
Sejak mengamalkan norma baharu selepas Perintah Pergerakan Kawalan dilakukan beberapa bulan lalu, masyarakat Malaysia pastinya sudah terbiasa dengan penggunaan aplikasi MySejahtera.
Dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia, ini adalah antara usaha untuk merekod setiap data pelawat yang mengunjungi tempat-tempat awam sekiranya berlaku sebarang kewujudan wabak pandemik COVID-19.
BACA: MySejahtera Perlu Didaftar, Ini Cara Yang Korang Perlu Buat Supaya Aplikasi Ini Selamat Digunakan
Jika sebelum ini aplikasi MySejahtera hanya merekodkan data seorang indvidu sahaja, kini ia telah pun membolehkan korang check-in untuk beberapa orang sekali gus. Kalau korang keluar dengan mak, ayah atau adik-adik yang lain, senanglah dah boleh buat check-in sekali.
Bagaimana nak buat? Jom kita lihat cara yang telah dikongsi oleh Public Health Malaysia ini.
1. Buka apps MySejahtera dan tekan close untuk turunkan muka check-in. Kemudian, klik more

2. Klik Manage Dependents

3. Masukkan maklumat ahli keluarga yang korang ingin masukkan


4. Pilih individu mana yang korang bawa

5. Siap!
Nanti sekiranya nak check-in, korang akan ditanya sama ada ingin check-in bersama atau tidak. Mudah sahaja kan?
Selepas ini tak kalutlah kalau nak bawa mak dan ayah keluar sekali. Korang hanya perlu check-in kan mereka sahaja.
Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
6 Cara Mudah Ini Boleh Bersihkan Komputer Korang Dengan Berkesan

Tak kira berapa kerap korang bersihkan habuk yang melekat pada komputer, ia tetap saja bertebaran bebas dan mengganggu rutin pekerjaan kerana boleh membuatkan korang asyik rasa nak terbersin.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memastikan komputer sentiasa bersih dan terhindar daripada kotoran habuk.
Jom check 6 cara mudah yang korang boleh try ni!
1. Lap skrin

Bagi menghilangkan kotoran habuk di komputer, ramai yang sering menggunakan kertas tisu untuk mengelap skrin. Namun begitu, kotoran tersebut akhirnya jatuh ke bawah dan melekat pada keyboard.
Selain itu, kain lap yang kasar akan meninggalkan kesan dan lebih teruk lagi, ia mampu untuk mencalarkan skrin komputer.
Hanya kain microfiber yang sesuai untuk membersihkan skrin komputer. Jenis fabrik ini tidak meninggalkan kesan dan ia cukup lembut untuk mengelap skrin.
2. Guna cuka putih untuk kesan yang lebih baik

Jangan sesekali menggunakan bahan-bahan pembersih daripada alkohol, ammonia atau aseton. Cecair yang agresif ini boleh mengeluarkan cat daripada setiap button pada keyboard dan boleh merosakkan skrin komputer korang.
Untuk lebih selamat, gunakan cuka putih yang dicampur bersama air sebagai bahan pembersih. Celupkan sedikit pada kain lap dan gunakannya dengan selamat.
3. Hapuskan calar

Gunakan sedikit ubat gigi untuk kerja-kerja menggilap. Namun, jangan terlalu banyak dan calit kan pada kain microfiber, kemudian lap pada skrin komputer.
Biar sehingga kering dan selepas itu, lap dengan kain yang sedikit basah.
4. Guna hairdryer

Kotoran habuk pada keyboard dapat dikeluarkan dengan mudah oleh alat pengering rambut. Teknik ini juga boleh digunakan untuk mengeluarkan kotoran daripada unit sistem:
a. Cabut wayar komputer dan keluarkan wayar tersebut. Cabut dinding CPU dengan pemutar skru.
b. Tiup unit tersebut dengan menggunakan suhu yang tidak panas.
5. Bersihkan habuk dari tempat yang sukar

Untuk membersihkan habuk di kawasan yang sukar, korang boleh menggunakan bulb syringe. Ia mudah untuk meniup keluar habuk dari tempat seperti radiator dan CPU.
6. Bersihkan keyboard

Kawasan mungkin agak leceh untuk dibersihkan kerana kedudukan keypad yang berlubang-lubang. Apa perlu korang buat? Ikuti cara ini untuk membersihkannya:
a. Sama seperti tadi, korang juga boleh menggunakan cuka putih yang dicampur dengan air, kemudiankan celupkan sedikit pada kain microfiber dan bersihkan di celahan-celahan butang keypad tersebut.
b. Ambil apa-apa alatan yang nipis seperti pisau sapu mentega dan tutup bahagian hujung pisau tersebut dengan kain microfiber. Kotoran dapat dikeluarkan dengan mudah.
Nah, lepas ni tak ada lagi alasan nak tengok komputer korang penuh habuk kan? Guna saja cara yang dikongsi ini kerana sememangnya mudah dan berkesan.
Semoga bermanfaat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mana Lebih Seronok Belajar, Ada Guru Depan Mata @ Guna VR?

Hokay, mula-mula nak cakap, ini bukan satu bentuk pilihan ya. P/S karang cikgu-cikgu marah, tak tau, hikz.
Sebelum nak buat pilihan tu, REMAJA nak bagitahu, dari dulu sampai sekarang, guru adalah nadi utama pelajar. Melalui guru dan buku, kita mengetahui banyak perkara berdasarkan penyampaian diberi. Sebab itulah 16 Mei diiktiraf sebagai Hari Guru bagi mengenang jasa insan yang betul-betul berjasa ini.
Namun mengikut kemajuan teknologi masa kini, pelajar sudah terdedah kepada banyak sumber berita termasuk kaedah pembelajaran yang boleh menjadi lebih menarik dengan penggunaan alat bantu seperti Virtual Reality atau Teknologi Realiti Maya (VR).

