Saint Laurent yang direka oleh Anthony Vaccarello itu menampilkan garis leher off-shoulder, fitted top, lengan panjang dan skirt renda paras lantai.
Semasa memperbaharui ikrar perkahwinan mereka, Hailey turut menggayakan veil putih yang diikat seperti selendang di kepalanya, kaca mata hitam Saint Laurent, jam tangan emas dan barang kemas Tiffany & Co yang sepadan dengan Justin.
Manakala Justin pula memakai, t-shirt putih, seluar hitam, topi besbol dan fuzzy bomber jacket daripada Saint Laurent.
Untuk info, gaun busana pengantinnya dulu pun direka oleh Virgil Abloh. Ia sangat chic dan menyerlahkan seri penampilannya di hari bahagia itu!
Dah nampak ‘baby bump’ tu. Tahniah Justin dan Hailey Bieber!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 kini berakhir dengan menyaksikan Dewi Nurel diangkat sebagai juara untuk program tersebut.
Menerusi kemenangan itu, anak kelahiran dari bumi kenyalang tersebut berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 beserta sebuah trofi dan Dewi Remaja 2023.
Kemenangan Nurel itu juga sekali gus berjaya mengetepikan lima Dewi yang turut berentap dalam pentas akhir pada malam tadi.
Tracie Sinidol selaku Dewi Remaja 2022 dan Mierul Aiman selaku Hero Remaja 2021 turut hadir di pentas utama untuk memahkotakan penerus legasi kemenangan mereka.
“MasyaAllah, sejujujurnya saya tidak menyangka kerana saingan yang ada pada malam ini semuanya kuat-kuat belaka.
“Kerana semuanya ada bakat tersendiri. Jadi, saya memang tidak menjangka yang saya akan diangkat sebagai juara Dewi Remaja 2023,” katanya.
Pada malam kemuncak Hero Dewi Remaja 2023, para peserta telah dinilai secara oleh barisan juri yang cukup berpengalaman iaitu Scha Alyahya selaku juri tetap dan mentor rancangan ini bersama dua juri jemputan, Datuk Aznil Hj Nawawi dan Datuk Yusry Abdul Halim.
Untuk info, Pencarian Dewi Remaja yang memasuki edisi ke-13 ini telah dianjurkan oleh Nu Ideaktiv dengan kerjasama Astro sebagai penyiar rasmi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Vietnamese rolls menjadi antara makanan kegemaran ramai kerana rasanya yang enak dan sesuai untuk dijadikan sebagai makanan ‘diet’ bagi mereka yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan.
Mungkin korang dah tahu jika Vietnamese rolls ini dijual di pasaran, harganya agak mahal juga. Sebenarya kalau nak buat sendiri pun boleh sahaja kerana bahan yang digunakan tidak banyak dan mudah dicari. Cuma mungkin korang terfikir untuk menyediakan sos pencicahnya agak renyah.
Nah, tak perlu risau kerana kami akan berkongsikan satu resepi mudah untuk menyediakan Vietnamese rolls yang korang boleh buat sendiri di rumah.
Jom kita cuba resipi yang telah dikongsikan oleh Syahr Musafir ini.
Bahan-bahan:
– Udang
– Crab stick
– Timun
– Lobak merah
– Suhun
– Rice paper
Bahan sos:
– Sos cili Thai
– Limau nipis
– Daun ketumbar
– Gula
– Garam
Cara menyediakan:
1. Cucukkan udang dan crab stick pada lidi sate supaya bila direbus nanti akan kekal terbentuk cantik
2. Rebus udang dan crab stick tersebut, jangan lama-lama nanti overcooked tak sedap
3. Rendamkan suhu dengan air panas. Kemudian, toskan dan bilas dengan air sejuk. Selepas itu toskan semula
4. Hiriskan timun dan lobak merah
5. Basahkan rice paper dengan air, sekali lalu sahaja dan terus letak ke pinggan sedia untuk digulung
6. Letakkan suhun terlebih dahulu, kemudian udang dan crab stick, seterusnya timun serta lobak merah. Selepas itu, gulungkan dengan kemas
Cara menyediakan sos
Guna sos cili Thai, perahan limau nipis dan daun ketumbar sebagai bahan asas. Kacau dengan sedikit air bersama gula dan garam secukup rasa. Rasanya sama sahaja seperti yang dijual.
Senang sahaja kan?
Bolehlah cuba sendiri di rumah. Kami pasti kosnya juga jauh lebih murah jika nak dibandingkan dengan harga yang dijual di luar sana.