Selepas lebih kurang sembilan bulan larangan rentas negeri dan setahun lebih rakyat Malaysia tidak dibenarkan ke luar negara tanpa urusan penting, kini kerajaan sudah pun membenarkan rakyat untuk bebas melancong sama ada di dalam atau pun luar negara.
Bagi memudahkan urusan ke luar negara, aplikasi MySejahtera kini telah menawarkan fungsi baharu, korang boleh mencetak sijil digital vaksinasi menggunakan format dokumen mudah alih PDF.
New update on MySJ shows DOB and allows you to print PDF vax cert for local/foreign travels. https://t.co/SqMtJ0uTEw
Selain membolehkan sijil digital vaksinasi dicetak, fungsi aplikasi itu turut ditambah baik dengan menawarkan tarikh lahir individu.
Ads
Walau bagaimanapun, difahamkan ciri terbaru itu masih tidak dapat diakses oleh segelintir rakyat khususnya bagi mereka yang menggunakan telefon bimbit jenis Android.
Ha, lepas ni senanglah kalau nak ke mana-mana print sahaja sijil vaksinasi korang tu dan jika disoal siasat, tunjukkan sahaja sijil tersebut. Ia mungkin agak berguna sekiranya korang ke luar negara.
Ads
Ads
Apa-apa pun sekiranya korang sudah mula merancang untuk pergi bercuti, pastikan ikut SOP yang telah ditetapkan oleh negara-negara luar okay?
Jika sebelum ini sebuah kumpulan rock Amerika Syarikat telah mengadakan konsert dengan ideanya sendiri, iaitu penonton yang hadir perlu berada dalam space bubble plastik bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19, lain pula yang berlaku di Barcelona.
Kira-kira 5,000 individu membanjiri Palau Sant Jordi menyaksikan konsert band indie popular dengan memakai pelitup muka sepanjang konsert itu berlangsung, namun tidak mengamalkan penjarakan sosial.
Difahamkan, konsert itu menjadi ujian percubaan untuk melihat sama ada manusia dapat meneruskan hidup dengan norma baharu ketika virus masih menular dan acara itu juga mendapat kebenaran pihak berkuasa.
Konsert tersebut adalah acara pertama seupamanya sejak pandemik COVID-19. Ia diadakan bagi menilai sama ada acara seperti itu boleh diteruskan atau sebaliknya.
Fuh, berani ya ambil risiko. Hiks!
Menurut Harian Metro, tiga lokasi di tapak konsert itu dijadikan lapangan ujian untuk semua pekerja dan kakitangan menjalani ujian saringan COVID-19 pada pada pagi sebelum acara itu berlangsung. Mereka hanya dibenarkan hadir ke konsert berkenaan yang diadakan pada waktu malam hari yang sama jika ujian yang diambil mendapat keputusan negatif.
Pegawai perubatan yang bertugas menjelaskan bahawa seramai 2,400 individu menjalani ujian saringan dengan bantuan 80 jururawat yang memakai kelengkapan perlindungan diri (PPE).
Hasil ujian mendapati tiga individu disahkan positif COVID-19, manakala seorang lagi mempunyai kontak rapat dengan pesakit.
Seorang doktor dihospital di sana juga berkata, pihak mereka menjangkakan acara itu benar-benar selamat, namun pihaknya akan tetap memantau bagi mengenal pasti beberapa individu positif COVID-19 dalam tempoh 14 hari.
Haish, macam-macam pula yang berlaku di luar negara kan.
Di India pula, ribuan penduduk berkumpul di jalanan di bandar Prayagraj, India bagi meraikan festival Holi tanpa memakai baju dan majoritinya tidak memakai pelitup muka serta tidak menjaga penjarakan fizikal.
Sambutan itu diraikan di tengah lonjakan kes COVID-19 di India yang kini mencatat lebih 12 juta kes dengan lebih 500,000 kes aktif.
Apa-apa pun diharap agar masyarakat Malaysia masih lagi mengekalkan SOP bagi mengurankan penularan wabak pandemik ini. Biarlah negara lain nak buat macam mana pun, asalkan kita jaga kita.
Sudah sekian lama peminat Apple tempatan inginkan sebuah Apple Store rasmi dibuka di Malaysia. Perasaan iri hati semakin ‘membusung’ para pengguna peranti tersebut selepas melihat Apple Store telah dibuka di negara jiran iaitu Singapura dan Thailand, sementara Malaysia seakan ‘dilupakan’.