Dalam satu persidangan dihadiri, Lenovo In Education at BETT Asia baru ini, syarikat pengeluar tablet dan komputer terkenal, Lenovo hadir dengan beberapa solusi dan produk menarik untuk digunakan pada sektor pendidikan.
Bayangkan, guru ada depan kelas dan korang menggunakan alat VR untuk melawat beberapa kawasan seperti zoo, muzium, lokasi bersejarah tanpa perlu meninggalkan bilik darjah.
Best tak dari hadap buku tapi korang diberi peluang pembelajaran begini, seolah berada di alam reality sebenar. Barulah belajar sesuatu yang fun kan!
Menurut kajian yang dikeluarkan oleh Lenovo, pembelajaran melalui VR dapat menarik perhatian pelajar sebanyak 97% berbanding pembelajaran konvesional.


Untuk menjayakan semua kaedah pembelajaran menarik ini, Lenovo memperkenalkan Kit Lenovo VR Classroom sebagai satu kemudahan untuk perlaksaan pembelajaran menarik ini. Boleh dilanggan secara tahunan selain hadir dengan khidmat latihan dari professional. Bukan itu saja waranti untuk kesemua produk turut ditawarkan.
Dengan usaha daripada Lenovo ini, institusi pendidikan dapat ditransformasi dengan cemerlang dengan adanya produk dan solusi yang praktikal.
Bagi menjanjikan keadah pembelajaran lebih menarik menurut Steven Chang yang juga Client Solution Architect of Lenovo Malaysia, perisian seperti LanSchool daripada Lenovo menyajikan sejumlah fungsi kawalan yang menarik untuk memudahkan pengguna mengawal aktiviti dan pergerakan pelajar.
Sebagai pengeluar komputer riba yang terbesar di dunia, Lenovo Malaysia juga mengeluarkan sejumlah produk yang berkualiti, dalam memberi jangka hayat peranti yang lama untuk kegunaan pendidikan ini.
Bukan saja VR Classroom tetapi Lenovo turut memperkenalkan perisian LanSchool, sejenis peranti yang boleh digunakan oleh guru dan disambung ke pelbagai peranti untuk pelajar gunakan. Ia termasuklah iPad, tablet Android mahupun computer Windows. Semuanya boleh disambung bagi menjadikan keadah Pendidikan dan pengajaran lebih menarik berbanding masa kini.
Antara perkara yang ditekankan oleh Lenovo dalam menjayakan sesi pembelajaran yang moden adalah dengan tidak menyekat sistem operasi dan produk yang digunakan oleh pelajar dan guru.

Perisian ini juga membolehkan guru memantau apa dilakukan pelajar dan boleh mengaktifkan fungi “blank screen” jika mendapati pelajar melihat benda lain ketika penerangan diberi. Perisian ini bila diaktifkan secara serentak, undian melalui Polling juga boleh dilakukan masa yang sama.

Lebih menarik Lenovo turut memperkenalkan komputer riba bersaiz kecil yang cukup tahan lasak seperti ThinkPad 11 e dan Yoga 11e yang kalau jatuh terhempas pun cerminnya tak akan pecah. Untuk guru pula diperkenalkan ThinkPad X1 yang mempunyai ciri keselamatan yang terkni.
Lebih menarik Lenovo turut memperkenalkan komputer riba yang kalis air di mana kalau air tertumpah di atasnya, tiada hank atau rosak ya.
Bagi kegunaan guru pula, Lenovo turut menyarankan siri ThinkPad X1 yang sedia mempunyai ciri-ciri keselamatan yang khusus.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nokia Lancar Telefon Selular Model 150 & 125, Bateri Telefon Tahan Sehingga 22 Hari

Jenama telefon bimbit yang pernah menjadi kesayangan ramai satu ketika dahulu, Nokia kini masih giat melancarkan beberapa model terbaru, termasuklah Nokia 150 dan Nokia 125. Kedua-dua model ini adalah telefon selular biasa dengan sistem operasi Series 30+.
Jom kita lihat spesifikasi bagi model terbaru daripada Nokia ini.
Nokia 150
Dilengkapi skrin 2.4”, butang kawalan serta nombor fizikal dan sebuah kamera VGA lengkap dengan flash. Terdapat sokongan menambah storan menerusi kad mikroSD sehingga 32GB, Terdapat pemain MPS 3 terbina serta sokongan radio FM yang tidak memerlukan fon telinga.
Menerusi bluetooth 3.0, fail dapat dikongsi di antara peranti namun ia tidak menyokong tambatan aksesori audio. Menurut HMD Global bateri pada Nokia 150 boleh bertahan sehingga 23.4 jam atau melakukan panggilan telefon sehingga hampir 20 jam.

Nokia 125
Spesifikasi yang hampir sama tetapi tiada kamera disertakan langsung. Storan dalaman membenarkan simpanan sehingga 2000 nombor dan 500 khidmat pesanan ringkas (SMS).
Korang boleh dapatkan Nokia 150 dengan pilihan warna hitam, biru dan merah pada harga $29 dan Nokia 125 mempunyai pilihan warna hitam dan putih dengan harga $24 (lebih kurang RM104).
Kedua-dua telefon ini hadir dengan bateri yang dikatakan mampu bertahan sehingga 22 hari (atau lebih). Bagi individu yang inginkan telefon bimbit untuk kegunaan minima, sudah tentu model dari Nokia ini menjadi antara pilihan terabik untuk korang.
Sumber: amanz.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