Baru-baru ini, foto yang didakwa adalah Apple Store pertama di Malaysia yang muncul di forum Skyscrapercity telah mencuri perhatian warganet.
Menerusi media sosial, lokasi tersebut dikatakan terletak di Tun Razak Exchange (TRX). Jelas bahawa logo Apple yang bercahaya sedang diuji oleh beberapa pekerja tapak pembinaan.
Bagaimanapun, foto yang tular tersebut tidak begitu jelas kerana terdapat banyak perancah besi yang menghalang ia untuk gambar berkenaan lebih jelas ‘ditangkap’ ekoran kerja-kerja pembinaan masih giat dijalankan.
Meneliti gambar tular itu lagi, jelas sekali logo Apple berlampu sedang diuji oleh beberapa pekerja tapak pembinaan.
Ura-ura Apple Store pertama di Malaysia yang bakal dibuka di TRX sudah lama didengari malah dikatakan berlaku penangguhan pembukaan pada tahun lalu ekoran sebab-sebab tertentu. Jika gambar ini sememangnya sahih, ia bermakna Apple Store akan dibuka pada tahun 2023 kelak.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setiap pasangan yang bercinta dan membina rumah tangga pastinya mengharapkan hubungan yang dibina akan sentiasa bahagia dan berpanjangan hingga ke akhir hayat.
Namun setiap jodoh dan pertemuan itu semua ditangan Tuhan, kita hanya mampu merancang hanya Maha Esa yang menentukan segalanya.
Gambar Hiasan ( Kes penceraian Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof antara yang menadapat liputan meluas media.)
Begitu juga dengan kehidupan selebriti, mereka juga manusia biasa yang ada masa bahagia dan tidak sempurna seperti yang dijangka. Namun, bagi permulaan tahun 2023 ini, kita sering disajikan dengan berita keretakan, kecurangan dan penceraian para selebriti bagaikan trend semusim pula.
Trend ini turut menarik perhatian ilmuan agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang mendorong beliau untuk tampil dengan beberapa nasihat dan panduan berguna.
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri
Tidak ‘Berkira’ Dengan Pasangan
Bekas Menteri Agama ini turut menasihatkan agar suami isteri tidak berkira-kira dengan pasangan terutama dalam soal menguruskan kewangan kerana ia akan menggerhanakan hubungan.
“Sebagai contoh, isu bayaran tol atau isi minyak yang dipinjam oleh suami jika bersifat sekali-sekala tidak perlulah dituntut dengan sesungguh-sungguhnya,” katanya menerusi portal Maktabah Al-Bakri, seperti dilapor Utusan Malaysia.
Tidak Membesarkan
Lapor portal itu, Dr Zulkifli turut menasihatkan pasangan supaya tidak membesarkan perkara yang kecil serta tidak memanjangkan perkara yang tidak penting serta buangkan sifat yang remeh-temeh.
Ini kerana katanya, dapatan punca perceraian banyak berpunca dari isu-isu yang remeh-temeh yang sepatutnya boleh dimaafkan serta bertolak-ansur.
Hadiri Majlis Ilmu
Menurutnya, pasangan suami isteri juga perlu membiasakan diri dengan menghadiri majlis ilmu agama terutama sekali dua kali semingggu termasuk membawa anak-anak bersama.
“Jika boleh sekali sekala dalam setahun atau beberapa bulan gunalah kesempatan untuk melancong bersama berdasarkan kemampuan dan kalaulah mampu pergilah menunaikan umrah bersama.
“Dalam sebulan ajaklah pasangan beberapa kali untuk makan di luar di tempat yang munasabah dan sesuai mengikut selera masing-masing,” katanya.
Ziarahi Orang Tua
Selain itu, katanya, pasangan suami isteri juga perlu membudayakan amalan menziarahi orang tua mengikut kesesuaian sebulan atau dua bulan sekali agar ia mendapat restu yang baik dari orang tua kedua belah pihak.
“Suami atau isteri juga perlu biasakan memberi hadiah kepada pasangan masing-masing walaupun kecil terutamanya apabila pulang dari tempat yang jauh sebagai tanda ingatan,” katanya.
Moga tip dan perkongsian ini berguna dan bermanfaat kepada semua terutamanya pasangan suami isteri.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!